Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, September 15, 2013

HOT..!!! AKHRAM SHAH MEMANG ADA "TELUR"..!!!

Sebenarnya aku tak terkejut dengan pengumuman Akhram Shah Sanusi untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang kini disandang KJ. Memang dia darah pahlawan dan terkenal dengan semangat juang Melayunya...

Akhram mungkin tak kenal aku, tapi aku kenal dia. Aku kenal Akhram sebagai seorang anak muda dari golongan profesional, terpelajar, namun tebal dengan sifat kemelayuannya. Bapa kepada sebuah keluarga dan pemimpin belia yang agak lantang...

Dia pernah mencetus kontroversi suatu ketika dulu berhubung konflik dalam kepimpinan belia. Tapi semuanya dah diselesaikan dengan baik. Mungkin kerana dia seorang pemuda yang berkarekter, maka ada yang pro padanya dan ada yang "kureng" sikit... biasalah tu...


Berhubung tindakannya merebut jawatan yang disandang KJ, pada aku ia adalah satu tindakan yang tepat. Dulu ketika Mukhriz bertanding Ketua Pemuda, Akhram Shah adalah salah seorang pendokong dan penyokong kuat Mukhriz dalam team "Berani Berubah"...

Mungkin pasal sorakan "KJ rasuah! KJ rasuah" lepas keputusan pemilihan Ketua Pemuda diumumkan, maka nama Mukhriz "tenggelam" sekejap sebelum di"up" kembali oleh DS Najib. 

DS Najib lantik Mukhriz jadi Timbalan Menteri, sekaligus tenggelamkan nama KJ yang tidak diberi jawatan kabinet walaupun menang sebagai Ketua Pemuda...heh! Nasib la kan... KJ menang dengan cara yang "tercemar"... Mukhriz kalah penuh bermaruah...

Kini, aku berpendapat bahawa bukan taraf Mukhriz lagi untuk bertanding Ketua Pemuda. Level Mukhriz wajarnya ditempatkan di kedudukan sebagai calon Naib Presiden. Namun Mukhriz belum umumkan apa-apa sehingga kini...

Dan kini...Akhram tampil meneruskan perjuangan "Berani Berubah" dan cuba merebut jawatan dari "KJ rasuah! KJ rasuah!". Aku tak tahu apa misi dan visi Akhram. Mungkin dia akan umumkan dalam masa terdekat...

Terus terang aku katakan, aku salute keberanian Akhram. Menang atau kalah, itu belakang kira. Yang penting ialah niatnya yang berani merubah sifat Pemuda UMNO yang hilang taringnya berbanding di zaman kegemilangannya di zaman Datuk Senu, Datuk Harun dan sebagainya...

Masuk gelanggang, maka ia sudah membuktikan dia memang punya "telur"! Tak macam beberapa pemimpin Pemuda tu...cakap je lebih kengkadang tu...kan? Bukan nak kondem, tak semua pun macam tu...tapi segelintirnya memang begitu kan? Heh!

Selamat bertanding Akhram. Nothing to loose, bro. Bertanding bukan untuk berbalah, tapi bertanding untuk kembalikan "kelelakian" Pemuda UMNO...salah ke? Heh!

9 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Sokong sangat dia masuk bertanding... Semoga dlm UMNO subur konsep demokrasi... Janganlah jadi macam demokrasi terpimpin dlm cerita 3 ABDUL...

Siberangan said...

Akhram Shaha anak bekas Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Sanusi Jonid. Semua orang tahu Tan Sri Sanusi Jonid punya satail berpolitik. AKHRAM Shah tu anak dia.

Akita pun tahu Akhram berpolitik tidak 100% ikut Sanusi. Tapi gaya beliau seorang yang berani mencoba. Tak berjaya... "okkyyy fine...". Terima kepitusan dengan hati terbuka. Dalam perjuangan Akhram bukan jenis suka perlekeh kan orang.

Setakat ini kita tak nampak Akhram berjuang dakam NGO kerana nak jadi Wakil Rakyat. Di Kedah kita tak nampak dia ada target nak ambil kawasan mana. Jika nak kata Akhram menumpu politiknya dikawasan Jerai, Jerlun atau Langkawi iaitu kawasan bapanya dahulu, tidak juga. Sebab, di kawasan-kawasan tersebut sudah melekat tokoh-tokoh gergasi politik. Makanya Akhram tidak pernah tunjuk muka disana.

Pada kita nyata Akhram bukan tokoh mencari tempat serta jawatan tinggi.

Hajat beliau nak memimpin Pemuda UMNO amat baik dan elok diberi sokongan.

anak sik said...

Kami ada 33 undi dari cawangan pemuda.
Kami akan undi dia.

banggoi petai said...

Bapak dia biol. . Anak nk jd KP pula samdol. . Klau laa si Samdol ni jd KP. . Alamatnya projek MRT Najib kena brenti. . Impossible bro. . Tp biasa laa ni kluarga Acheh biol memang jenis suka cari publisiti. . Ngorat bini sendiriii. . Tanam padi ataih bumbungggg. .. Otak ada tp biollll

Labu8455 said...

Ini baru contoh anak jantan - ada teloq ! Syabas dan semuga berjaya menumpaskan KJ si ular tedung. I salute you bro

Anonymous said...

Babg bila nak balik Pendang ?

Anonymous said...

Bang bila nak balik Pendang ?

The Seven Thing said...

aku bukan pendokong umno apa lagi melayu..wlu aku melayu, tidak apa yg nak dbanggakan dgn tebal mana melayu yg ada....rasulullah tidak pernah mengajar utk berjuang ats nama bangsa, Allah suruh berkenalan antara bangsa bangsa sbb itu dijadikan bangsa.....sori la...tp wlubagaimana pun kami anak2 muda dr pakatan mengagumi KJ, ketokohannya dan peribadinya wlupun ada sikit2 cacat celanya itu benda biasa sbb dia bukan malaikat atau nabi.....kami anak muda beberapa kali berterima kasih kpd KJ krn berani menentang keputusan presiden umno dlm byk hal yg lebih dilihat pro kroni dri pro rakyat...kj bertindak bijak, kj ada track rekod yg baik..bekas mufti perlis memuji kj sbg pemimpin yg ada kualiti, begitu juga aku..jika aku diberi pilihan kj atau budak bru ni, aku undi kj...menantu ayah...adanya org spt kj, saifudin abdullah, umno akan kukuh..tp knp dlm umno org yg ada kualiti begini tidak di gilap? tidak di ketengahkan?......adakah kroni lebih besar dr rakyat?

Anonymous said...

Harap UMNO dapat Ketua Pemuda yg berjuang kerana agama/bangsa/negara. (Perjuangan Melayu (org Melayu mesti Islam)).Oleh itu sila tukar Ketua yang baru.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!