Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 3, 2013

HOT..!!! DAP BAKAL "KEMBIRI"KAN SESEORANG..???!!

anthony

Saya tak tahulah orang lain, namun jika saya yang menerajui takhta “Dinasti Lim”, sudah tentu saya perintahkan Anthony Loke Siew Fook dijatuhkan hukuman “kembiri” dan dilarang sama sekali menjawat jawatan di dalam organisasi “chauvinis ultra kiasu”…

Bukan apa. Sebelum ini Anthony Loke ada berjanji akan mengemukakan sejumlah 500 surat asal yang telah ditandatangani oleh para perwakilan DAP sebelum pemilihan CEC parti itu yang diadakan pada akhir tahun lalu kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Namun walaupun janji Setiausaha Organisasi DAP itu dilafazkan pada 19 Ogos lalu, dia masih dilaporkan gagal menunaikan janjinya itu. Pada saya, perkara itu mampu menjejaskan kreadibiliti dan imej bersih telus yang kononnya ada pada DAP, bukan?


Memang ada beberapa pihak sebelum ini yang tampil mendesak dan mencabar Anthony untuk menunaikan janjinya. Namun pada saya, apa yang Anthony nak tunaikan jika sememangnya surat asal tersebut tidak pernah wujud? Kalau tak wujud, macam mana dia nak serah pada RoS?

Saya yakin, jika surat itu wujud, tak payah didesak atau diberi tempoh seminggu. Dia janji nak serah pada RoS pada 19 Ogos (Isnin), esoknya 20 Ogos (Selasa) pun dia boleh serah terus pada RoS, bukan? Apa masalahnya sampai perlu surat itu “diperam”?

Cuma saya musykil, kenapa Anthony celupar mulut sangat sampai berani terlepas cakap nak serah surat itu pada RoS? Kalau dia bisukan diri, tidaklah DAP dituduh penipu dan pembohong besar dalam soal kontroversi pemilihan CEC itu, bukan?

Pada hemat saya, Anthony Loke sememangnya menjejaskan kreadibiliti DAP dan wajar dikenakan tindakan disiplin yang sepatutnya. Berani dia malulakan “Dinasti Lim” di depan rakyat Malaysia?

Saya harap, Anthony tidak bertindak bodoh dengan mereka-reka surat palsu untuk dikemukakan pada RoS. Bukan apa. Kalau “kantoi” kali kedua, mungkin DAP boleh diharamkan terus dari bumi Tanah Melayu ini, kan?

Penat-penat “Dinasti Lim” menyusun gerakan dengan bala tentera “kacang merah” yang menelan kos yang sangat tinggi, tiba-tiba Anthony Loke cuba meranapkan kreadibiliti DAP pula? Memang nak kena “sida-sida” DAP itu, kan?

Saya menyarankan agar Setiausahan Organisasi DAP itu rujuk segera pada “Maharaja” dan “Putera Mahkota” DAP untuk menyelesaikan masalah 500 pucuk surat yang ditandatangani oleh para perwakilan parti itu.

Saya yakin, Kit Siang dan Guan Eng punya helah untuk mengatasi masalah Anthony yang “over promise” berkenaan surat tersebut. Mungkin kali ini helahnya lebih senang memandangkan ia dijangka tidak melibatkan “microsoft excel” atau kiraan undi.

Lagipun, bala tentera upahan “kacang merah” juga dilaporkan begitu ampuh dan mahir menggunakan “photoshope”. Mungkin mereka mampu melakukan keajaiban untuk menutup malu “Dinasti Lim” sekeluarga…

Perkara ini bukan perkara main-main. Isu 500 pucuk surat itu adalah sesuatu yang serius dalam survival “Dinasti Lim” memandangkan ramai pula ahli akar umbi DAP yang dilaporkan sudah hilang keyakinan pada “Maharaja” dan “Putera Mahkota”nya.

Risau juga “Dinasti Lim” jika matlamat mereka untuk mengubah Tanah Melayu menjadi “Tanah Besar China ke-2” gagal disebabkan oleh Anthony Loke yang celupar, bukan? Mana DAP nak letak muka pada masyarakat Cina yang berjaya ditipu mereka selama ini, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Saya kira surat-surat tu memang ada ditangan Anthony Loke.


Bila dilihat semula semua tanda-tangan serupa je !!! Sebab tak dihantar kepada perwakilan tapi 'org kuat' sign sendiri surat-surat tu.

May be.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!