Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 3, 2013

CEPUMAS..!!! BOLEH KE BLOGGER BANTU "BERSIH"KAN UMNO?

Sapa sokong kalau UMNO "dibersihkan" dari segala kekotoran yang terpalit sejak 1946? UMNO dulu memang bersih. Perjuangannya memang tak dapat ditandingi oleh mana-mana parti. Tapi kenapa Tun M mahu UMNO dibersihkan sebelum PRU ke-14?

Kata Tun M...
"Namun demikian dalam PRU14 Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain"
Aku just nak tanya...siapa yang patut bersihkan UMNO? Di mana yang "kotornya" UMNO ni? Aku rasa ramai orang UMNO yang tahu. Apatah lagi Tun M yang 22 tahun memimpin UMNO..kan?

Blogger perlu bersihkan UMNO? Mampukah? Ingat lagi macamana Pak Lah boleh turun takhta? Tapi sekarang ni lain sikit... kalau blogger "usik" sikit...depa marah kat blogger... sekat itu dan ini.. suruh tegur ikut "saluran".. bila tegur ikut saluran... depa buat tak peduli...camana tu?


Aku tak kata semua blogger betul. Ada jugak salahnya. Misalnya, kalau aku salah, aku cepat-cepat mintak maaf dan betulkan kesilapan aku. Tapi pemimpin UMNO yang ditegur dan memang salah tu camana pulak? 

Sebelum ni, perwakilan "dibeli" dengan duit. Pemilihan kali ni payah sikit sebab ramai sangat yang layak mengundi. Depa tak mampu tabur duit. Tapi...ramai pulak "opportunis" yang nak bertanding. Yang haprak pun nak bertanding jugakkk... nak bersih camana tu?

Kadang-kadang tu, aku tengok yang takde hala tuju pun nak bertanding. Yang poyo, nak kaya cepat, nak projek, berjuang untuk kepentingan diri, nak jawatan tinggi, yang bertudung tapi dedah leher, yang belah kain sana sini, yang macam-macam lagi lah... camana UMNO nak berubah ni?

Tun M kata lagi...
"UMNO sekarang adalah berbeza dan ramai orang Melayu telah “meluat dengan Umno” yang telah menunjukkan dirinya hanya berminat untuk jawatan berpangkat tinggi dan memperkayakan poket mereka sendiri, dan sebab itu parti ditolak kerana tidak ada lagi wakil kepada mereka."
Aku nak tanya lagi... siapa pemimpin yang suka kejar pangkat tinggi tu? Lepas tu kayakan poket sendiri? Alahhh.. korang pun tahu...blogger pun tahu... tak payah sebut pun ramai yang tahu siapa depa ni..kan? Betul la apa yang Tun M kata tu...

Cuba tengok yang nak bertanding jadi Ketua, Timbalan, Naib dan sebagainya. Ramai yang "kurang perjuangan" dan "lebih nak kayakan poket", kan? Masa nak bertanding bukan main lagi, lepas menang? Alaaa... PRU 13 hari tu pun dah nampak dahhh...

Bicara Tun M lagi...
"Semakin lama semakin kurang pemimpin Umno yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,"
Lagi pertanyaan dari aku... kalau tengok pemimpin UMNO sekarang ni, ramai ke yang berbakat? Tak jadi calon pun dicantas, apatah lagi yang jadi calon...? Mujur la kat Kedah ni yang cuba cantas tu tak mampu cantas... 

Aku sendiri, nak jadi ahli Pemuda dulu perlu tunggu 2 tahun. Padahal, 2 minggu pun dah boleh settle. Time tu rasa nak masuk PAS pun ada bebbb..!!! Ramai lagi yang senasib dengan aku.. sebab apa? Sebab Ketua Pemuda cawangan dan Ketua Cawangan laaa.. tu belum ke Bahagian lagi tu..!

Mujur la aku dah jadi ahli UMNO. Kalau aku belum jadi ahli, memang malas aku nak daftar. Awat? Kalau nak berjuang untuk Islam, bangsa dan negara perlu jadi ahli UMNO? Tun M dah berapa kali dok di luar UMNO..steady jer berjuang... kita pun boleh apaaa...

Selalunya, blogger macam kami ni la yang selalu disekat dan dicantas. Silap-silap nak masuk pejabat UMNO pun depa tak bagi... Tun M pun pernah kena. Tun M dulu dituduh kononnya sebab Pak Lah batalkan projek jambatan bengkok dan double track train. Kami ni pulak kononnya kami nak mintak duit kat UMNO? Heh! Hina sangat la jadi blogger ni sampai macam tu sekali... Kalau kami masuk PAS amacam? PAS sekarang ni masyukkkk brooo..!!! Heh!

Aku ingat lagi... ada orang PAS offer aku dulu masa kat KL.. tapi aku tolak cara baik.. Walaupun agak lumayan... tapi aku tetap dengan prinsip aku.. rezeki ni bukan UMNO atau PAS yang tentukan.. Kita mintak pada Allah...Dia yang tentukan...kan?

Akhirnya Tun M kata...
"Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib Umno? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang. Inilah masa depan yang menunggu Umno. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri"
So korang nak ke UMNO ni berkubur pada PRU ke-14? Kalau tanya PAS dan Pakatan Haram, dah tentu la depa kata "Ya". Tapi kita yang berdarah Islam, Melayu dan Tanah Melayu ni rela ke Malaysia ni jatuh ke tangan chauvinis ultra kiasu? Nak jadi macam Palestin dan Singapore?

