Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 25, 2013

HOT..!!! AGAK-AGAK SIAPA YANG SUKA RASUAH..?

Najib Tun Razak / UMNO 2005

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan bahawa gejala rasuah di Malaysia hanya akan dilihat sebagai “sejarah” yang mejadi igauan ngeri bagi seluruh rakyat di negara ini ekoran komitmen beliau dalam agenda memerangi gejala tidak sihat itu.

Dilaporkan berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di San Fransisco semalam, beliau membuktikan kesungguhannya denga menubuhkan satu portfolio Menteri khas untuk memastikan rasuah diperangi habis-habisan di Malaysia.

Merujuk pada kenyataan Perdana Menteri itu, suka saya merujuk terlebih dahulu pada hukum hakam Islam yang menjadi sumber rujukan utama kita.


Menurut Islam, rasuah merupakan amalan keji yang hanya akan dibalas dengan neraka. “Ar-rasyi wal murtasyi fin nar…”, mafhumnya bahawa “perasuah dan penerima rasuah adalah neraka tempa mereka”, begitulah bunyinya secara naqli.

Secara aqlinya, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa gejala rasuah akan menyebabkan prestasi ekonomi ummah dan negara akan terjejas. Malah ia bakal menyaksikan ramai usahawan gigih, jujur dan bermaruah akan mudah gulung tikar…

Pada saya, kenyataan Najib itu sangat selari dengan kehendak Islam dan tuntutan akhlak tamadun manusia. Namun begitu, saya yakin amalan rasuah agak sukar dikikis memandangkan ia seolah-olah telah dibudayakan oleh pihak-pihak tertentu.

Bila disebut soal rasuah, saya yakin ramai rakyat Malaysia secara tipikalnya akan menuding jari pada golongan ahli politik. Pada saya, persepsi itu kurang adil terhadap mereka. Soalnya, apakah amalan rasuah itu majoritinya diamalkan ahli politik? Atau ia hanyalah persepsi “purba” semata-mata?

Ya, saya tidak nafikan. Sebelum ini memang ada ahli politik yang “kantoi” rasuah. Kes mereka dihebahkan media memandangkan mereka “orang penting” di negara kita. Apatah lagi dengan wujudnya istilah “politik wang”, makin sinonimlah rasuah dikaitkan dengan orang politik, bukan?

Ingin saya tegaskan di sini bahawa amalan rasuah di kalangan ahli politik layak dikatakan dipelopori oleh seorang bekas Timbalan Presiden UMNO yang telah dipecat. Demi memenuhi nafsunya mahu merebut kerusi Presiden, rasuah menjadi “makanan ruji”nya.

Sebut saja apa yang dia tidak tabur? Bukan saja jutaan wang ringgit ditabur di seluruh negara, malah “pink form” juga melayang bertebaran di lobi PWTC ketika “mamat” tersebut berkempen mahu merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Sejarah membuktikan bahawa ketika itulah bermulanya era “politik wang” yang diperkenalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Saya yakin, orang lama UMNO sudah tentu tahu dengan insiden yang merobek dan menyebarkan virus jahat itu di dalam parti, bukan?

Namun itu dulu. Kini UMNO tidak lagi begitu. Lihat saja kempen pemilihan UMNO kali ini, jangankan wang ringgit, nak belanja makan pun calon-calon bertanding akan berfikir dua kali. Pun begitu, kempen secara demokrasi sihat begitu hangat berlangsung tanpa sebarang masalah moral…

Cuma yang saya khuatirkan ialah gejala rasuah itu dikatakan telah menular pada pegawai-pegawai kanan orang politik dan para penjawat awam yang berpangkat besar. Ia sering menjadi rungutan para peniaga dan kontraktor.

Perkara itu menjadi masalah yang membarah. Tidak dihulur, maka tak dapat projek. Kalau dihulur, mereka dapat projek, tapi dosa pun mereka dapat. Soalnya, halalkan rezeki yang mereka peroleh melalui jalan rasuah itu?

Ya, di sinilah para peniaga dan kontraktor Melayu sering kalah. Mereka berpendirian tak dapat projek pun tidak mengapa asalkan mereka dapat rezeki yang halal. Hasilnya, ramai dari mereka yang tidak dapat bertahan dan gulung tikar.

Sebaliknya, kontraktor bukan Islam terutamanya berbangsa Cina cukup cekap dalam mengambil kesempatan tersebut. Bukan setakat wang ringgit ditabur, malah khabarnya nak tukar tayar kereta dan beli mainan anak-anak pun mereka boleh tolong “sponsor”…

 Saya berpandangan, kalau perkara sebegini diteruskan, maka natijahnya akan menyebabkan “tauke-tauke Cina” itu bertambah kaya dan nasib ekonomi para usahawan Melayu akan jatuh menyembah bumi, mengemis di tanahair sendiri, bukan?

Justeru itu saya menyarankan agar pihak yang bertanggungjawab supaya mula menyahut cabaran Perdana Menteri dengan langkah yang sewajarnya. Caranya? Jangan tanya saya kerana saya tidak dibayar dengan gaji yang mahal untuk memikirkan soal itu.

Yang utama, tanggungjawab membanteras gejala rasuah itu perlu dilaksanakan secara serius dan bijaksana supaya ekonomi negara khususnya umat Islam tidak terus dipijak-pijak.

Cuba mulakan dengan para pegawai di jabatan-jabatan yang hebat berkenderaan mewah, berumah besar dan ramai isteri walaupun pendapatannya tidak seberapa. Manalah tahu, kan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

kluangman said...

Tuan, benteras rasuah tak boleh main tebuk tengah, depan, kiri..

Kena mula dari atas sekali, no 1.
Langkah pertama istihar harta setahun sekali, diri sendiri dan keluarga.

Rakyat nak tahu harta mereka sebelum, sekarang dan selepas..

Yb Raz said...

rasuah ni banyak sangat sekarang..dari orang politik sampai pegawai kerajaan..pegawai kerajaan ambil rasuah, yang kena umno juga..

persepsi rakyat, semua pegawai kerajaan tu orang umno..padahal pegawai kerajaan tu ramai orang pas pkr..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!