Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 18, 2013

ALAMAKKK..!!! NI BMW PUTIH EXCO MANA PULAK NIHHHH..???!!!

Sampai saja di kedai mamak pagi tadi, aku dengar pakcik-pakcik kat meja depan tu bising-bising. Aku ingatkan bergaduh, rupanya berborak... kuatnya berborak! Borak pasal politik...bersemangat betul la pakcik-pakcik tu...

Aku ingatkan topik borak depa tu pasal pemilihan agung UMNO yang tengah rancak... rupanya depa dok pertikai pasal Exco-Exco yang dipilih Datuk Mukhriz... depa pertikai latar belakang dan semua perkara pasal Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah...

Sebut sapa yang tak kena? Semua Exco depa taruk. Dari Exco-Exco kategori "senior" Datuk Ku Rahman dan Datuk Tajul Urus, sampai la Exco-Exco kategori "junior" macam Badrul Hisham dan Pak Tam...semua kena...Exco perempuan pun kena jugakkk...


Dari perbualan depa...aku yakin 100% depa semuanya orang UMNO. Tapi mungkin sebab terlalu UMNO, maka depa fikir apa yang depa katakan tu semuanya betul dan wajar. Mujur la aku ni kategori "junior".. malas aku nak campur... nanti depa kata kurang ajar pulak...kan?

Depa pertikai kenapa Mukhriz pilih Exco-Exco tu. Depa kata, Exco-Exco tu semuanya bodoh-bodoh belaka, tak reti buat kerja, back ground tak bagus...macam-macam depa kata. Padahal depa tak bagi fakta pun...! Aku teliti satu perbualan depa...satu contoh pun depa tak bagi..

Hanya kutuk saja tanpa fakta..? Tu dah ikut jadi perangai orang PAS tu...orang PAS memang expert hal kutuk tanpa fakta nihhh...heh!

Entah la. Aku tengok, orang kita ni semuanya nak komplen. Itu tak betul, ini tak betul. Depa saja yang betul? Orang lain semua salah?

Mukhriz salah pilih Exco. Exco tu salah, Exco ni pun salah. Aku tak tau Exco mana yang patut dan betul untuk dilantik Mukhriz dari sudut pandangan depa. Mungkin kalau Mukhriz lantik depa jadi Exco baru boleh dianggap "betul" dan "tepat" kot???

Pada aku, Mukhriz dah lantik pemimpin yang terbaik untuk dijadikan team Exco dia. Dengan pilihan yang terhad, rasanya Exco-Exco yang dilantik tu semuanya layak memegang port folio masing-masing. Apa lagi yang tak kena?

Pakcik-pakcik tu tau ke apa benda "port folio" tu? "Port folio" tu bukan sejenis kuih raya macam Mahfuz kata tuuuu...heh! Kalau tak tau...jangan buat macam tau...heheheheheeee...

Sepatutnya, kita orang UMNO ni bantu Mukhriz dan team Exco-Exco yang Mukhriz lantik tu...bukannya nak komplen je kerjanya...kan? Komplen jer kerjanya...apa yang kita dapat? Komplen tu dapat membantu ke? Dah la takde fakta... kalau ada fakta pun belum tentu betul...kan?

Kadang-kadang, ada di antara kita yang dapat fakta sikit, terus nak komplen kata macam-macam. Padahal fakta tu tak tepat pun...

Contohnya, kita tengok ada kereta BMW parking di rumah Exco. Kita tak pernah tengok kereta tu sebelum ni dan terus kita kata Exco tu baru beli kereta mewah pakai duit rakyat! Ye laaa...logik kata... kita dok tengok kereta waja je kat rumah Exco tu sebelum ni...tiba-tiba ada BMW 7s... terus keluar topik "Exco beli kereta mewah guna duit rakyat"...

Padahal, kereta tu member Exco tu yang punya. Member Exco tu kebetulan nak ke Langkawi bercuti seminggu dengan family...mintak tumpangkan kereta BMW dia kat rumah Exco tu sebab takut kena curi kalau parking kat Kuala Kedah...itu cerita sebetulnya... 

Tapi kita pulak pandai-pandai tanpa usul periksa terus tuduh Exco tu yang bukan-bukan. Aku faham la boss korang tak terpilih jadi Exco pun...tapi agak-agak laa... adil la sikit bila buat pertimbangan tu... persepsi macam tu boleh jatuh hukum berdosa tu...kan?

Jadi, renung-renungkan lah. Betul tak apa yang aku cuba sampaikan? Aku faham..tak semua kita berfikiran macam tu. Aku pun takde la kata apa yang aku kata tu betul belaka. Tu cuma pendapat aku saja... cuma aku harap kita dapat buat pertimbangan yang adil..bukan persepsi sendiri yang membawa pada dosa fitnah...itu saja...boleh?

3 comments:

Anonymous said...

Salam....Betui! Aku sokong apa hang kata..kalau nak komen atau komplen, kena ikut fakta, jangan kuat AUTA macam manusia-manusia PAS...ni la nak tunjuk kekuatan orang UMNO yang bukan calang-calang dan banyak baca! (p/s: minggu depan aku tumpang Vellfire sebijik kat umah hang no...tak cukup duit nak bayaq parking RM20 kat kuala kedah...huhu)

Labu8455 said...

Itu "kelakuan standard" orang Melayu lah bro - apatah lagi kalau diadun pulak dengan "bodoh sombongnya" lagi - tentu akan bertampah pekat dan kelat....

Anonymous said...

Exco paling tak boleh buat kerja ialah tajul urus.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!