Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Wednesday, September 18, 2013

BUKTI CAKAP ULAMA DAH TAK LAKU DALAM PAS...

yb-dato-ustaz-haji-harun-taib-kuala-lumpur-malaysia+1152_13078531477-tpfil02aw-27400

Setelah selesai Multaqa Ulama PAS di Kota Sarang Semut baru-baru ini, banyak sungguh cakap-cakap yang timbul mengenai resolusi program tersebut khususnya kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, yang mahu partinya mengkaji semula “tahaluf siyasi” dengan PKR dan DAP.

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi yang memungkinkan PAS keluar dari Pakatan Haram dan program yang menghimpunkan lebih 1,000 ulama PAS itu jelas bersemangat apabila majoriti mereka yang hadir mahu PAS kembalikan kepimpinan parti itu pada golongan ulama.

Persoalannya, mengapa perlu dikaji semula “tahaluf siyasi” dengan PKR dan DAP? Sejak berpeluk dengan dua parti tersebut, apakah pakatan pembangkang itu membawa kemudaratan pada PAS? PAS baru nak sedar tentang perkara itu?


Sebenarnya sudah berkali-kali PAS diberitahu bahawa “tahaluf siyasi”nya dengan PKR dan DAP membawa kerugian besar pada parti itu. Dasar PAS langsung tidak dipandang sahabat “syaitan”nya, malah dasar perjuangan utamanya selamba dicantas.

Kalau diteliti kandungan intipati buku “jinggay” karangan Anwar dan DAP, kita dengan jelas boleh melihat bagaimana dasar PAS dinafikan. Malah beberapa dasar kecil PAS hanya dinyatakan secara liberal dan umum di dalam “kitab suci” Pakatan Haram itu.

Mungkin risau hilang undi golongan bukan Islam, PAS hanya mampu menganggukkan kepala.  Mungkin ada PAS, biarlah mereka hilang perjuangan dan tercemar maruah Islam asalkan mereka dapat kerusi di Parlimen dan DUN?

Antara “tahaluf siyasi” PAS yang terhebat ialah mengenai kalimah “Allah”, perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Kalimah “Allah” telah digadaikan dan PAS hanya buat “U-turn” ketika PRU ke-13 begitu hampir diadakan. Nampak sangat tidak ikhlas!

“Negara Islam” berkubur lebih awal. Nik Aziz cuba menjustifakasikan kononnya Negera Islam terkandung di dalam Negara Kebajikan yang diwar-warkan Pakatan Haram. Pelik! Setahu saya, “kebajikan” itu yang terkandung di dalam Islam dan bukan sebaliknya!

Bukankah Islam itu syumul dan segala-gala di dunia ini semuanya terkandung di dalamnya, termasuk “kebajikan”. Tapi mungkin Nik Aziz “terlebih ulama”, maka dia letakkan Islam di dalam kebajikan! Entah dari Tok Guru mana dia belajar, saya kurang pasti…

Hukum Hudud? Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin sendiri menegaskan bahawa dia akan membuat laporan polis terhadap sesiapa yang mengatakan PAS mahu melaksanakan hukum hudud. Katanya, PAS sejak dari awal penubuhannya “tidak pernah memperjuangkan hudud” di dalam perlembagaannya!

Itulah “harga” yang perlu dibayar PAS bila bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Harun Taib tahu dan sedar hakikat itu. Namun apakan daya, Mustapha Ali lebih besar kuasa dan pengaruhnya sehingga mampu memansuhkan kenyataan Dewan Ulama PAS.

 Saya yakin, walaupun semua golongan ulama di dalam PAS mahu parti itu keluar dari Pakatan Haram, PAS takkan berbuat demikian. PAS mungkin akan terus kekal bersama PKR dan DAP.

Kenapa? Kerana PAS memang tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Itu kata penganalisis politik, Prof Agus, bukan saya.

Saya setuju dengan Prof Agus. Tapi pada saya, PAS akan hilang identitinya sekiranya bersama PKR dan DAP kerana kedua parti itu jelas mempunyai dasar yang sangat bertentangan dengan PAS. Itu jelas telah berlaku, bukan?

Apa pun, terbukti kini bahawa suara ulama di dalam PAS sememangnya sudah tidak laku lagi. Ketua Dewan Ulama? Jawatan itu hanyalah tinggal nama sahaja. Tiada fungsi jelas dan tidak lagi mendapat tempat di dalam parti itu.

Biarlah PAS terjun dengan “labu-labu”nya. Kalau ditegur, nanti mereka menuduh kita cemburu pada Pakatan Haram pula, bukan? UMNO tidak pernah menutup pintunya pada PAS, tapi memandangkan PAS suka sangat berpeluk dengan kafir harbi, apa kita boleh buat, kan?

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Usah kata tahaluf siyasi, larangan TGNA dari berbaik-baik sesama Islam ANARA PAS & UMNO pun sudah bercanggah dgn hadis Nabi yg bermaksud tidak akan dapat bau syurga kpd mereka yg memutuskan SILAHTURRAHIM.

Anonymous said...

SUDAH TERLAMBAT....SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH....NASI SUDAH MENJADI BUBUR..ITU NATIJAHNYA APABILA ULAMAK CIPTAAN PAS GAGAL GUNA KEPALA HOTAK DALAM MEMBUAT MEMBUAT KEPUTUSAN....SEMUA ITU ADALAH RENCANA ALLAH UNTUK MENGAJAR PARA PEMIMPIN PAS AGAR BERMUHASABAH DIRI DAN NAMPAK GAJAH DI DEPAN MATA...SELAMA INI PANDANGAN INSAN LAIN DIPERLEKEH DAN DIRI SAHAJA YANG BETUL DAN JAUH SEKALI UNTUK MENERIMA TEGURAN.....TAK USAHLAH KAMU SEMUA BERGUNDAH GULANA KERANA SEMUA INI ADALAH PEMBALASAN ALLAH DI ATAS DOSA DAN KEJAHATAN KALIAN SELAMA INI.....SESUNGGUHNYA PAS TELAH HILANG SEGALANYA.

Anonymous said...

Sebenarnya Pas tak rugi,kerana mereka mendapat bnyak undi dari Cinabeng DAPdan sebahgian besar kemenangan Pas adalah kerana sokongan tersebut.Tapi yg ruginya adalah Islam,kerana sekarang gulungan bukan Islam sudah naik tocang,dan ramai yg berani menghina Islam.Ini sebagai bukti,Pas berjuang utk kuasa politik bukan utk Islam.