Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 25, 2013

HOT..!!! BILA PEMUDA PAS NAK JADI "HERO MALAYA"...HEH!

0 riduan mohd nor
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, cuba menakut-nakutkan rakyat dengan melahirkan rasa bimbangnya dengan terhadap tahap keselamatan berdasarkan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Berdasarkan jumlah penjenayah seramai 92 orang yang telah ditembak mati polis dan jumlah kongsi gelap yang didedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini, dia sangsi dengan keamanan di Malaysia.

Dalam kenyataannya semalam, dia mahu penjenayah-penjenayah itu diburu, ditangkap dan dibunuh berdasarkan jenayah yang dilakukan adalah amat besar pada negara. Dia menegaskan individu dan kumpulan penjenayah itu tidak boleh dimaafkan!


Sekali dengar kenyataan Pemuda PAS itu, rasanya macam dialah “hero Malaya” abad ini. Bunyinya garang, tiada kompromi, tegas dan vokal sekali…

Tapi bila direnung gesaannya pada pihak berkuasa itu, apakah dia fikir soal menangani penjenayah itu semudah ABC? Apakah dia fikir mahu menangkap penjenayah itu semudah menangkap anak ayam di dalam reban?

ScreenHunter_03 Sep. 25 04.49
Pemuda PAS perlu tahu bahawa PDRM perlu memenuhi prosedur dan bertindak berdasarkan bukti yang perlu digali secara teliti. Menyiasat tentang jenayah tidak semudah membeli ayam di pasar. Ia melibatkan nyawa dan kerahsiaan.

Cakap memang mudah. Cuba Pemuda PAS letakkan diri mereka sebagai pegawai PDRM, baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Untuk menjadi pegawai penyiasat jenayah tidak semudah menjadi anggota Unit Amal PAS yang suka bertindak tidak menggunakan akal dan undang-undang…

Misalnya merujuk pada insiden temba menembak yang berlaku di Sungai Nibong, Pulau Pinang, di antara pasukan PDRM dengan sekumpulan penjenayah kongsi gelap 04 baru-baru ini, tindakan pihak PDRM dipertikai oleh pemimpin DAP.

RSN Rayer dan Lim Lip Eng misalnya bertubi-tubi menyalahkan PDRM kerana menembak mati penjenayah-penjenayah yang bersenjata api itu. Tidak cukup dengan itu, mereka api-apikan keluarga penjayah itu supaya memprotes tindakan pihak berkuasa.

ScreenHunter_02 Sep. 25 04.49
Nah! Di mana suara Pemuda PAS ketika itu? Kenapa Pemuda PAS diam seribu bahasa? Kenapa tidak Pemuda PAS tampil mempertahan tindakan pihak PDRM? Atau Pemuda PAS “menikus” bersembunyi berselindung di sebalik kain isteri masing-masing?

Kenapa tidak serang kenyataan Rayer dan Lip Eng? Pemuda PAS takut pada DAP? Cukup-cukuplah kepimpinan utama PAS takut pada DAP, takkanlah Pemuda PAS pun turut mahu jadi bacul sama? Baru sekarang mahu jadi “hero”?

Bukan Pemuda PAS saja yang risau tentang kegiatan jenayah terancang yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bahkan pihak PDRM sendiri pun sentiasa berusaha untuk mengekang jenayah terancang itu dari terus menghantui negara.

Apa yang abang-abang polis kita perlukan ialah sokongan moral yang padu pada usaha yang mereka lakukan. Kalau mereka tembak penjenayah pun dipertikai pembangkang, apa tindakan yang sewajarnya diambil? Takkanlah nak sediakan khidmat kaunseling pada kongsi gelap, kot?

Justeru itu, suka saya sarankan pada Riduan dan Pemuda PAS supaya berhati-hati dengan sahabat karib mereka, DAP. Melihat dari sokongan mereka pada kumpulan kongsi gelap tempohari, tidak mustahil mereka punya hubung kait yang agak rapat dengan kumpulan penjenayah tersebut.

lip-eng

Mungkin kekurangan bukti maka ada di kalangan pemimpin DAP yang terlepas dari buruan PDRM. Jadi memandangkan Pemuda PAS teringin nak jadi “hero Malaya”, apa kata kalau Pemuda PAS tolong siasat dan beri maklumat penglibatan pemimpin Pakatan Haram dengan kongsi gelap?

Pemuda PAS beranikah siasat DAP? Atau memang Pemuda PAS takut berdepan dengan penyokong-penyokong geng 04? Kalau takut, tak payahlah melalak nak jadi “hero”. Elok jadi “buih pepsi cola” dan sokong pihak berkuasa dalam usaha memerangi jenayah, setuju?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Megat Alam Gempita said...

PAS saja buat bising-bising nak cover line agar penyokong-penyokong totok menyanjung mereka. Walhal sumber dana PAS adalah dari DAP. Sumber dana DAP pula dari bisnes-bisnes haram DAP yang dikuasai gangster kongsi gelap.

Anonymous said...

PAS MEMANG TOTALY BODOH. jenayah ni menjadi2 bukan sebab depa yang melalak2 minta ISA dihapuskan. sekarang jawablah. esok2 kalau leher tu sendiri yang ditembusi peluru baru tau. lalat hijau betul la

Bila Kak Su Bersuara... Heh!