Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 14, 2013

APA..? DEMO HARAM TAK SALAH? BUDAK PAS NI GILA KE APA..???

Mohamad-Suhaimi-Abdul-Aziz

Baru-baru ini mahkamah memutuskan bahawa seramai 13 peserta demonstrasi di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan yang merusuh kira-kira empat tahun lalu sebagai bersalah dan dihukum penjara selama dua tahun serta denda sebanyak RM5,000.

Dalam kejadian itu, para peserta demonstrasi tersebut merusuh bagi tujuan membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak. Kononnya bagi mereka, hak kerajaan Pakatan Haram Perak telah dinafikan dan mereka bangkit memprotes dalam satu perhimpunan haram di masjid berkenaan.

Maka sekonyong-konyong itu tampil pula seorang “pak lebai muda” PAS bernama Suhaimi Abdul Aziz yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyanggah keputusan Mahkamah Sesyen tersebut.

Pada Suhaimi, peserta-peserta demonstrasi yang merusuh di perhimpunan haram itu tidak salah sama sekali. Malah mereka wajar dianggap “wira” dan tidak wajar dihukum atas tindakan “mempertahankan kerajaan Nizar-Ngeh-Nga” itu…
 

Kononnya, hak kerajaan Pakatan Haram Perak itu telah “dirampas” dan “wira-wira”nya itu hanya memperjuangkan “hak kerajaan mereka”. Itu hujah Suhaimi yang mewajarkan tindakan “wira-wira” yang merusuh itu…

Persoalannya, siapakah Suhaimi untuk menyanggah keputusan mahkamah sesyen itu? Apakah dia bertaraf hakim yang bertauliah? Dia hakim mahkamah mana? Mahkamah Tinggi? Mahkamah Rayuan? Atau dia menghukum hanya berdasarkan otaknya sebagai pembangkang?

Sudah diputuskan mahkamah sebelum ini bahawa BN berhak terhadap pemerintahan Kerajaan Negeri Perak kira-kira empat tahun lepas setelah dibicarakan beberapa kali. Sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan pun, keputusannya tetap sama memihak pada BN.

Apa lagi yang mewajarkan protes diadakan terhadap keputusan itu? Apakah Suhaimi dan Pemuda PAS tidak tahu menghormati undang-undang negara?

Apakah Suhaimi hanya mengiktiraf undang-undang yang ada dalam percaturan akalnya sahaja? Kalau otaknya kata “betul”, maka “betul”lah kes tersebut? Kalau akalnya kata “salah”, maka “salah”lah? Begitu? Pada saya, itu “undang-undang suka hati mak bapak” namanya, kan?

Begitu juga dengan keputusan mahkamah yang memutuskan para peserta demonstrasi itu sebagai bersalah. Mereka memang bersalah pada pandangan Mahkamah Sesyen.

Selagi Suhaimi tidak melanjutkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan, peserta demonstrasi yang dijatuhkan hukuman itu tetap bersalah di mata sistem perundangan Malaysia, bukan?

Jadi, apa halnya Suhaimi nak menyalak menunjukkan jaguh menghina dan mempertikai hukuman hakim Mahkamah Sesyen? Suhaimi tak tahu undang-undang, kah?

Yang peliknya, dia mengiktiraf pesalah undang-undang itu sebagai “wira”? “Wira” yang memperjuangkan sesuatu yang diputuskan “haram”? “Kebenaran” jenis apa yang mewajarkan “sidang bawah pokok” sebagai “sidang DUN yang sah”? Perlembagaan mana Suhaimi pakai?

Begitulah pemikiran para kepimpinan generasi muda PAS di zaman ini. Mungkin mereka terikut-ikut dengan kerendaha IQ Mahfuz Omar dan Idris Ahmad yang cukup terkenal dengan pertikaian-pertikaian tidak masuk akal yang terbit dari mulut mereka.

Jadi tidak hairanlah jika ramai penyokong PAS kini berpaling arah dan semakin ramai meninggalkan parti itu. Kalau mereka tidak masuk UMNO sekali pun, mereka lebih rela tidak berparti dari terus malu beridentitikan PAS. PAS sedarkah tentang hakikat itu?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Tak kisah lah. Yang penting depa pi masuk jail dulu dan bayaq saman. Salah ke, tak salah ke, itu korang fikir2 lah semasa dalam jail. Suhaimi nak join pun ok jugak. Buat lah demo sorang2, atau buat lah fb lucah atau ugut orang.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!