Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 2, 2013

HOT..!!! KHALID GAGAP SURUH RAKYAT SELANGOR "ISTINJAK"..???

khalid ibrahim17 AP

Ya, kita rakyat Malaysia baru saja menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-56. Rata-ratanya disambut penuh meriah di seluruh Malaysia. Namun saya yakin, mungkin ada di kalangan warga Lembah Klang yang tidak mandi ketika menyambut Merdeka ekoran masalah gangguan bekalan air!

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) baru-baru ini mengaktifkan “kod merah” menandakan pelan kecemasan terpaksa dikuatkuasakan. Akibatnya, dianggarkan lebih 1,000,000 pengguna sedang menghadapi masalah bekalan air di kawasan masing-masing.

Kod Merah diaktifkan kerana berlaku tumpahan minyak diesel kira-kira 10 kilometer dari kawasan tadahan air di Sungai Selangor dan melibatkan gangguan operasi bekalan air di loji Sungai Selangor fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa ditutup sepenuhnya.


Sebanyak tujuh daerah yang dilaporkan menghadapi masalah dengan insiden tersebut iaitu Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

SYABAS dikatakan sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan yang terbabit dalam tumpahan diesel berkenaan. Sementara menunggu sumber bekalan air itu bersih sepenuhnya, saya yakin ramai yang tak mandi atau mandi hanya sehari sekali sahaja, kan?

Melihat insiden itu terjadi, saya terus terbayang projek Langat 2 yang tertangguh sejak Khalid Ibrahim berkuasa sebagai Menteri Besar. Bukan 10 atau 20 kali dinasihatkan MB Selangor itu untuk memberi kelulusan membina Langat 2, malah lebih dari 50 kali dia didesak.

Sudah bertahun-tahun dia tangguhkan projek pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang bersumberkan bekalan air mentah dari Pahang itu. Namun makin didesak, semakin degil Khalid enggan melaksanakannya. Macam-macam alasan dia berikan…

Saya yakin, kalaulah loji berkenaan sudah terbina di saat ini, sudah tentu ramai yang lega. Sudah tentu Langat 2 bakal menjadi loji altenatif yang mampu menampung bekalan air bersih untuk rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Saya percaya, kalaula Langat 2 telah beroperasi kini, sejuta pengguna di kawasan sepenting Lembah Klang dan Selangor pasti tidak menderita. Sekurang-kurangnya, mereka boleh berwudhu, mandi dan melakukan aktiviti harian seperti biasa, bukan?

Selain itu, saya juga tertanya-tanya berapa ratus buah kilang yang terpaksa berhenti operasi sepanjang tempoh bekalan air terganggu? Sehari? 2 hari? 3 hari? Seminggu? Berhenti operasi kilang bermakna kilang tersebut bakal menanggung kerugian berjuta ringgit sehari.

Saya tertanya-tanya, apakah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak berfikiran jauh berkenaan bekalan air yang menjadi asas keperluan hidup manusia itu? Kalau benar pun dia “tertidur”, takkanlah semua Exco Kerajaan Selangor juga “tidur”? Semua makan ubat batuk selsema, kah?

Khalid “akan” benarkan Langat 2 dibina, itu katanya. Tapi bila dia sebut perkataan “akan”, maka ia bermaksud “akan datang”. Bila dia nak bina Langat 2? Esok? Tiga minggu lagi? Tahun depan? Atau 4 tahun depan sebelum PRU ke-14?

Saya tak tahu bagaimana rakyat Selangor berfikir. MB seperti Khalid pun mereka sokong? Kerajaan “auta” macam Pakatan Haram pun mereka sokong? Terlalu “moden” sangatkah pemikiran pengundi di Selangor sehingga terus tertipu dengan rejim Pakatan Haram?

Padanlah rakyat Selangor tidak merungut. Rupanya mereka tidak kisah kalau tidak mandi sehari dua. Mereka mungkin sudah mahir “bertayammum”. Dan mungkin mereka sudah pakar tentang “istinjak”. Masalah bekalan air bukan lagi masalah bagi mereka…mungkin?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

manjung said...

betul betul betul...padan muka rakyat selangorku...huhuhu

Bila Kak Su Bersuara... Heh!