Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 11, 2013

BLOGGER PUN PERLU BEKERJA JUGAK, KAN?

Adoi.. sorry la.. dah berapa hari aku tak update blog ni. Bukan apa.. Aku tersangat busy sejak kebelakangan ni... nak jengok blog pun tak sempat... Jadi hari ni aku jelaskan sikit la kenapa aku tak sempat nak update blog...heheheeee...

Sebenarnya... memang aku busy sangat. Ye laaa... aku perlukan kerja untuk menampung kehidupan. Aku ada family bro... ada tanggungjawab...

Dalam hidup aku, prinsipnya aku letakkan family di tempat pertama. Ertinya, aku perlu pastikan aku dapat sara family aku. Dari itu, aku perlu berkerja, bukan? Ye laaa.. kalau tak kerja, macamana nak dapat income, kan? Kalau takde income, macamana aku nak sara family, kan?

Lagipun.. kami di Kedah ni bukannya Red Bean Army (RBA) yang dibayar lumayan oleh DAP tu... Kami blogger di Kedah ni perlu kerja untuk mencari rezeki. Alaaa.. sama la dengan korang, kan? Ada kerja, ada pendapatan. Kalau tak kerja goyang kaki kat rumah, boleh dapat pendapatan ke?

Contohnya, mungkin ada di kalangan kami yang bekerja sebagai Engineer, Businessman, Manager, Executive, Guru, Technician, Accountant, kerani, tukang mesin rumput, penoreh getah dan sebagainya. Pokok pangkalnya, kami perlu bekerja untuk mencari rezeki...kan?

Jadi, korang kena faham bahawa aku perlu kerja bagi mencari rezeki untuk menampung hidup family aku.  Dari pendapatan tu la aku bayar bil internet, broadband, isi minyak kereta, beli beras, susu anak dan sebagainya...

Dari pendapatan kerjaya aku tu la maka aku boleh berjuang di blog dan laman maya ni. Jadi, korang kena la maafkan aku kalau aku tak update blog...heh! Kalau aku free tu...boleh la update blog ke.. facebook ke... tweet ke apa ke...kan?

Ye laaa.. PRU ke-13 dah selesai. BN pun dah rampas Kedah semula. Alhamdulillah. Tapi, takkan la aku nak harapkan UMNO atau BN nak "suap" aku? Aku perlu kerja bebbbb..! Takkan la aku nak suruh Kerajaan BN Kedah atau UMNO sara hidup aku tiap-tiap bulan? Gila ke apa? Heh!

Sebelum PRU ke-13 dulu, memang aku tumpu pada perjuangan di blog. Kadang-kadang sampai kena marah dengan boss kat tempat kerja. Tapi ye laaa.. semangat juang Melayu Islam punya pasal, aku terpaksa la tahan boss aku berleter...heh! Sorry boss..!!!

So, dah sampai masanya aku kembali tumpu semula pada kerjaya aku. Jangan risau.. aku akan teruskan perjuangan. Aku akan tetap menulis...perjuangan aku dan rakan-rakan blogger di Kedah ni masih belum selesai...insyaAllah... doakanlah perjuangan kami ni...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!