Kalau taknak, ikut la cakap Tun M tu. Memang betul apa yang Tun M pesan tu. Aku sokong 100%. Sokong calon yang betul-betul boleh berjuang. Bukan setakat hulur bola sebijik, t-shirt sehelai, terus korang sokong dia..kan? Pilih la yang layak jadi pejuang dan bela nasib masa depan kita...

Dan aku harap, lepas ni blogger dibenarkan turut serta bersihkan UMNO. Bukan apa.. kadang-kadang blogger nampak apa yang pemimpin tak nampak. Kadang-kadang tu, dia bukan "winnable candidate" pun, tapi canang satu negara kata dia "winnable candidate".. bila blogger "usik" sikit..dah call sana sini "cantas" blogger tu... padahal?

Boleh tak ni tegur pemimpin UMNO ni? Yang jadi calon tu boleh kami "usik" tak? Tak boleh? Ooo..."usik" sikit terus diharamkan masuk pejabat UMNO? Heh! Kami "usik" sebab kami sayangkan UMNO... aku tak berpihak pada mana-mana pemimpin sebab aku hanya sayangkan UMNO...

Jadi, jangan la terasa sangat bila aku "usik" sikit tu... Kalau Tun M pun dah bagi amaran dia akan "tibai" Mukhriz kalau anaknya buat silap, apatah lagi kami ni...heh! Jangan la marah kat kami... kami nak "bersihkan" UMNO saja... 

P/s: Jangan sampai kami masuk pembangkang dah laaa... buruk padahnya...kan? kan? kan? heh! Aku tetap sayang UMNO...dulu kini dan selamanya...

7 comments:

Azahari Rahman said...

org kedah nih mmg kuat semangatnya..den pun ado darah kodah jugak...hehe..(den masuk bakul den angkek sendiri)jgn mrh...

Anonymous said...

Banyak sangat yang aku rasa nak komen artikal ini. Tapi aku tak boleh. Jika aku komen banyak pihak yang cari aku. Ya memag aku senang dicari..... satu negara pun kenal aku. Ok, aku tak payah komen.

Apa yang Tun M kata tuuuu.... sangaaat lah benarnya.

kakotok said...

Aku xmau tulung kempen secara lgsung atau tk lgsung calon2 yg bakal bertanding2 dlm pemilihan dr dulu smpai la ni bila idung aku ni dh bole bau ada "huluq2" d depan, belakang, kiri, kanan, atas bawah. Tambah pulak kalau ada yg brjanji KALAU SAYA MENANG SAYA JANJI PADA KAMU AKAN BLA BLA BLA secara individu. Tk tuduh sapa2 tp kot2 ada nanti.
Tambah pulak yg juai minyak kata dapat restu,endorsement, green light dr pemimpin2 atasan. Sebab apa? Sbb calon yg mcm ni tak yakin pd kekuatan diri sendiri. Pasaipa nk bertanding jugak? Perasan best saja tk cukup. Kena habaq kt semua ahli umno pasaipa ampa kena pilih aku ialah sbb aku kemampuan aku sendiri.
Lagi teruk kalau ada games politic yg jauh sgt pndang ke depan sampai sggup endorsed calon yg diyakini akan bantu pemilihan d masa akan dtg (mgkin lepas pru14) padahai umno perlu pemimpin yg yakin diri, rasional & boleh berdikari utk hadapi situasi politik yg semakin mencabar dlm tempoh terdekat ni iaitu pru14. Aku masih tk tuduh sapa2 tp kemungkinanlah. Omputeh kata theory only laaaaa.

kakotok said...

Tambah sekomen lagi-apa lagi blogger mau? Ekekeke jgn mrh..bukankah ada pihak pernah gelar blogger2 ni blogger nyamuk, jurassic park dll kwang3 lagi pedas beb.

Anonymous said...

HUMBANKAN AH JIB GORBLOK

Awe Dondae said...

Bloggers nak bersihkan UMNO dengan apa? Setakat ayat-ayat sahaja aku rasa tak tersental daki dan kuman. Pembangkang dok balun kiri kanan pun tak makan saman juga. Aku suggest beberapa perkara:

1. Bersihkan dari sifat hasad dengki, cantas mencantas, riak, angkuh sesama sendiri.

2. Bersihkan dari sifat hipokrit, mungkir janji dan mudah tabur janji kosong.

3. Buang sifat jumud..BANYAKKAN MEMBACA..terutama dalam aspek jatidiri, perkembangan minda dan tamadun dunia. Tingkatkan ilmu.

4. Buang sifat gila..gila kuasa, gila glamer, gila pangkat & harta, gila kereta dan kemewahan.

5. Bersihkan nama, maruah UMNO dari fitnah musuh.

Anonymous said...

sebenaqnya dlm UMNO ada para dewa yg bleh sumpah org. , tegur SALAH X TEGUR DEPA MUA. hang baguih admin sbb masih ada prinsip. Sebab tu ramai org muda meluat kt pemimpin UMNO (bukan semua) yg perasan depa baguih . tu pun ada yg x sedaq diri.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!