Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 3, 2013

GEMPARRR..!!! UMMU JAH MALUKAN PAS DI KHALAYAK RAMAI..!!!

tiket_syurga_ditangan_pas

Alhamdulillah, syukur pada Allah apabila media melaporkan tentang balu pengasas pertubuhan Al-Arqam, Hatijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah telah mengumumkan kesediaannya untuk bertaubat dan kembali pada Islam sebenar.

Sebelum ini Ummu Jah memang terkenal dengan kontroversi di seluruh dunia apabila berkali-kali ditahan atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat, “aurat Muhammadiah”. Berbaik sangka dengan keikhlasannya untuk bertaubat nasuha, kita wajar berfikiran positif atas kenyataan Ummu Jah itu.

Lagipun, siapalah kita untuk menutup pintu taubat padaNya, bukan? Dan Allah sendiri berfirman bahawa Dia sentiasa mendengar taubat hambaNya dan pintu taubatNya sentiasa terbuka pada mereka yang kesal serta ingin pulang ke pangkal jalan…


Meskipun mengamalkan ajaran sesat sebelum ini, Global Ikhwan Sdn Bhd milik Ummu Jah dilihat sangat berjaya apabila dilaporkan memiliki aset dan aliran tunai berjumlah ratusan juta ringgit. Pandai sekali bekas pengikut Al-Arqam berniaga, bukan?

Melihat pada kesediaan Ummu Jah untuk bertaubat dan kekayaan yang dikurniakan Allah padanya, terus terlintas tentantg PAS di benak pemikiran saya. Ummu Jah dan pengikut Al-Arqam sedia bertaubat, PAS bila lagi mahu mengikut jejak langkah mereka?

Kita pun tahu bagaimana PAS sebagai sebuah parti politik biasa, berlagak bagaikan dialah “Majlis Fatwa Kebangsaan” dengan mengelirukan umat Islam di negara ini dengan pelbagai fatwa songsang dan kontroversi.

Kononnya terlalu dalam ilmu uluhiyyah dan rububiyyah di dalam otak Mursyidul Am PAS, Nik Aziz pernah menuduh Allah bersifat samseng sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan tampil menafikan penghinaan itu. Bukankah Allah terhindar dari sebarang sifat mazmumah?

Sudah berkali-kali fahaman agama di dalam PAS ditegur. Malah Menteri Besar Terengganu pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa PAS itu sesat. Marah benar PAS padanya. Tidak sesatkah kalau menolak agenda perpaduan umat Islam?

Paling memalukan ialah insiden terbaru PAS di mana 9 ADUN parti itu begitu “dungu” menolak Rang Undang-Undang Jenayah Syariah yang dibahaskan di dalam sidang DUN Kedah baru-baru ini.

Kononnya mereka menolak kerana Rang Undang-Undang itu tidak memperbaharui hukuman bagi umat Islam yang minum arak, berzina dan undang-undang qazaf. Kononnya tiada hudud di dalam RUU itu dan mereka enggan menyokongnya.

Pelik betul. Ketika PAS menjajah Kedah selama 5 tahun, tidak pula mereka menggubal RUU Jenayah Syariah tentang minum arak, zina dan qazaf. Pusat hiburan pula yang mereka dahulukan di Kedah hingga timbul banyak masalah sosial. Kenapa tak gubal hudud?

Padahal, RUU itu digubal khas bagi membendung fahaman Syiah yang semakin menular di Kedah. Malah RUU itu juga digubal khas bagi sebarang fahaman songsang dari tersebar dan mempengaruhi aqidah umat Islam di negeri itu.

Sepatutnya, ADUN-ADUN PAS menyokong RUU tersebut. Tapi mungkin kerana terlalu bebal, mereka menolaknya mentah-mentah! Lepas itu buat muka tak malu berikan alasan dangkal yang tak masuk akal pada rakyat? Tolonglah…rakyat Kedah tidak sebodoh penganut ajaran PAS!

Sudahlah enggan kembali ke pangkal jalan, undang-undang yang mencegah sebarang penularan fahaman songsang pun PAS bantah? Entah Islam jenis apa pun saya tidak mengerti. Apakah PAS juga satu lagi fahaman songsang hingga takut untuk menyokong RUU itu…

Kembalilah PAS pada Islam yang sebenar. Sesungguhnya Islam dan Iman pada seseorang hambaNya tidak dilihat dia dari parti mana. Saya parti ustaz-ustaz PAS sendiri tahu hal ini. Cuma ego saja yang melarang mereka untuk mengaku salah dan bertaubat atas dosa mereka itu, wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

usin said...

kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. apa punya dungu la adun2 pas ni. satu-satu la setelkan. nak kata bebal, dah ada sijil sekolah, paling tidakpun srp...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!