Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 30, 2013

HOT..! AKHIRNYA MAT SABU AKUI DIRINYA SYIAH..???!!!

ScreenHunter_04 Sep. 29 04.40

Saya agak terkejut dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di dalam satu wawancaranya bersama media baru-baru ini apabila dia menjelaskan bahawa kempen pemilihan PAS kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah 35 tahun sejak dia bersama PAS.

Mat Sabu yang cuba mempertahankan jawatan nombor dua di dalam partinya itu melahirkan rasa kesalnya terhadap ahli-ahli PAS yang kononnya cuba menjatuhkan beberapa orang pemimpin parti tersebut.

Katanya, untuk menjatuhkan seseorang pemimpin itu, ahli-ahli PAS berkempen menerusi laman web dan Facebook. Yang memeritkan Mat Sabu, golongan akar umbi partinya itu gemar menyentuh isu “Syiah” dan “liberal”.

Malah menurutnya di dalam satu pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri, sentimen “Syiah” dan “liberal” turut menjadi topik hangat untuk dibicarakan oleh para pengikut PAS.

Sebenarnya saya tidak hairan jika Mat Sabu merungut tentang pemilihan PAS. Ya, pemilihan PAS memang teruk pun selama ini. Cantas mencantas dan memaki hamun itu memang sudah lama terjadi di dalam parti tersebut.

Cuma yang saya terkejutnya, mengapa Mat Sabu susah hati sangat bila ahli-ahli PAS menyentuh soal “Syiah” dan “liberal” di dalam laman sosial atau dalam mana-mana pertemuan mereka?

Apa kena mengena “Syiah” dan “liberal” dengan penyandang Timbalan Presiden PAS itu sehingga Mat Sabu nak naik angin? Abang Mat “terasa”, kah? Tersinggung hati dengan topik-topik tersebut? Apa salahnya dengan soal “Syiah” dan “liberal”?

Sebelum ini sudah berkali-kali kepimpinan PAS menafikan pembabitan Mat Sabu dalam isu fahaman Syiah. Malah ada masanya mereka sanggup memanggil media untuk menjelaskan bahawa kononnya Mat Sabu bukan penganut fahaman songsang itu.

Jadi, apa yang Abang Mat nak “terasa” sangat bila disebut soal Syiah? Abang Mat memang berfahaman Syiah, kah? Selalunya, hanya orang yang makan cili saja yang akan terasa pedas, bukan? Abang Mat termakan cili, kah?

ScreenHunter_03 Sep. 29 04.40
Apa masalahnya dengan isu “liberal”? Bukankah PAS kini lebih liberal berbanding dulu? Dulu PAS mahukan hudud. Tapi kini kalau disebut soal hudud, Nizar Jamaluddin nak buat laporan polis!

Itu belum disebut tentang fahaman Khalid Samad lagi. Hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” pun dia nak serahkan pada golongan kuffar yang sering cuba memurtadkan umat Islam di negara kita.

Jadi, apa yang Mat Sabu takut sangat bila disebut soal liberal dan keterbukaan? Abang Mat takut ahli PAS tak dapat terima Syiah di dalam parti, kah? Atau Abang Mat risau jika rahsia Abang Mat terbongkar? Rahsia apa agaknya, Abang Mat?

Mat Sabu akui bahawa dia pernah tidak sependapat dengan Datuk Abu Bakar Chik dan Ustaz Halim Arshad. Kedua mereka itu ialah antara tokoh ulama di dalam PAS. Pandangan apa yang berbeza di antara mereka? Soal akidah dan fahaman, kah?

Sekilas ikan di air, mungkin ramai yang sudah dapat meneka keresahan yang terpalit di sebalik wajah Mat Sabu menjelang muktamar PAS kali ini. Dia resah gelisah dengan isu Syiah dan liberal yang kini hangat diperbual oleh para pengikut ajaran PAS.

Pada saya, Mat Sabu tak perlu risau. PAS dan Syiah tidak jauh bezanya. PAS dan Syiah boleh dikatakan berada di dalam “buku yang sama”, cuma mungkin di dalam “chapter” yang berbeza…

Mungkin kerana takut pada bayang-bayang sendiri maka Mat Sabu menganggap pemilihan PAS pada muktamar kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah hidupnya. Mungkin Mat Sabu sudah rasa goyah dan “paranoid” dengan keadaan semasa yang tidak memihak padanya.

Persoalannya, dimana letaknya semangat juang Mat Sabu? Apa yang dia cuba sembunyikan? Cuba akui apa yang cuba “ditaqiyyahkan” selama ini, insyaAllah mereka akan dapat menerimanya. Soal menang atau kalah bertanding, kita serahkan pada Allah.

Soalnya, Abang Mat Sabu berani atau tidak untuk mengaku dan berterus-terang, bukan?

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Orang politik ... bila sesuatu kempen itu menguntungkannya, dia kata kempen dijalankan dengan penuh hikmah .... bila sebaliknya ... cercaan pulak akan keluar dari mulutnya. Tapi apa nak herankan Mat Sabu memang pun terkenal dengan mulut yang selalu memaki hamum orang .....

Anonymous said...

PENGUNDI HANTU DIKESAN DALAM PEMILIHAN CEC, APA KATA AMBABIGA?

http://jawaber6.blogspot.com/2013/09/gempar-pengundi-hantu-berada-di.html

anti-Kominis said...

apa masalah Mat Sabu 121 tu.....dia tu syiah dan liberal ke???????

Bila Kak Su Bersuara... Heh!