Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 30, 2013

GEMPAR..!!! TAK TAHAN MALU, GUAN ENG LETAK JAWATAN DALAM DAP..???!!!

cec

Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berakhir semalam sebenarnya berjaya mengekalkan status quo calon-calon yang terpilih pada pemilihan CEC yang diadakan pada akhir tahun lalu.

Pun begitu, saya dapati terdapat perkembangan yang agak “ajaib” telah berlaku pada pemilihan CEC yang berakhir semalam.

Paling utama ialah mengenai kekalahan yang pada saya sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.


Apa hebatnya Liew Chin Tong sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbanding Kit Siang dan 134 undi berbanding Guan Eng?

Untuk makluman, Chin Tong hanya memperoleh sebanyak 984 undi pada pemilihan CEC yang diadakan pada Disember tahun lalu. Malah dia merupakan “calon muka baru” yang mencuba nasib bertanding CEC di dalam parti tersebut.

Pada pemilihan yang lalu, Chin Tong hanya berjaya menduduki tempat ke-15 sahaja. Peliknya, kali ini dia berjaya mengatasi “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”. Dia berjaya menduduki tangga pertama di dalam pemilihan CEC dengan 1438 undi!

Pada saya, ia adalah satu perkara yang agak mengejutkan dan “luar biasa”. Ia menunjukkan perbezaan undi dan kedudukan yang sangat jauh berbeza berbanding apa yang berlaku kira-kira 9 bulan lalu. Pelik, tapi benar-benar berlaku.

Apakah kemenangan Chin Tong itu sengaja diatur oleh “Dinasti Lim” bagi mengaburi mata rakyat yang memberi tumpuan pada pemilihan kepimpinan parti tersebut?

Meskipun Chin Tong berkedudukan nombor satu di dalam pemilihan CEC semalam, dia hanya kekal di jawatan yang kurang penting sebagai Pengarah Pendidikan Politik. Sedangkan, barisan kepimpinan utama parti itu tetap dikuasai oleh “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”!

Paling menarik apabila melihat Guan Eng hilang kira-kira 272 undi dari para perwakilan yang hadir. Pada saya, bilangan itu bukan sedikit kurang jumlahnya. Dari memperoleh sebanyak 1576 undi pada Disember lalu, dia hanya berjaya mendapat 1304 undi sahaja kali ini?

Mana perginya 272 undi yang lalu? 1/4 undi untuk Guan Eng ghaib begitu saja? Saya tertanya-tanya, apakah itu membuktikan bahawa para perwakilan dan akar umbi DAP sudah hilang kepercayaan terhadap Setiausaha Agung DAP itu?

Peliknya, dia masih tak malu untuk menerima jawatan Setiausaha Agung? Sudah dimalukan dengan dahsyat pada pemilihan CEC kali ini namun Guan Eng masih lagi “bermuka tebal” untuk memegang jawatan penting di dalam partinya?

Saya faham jika Chin Tong tidak dilantik menjadi Pengerusi atau Penasihat Seumur Hidup DAP seperti Karpal Singh atau Kit Siang. Jawatan itu memang wajar dipegang oleh dua tokoh DAP itu.

Tapi, apa salahnya jika Chin Tong diberikan tanggungjawab yang lebih penting dengan menggantikan Guan Eng untuk jawatan Setiausaha Agung? Dia digemari oleh akar umbi dan pastinya mereka lebih senang berurusan dengannya berbanding seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai, bukan?

Namun, mungkin itu adat resam demokrasi di dalam DAP. Orang tak sokong pun, tapi mukanya cukup tebal untuk menempel sebagai pemimpin utama parti. Mentang-mentanglah bapanya Penasihat DAP Seumur Hidup, parti terpaksa ikut “nasihat” bapanyalah, kan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Jenice Lee pengundi hantu menghadiri dan mengundi dalam CEC DAP 2.0. bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti DAP kerana masalah disiplin boleh mengundi dalam pemilihan parti? Peraturan apa yang DAP ikut?

Ahli Bersekutu pun tak boleh mengundi inikan pula bukan ahli.

CEC DAP 2.0 haram dan wajar diadakan semula kerana penyelewengan! RoS dan SPRM siasat segera!

Anonymous said...

Tanda terima kasih DAPsters Johor kerana LKS menang besar pada PRU13 lalu ... kut

Bila Kak Su Bersuara... Heh!