Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 25, 2013

HOT..!!! PENYOKONG PAS MENGAMUK DI KEDAI MAMAK..!!!

PR broken

Selesai solat Isyak semalam, saya memenuhi pelawaan seorang rakan untuk “mengeteh” di kedai mamak. Bukan apa, agak lama saya tidak bersembang lama dengannya, selalu hanya bertegur sapa di masjid sebelum pulang ke rumah…

Setibanya kami di kedai mamak yang terletak tidak jauh dari masjid, kelihatan beberapa pak lebai sedang minum teh tarik di kedai yang sama. Kebetulan mereka kenal baik dengan kawan saya, kami dipelawa duduk semeja dengan mereka.

Tidak mahu mengecewakan kawan-kawannya, sahabat saya setuju untuk “mengeteh” bersama mereka. “Sekejap saja” katanya pada saya. Saya hanya tersenyum setuju…


Rupanya mereka sedang hangat berbual tentang isu “tahaluf siyasi” di antara PAS, PKR dan DAP. Saya fikir isu itu sudah reda dan mungkin basi, tapi ternyata jangkaan saya meleset. Isu PAS perlu kaji semula tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP ternyata masih hangat diperdebat di Kedah!

Saya menelah, mungkin cadangan itu tercetus di Kedah, maka ia masih lagi diperbualkan pak-pak lebai di negeri Jelapang Padi itu. Maklumlah, PAS tewas di Kedah dan hanya mampu bertahan selama sepenggal saja. Sudah tentu pak-pak lebai PAS di Kedah giat memikirkan punca kekalahan mereka, bukan?

Kebetulan dapat duduk semeja dengan penyokong PAS yang tidak mengenali saya, seronok juga rasanya. Mengenakan lebai “PAS for all” di kepala, memang “totok” benar rakan-rakan “baru” saya itu. Saya hanya tersenyum mendiamkan diri…

Betul mereka mahu PAS kaji semula tahaluf siyasinya dengan PKR dan DAP. Atau lebih tepat lagi, mereka sebenarnya mahu PAS keluar saja dari Pakatan Haram sesegera mungkin. Nak tahu kenapa?

Menurut mereka, sejak PAS bersama PKR dan DAP, mereka teruk disindir, diperli dan dipermain rakan-rakan di tempat kerja. Bukan setakat itu saja, malah isteri, bapa, bapa mertua dan sepupu sepapat mereka pun tumpang sekaki “mengena”kan mereka!

Malu betul mereka bila dikatakan PAS di”keldai”kan PKR dan DAP. Mahu disanggah, tapi fakta tidak memihak pada mereka. Mahu dinafikan, tapi apa yang berlaku memang betul menunjukkan PAS diperhambakan PKR dan DAP.

lge kalimah Allah

Kata mereka, tidak sanggup disindir pedas setiap hari, ada di kalangan mereka yang tidak sanggup mengaku ahli PAS lagi. Malah ada yang sanggup mengaku sudah bertukar menyokong UMNO! Bendera PAS yang ada di pintu pagar rumah pun mereka tanggalkan!

Dari sebesar-besar isu seperti kalimah “Allah”, hukum hudud dan negara Islam, hinggalah kes pemecatan Hasan Ali serta insiden Ustaz Nasharuddin “dipulaukan” pemimpin PAS, semuanya mereka ungkit malam semalam.

Mereka marah, dasar PKR dan DAP semuanya diikut PAS, tapi dasar PAS langsung tidak tercatat dalam buku Jingga. PAS terpaksa berkorban perjuangan dan dasar atas nama “tahaluf siyasi”. “Tahaluf siyasi jenis apa yang merugikan PAS dan Islam begitu?” protes mereka.

Di Kedah, memang ramai penyokong PAS yang marah dan mahu parti mereka keluar dari Pakatan Haram. Bukan saja di Alor Setar, Sg Petani atau Kulim, malah boleh dikatakan majoriti akar umbi mahu PAS ceraikan PKR dan DAP yang didakwa “mengkastakan” PAS.

“Apa depa ingat PAS ni paria ka..?” kata salah seorang dari mereka yang merah-merah mukanya menahan marah sambil menampar meja.

Melihat keadaan semakin panas, saya memberi “signal” pada rakan saya untuk berpindah meja. Bukan apa, rasa malu pula bila ramai pelanggan di kedai mamak itu memandang kami seolah-olah kedai itu kami yang punya…

Tersenyum dengan apa yang berlaku sambil meminta izin, kami pindah meja. Saya dan sahabat saya berbual panjang. Namun sebelum pulang ke rumah, rakan saya sempat berbisik… “Mujur aku dah tak sokong PAS, aku pangkah BN hari tu..”.

Dalam perjalanan pulang, saya akui bahawa perkongsian bantal PAS bersama DAP dan PKR memang merugikan PAS. Bukan saja golongan atas pagar yang enggan beri undi pada PAS, malah ahli PAS sendiri pun tidak beri undi mereka pada parti mereka pada PRU ke-13.

Tapi tak tahulah sama ada kepimpinan PAS sedar atau tidak. Rakyat Kedah agak berlainan sedikit. Mereka agak jijik pada DAP dan “kureng” sikit pada PKR. Tambahan pula banyak tembelang PKR dan DAP terbongkar sebelum ini, lagilah mereka “phobia” pada Pakatan Haram.

Hasilnya, PAS tumbang di Kedah. Mungkin sebab itula pak-pak lebai di kedai mamak itu merah-merah padam mahu PAS ceraikan DAP dan PKR. Kata mereka, sebelum PAS”lerai” diceraikan PKR dan DAP, baik PAS bercerai dari Pakatan Haram!

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Xpas said...

Semakin ramailah ex PAS !

Anonymous said...

Baru nak sedaq ka?
Org dah lama sedor.
Betui. Memang org jijik dgn DAP.

Anonymous said...

padan muka pas
org kedah pun dah jijik dah kat hangpa

Bila Kak Su Bersuara... Heh!