Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 30, 2013

AKU BANGGA WUJUD INSTITUSI ISLAM NI KAT MALAYSIA..!!! SYUKRAN TABUNG HAJI..!!!

Aku tak tahu sama ada korang sedar atau tidak, Lembaga Tabung Haji hari ni menyambut ulang tahun Jubli Emas. Maknanya, dah genap 50 tahun Tabung Haji beroperasi dan berbakti pada umat Islam kat Malaysia ni...

Tabung Haji ni actually ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1963. Ilham menubuhkan Tabung Haji ni diilhamkan Allah pada Prof DiRaja Ungku Aziz. Beliau yang buat semua paperwork nak tubuh Tabung Haji ni dulu.. Siapa boleh nafi pahala dia hantar berjuta umat Islam tunai haji, bebbbb?

Tabung Haji ni pada aku adalah "koperasi" umat Islam paling efektif sekali. Selain melabur tanpa sebarang was-was, ia membolehkan kita menabung untuk tunai haji dengan mudah. Besar pahala Tabung Haji dan kakitangannya bro...

Dulu.. Tabung Haji ni kecik je. Duit pun tak banyak. Tapi sekarang ni dah ada ladang, construction, hartanah, kewangan Islam, ICT, minyak dan gas, pelancongan dan catering. Tabung Haji ada 8 juta pendeposit, 119 cawangan, 6,000 touch points dan sebuah opis di Jeddah!



Agak-agak korang, berapa jumlah kekayaan terkumpul dalam Tabung Haji dalam tempoh 50 tahun ni? Jawapannya? RM41 bilion bebbbb..!!! Bukan million..bukan juta... tapi BILION..!!! Sebuah institusi Dana Islam paling kaya dan berjaya dalam negara kita...!!! Aku tumpang bangga...

Dari sudut kewangan tahunan, korang agak-agak berapa pendapatan Tabung Haji setahun? Heh! Tahu? Jumlahnya selalunya lebih dari RM2 bilion! Aku ulang, RM2 bilion setahun! Patut la Tabung Haji dapat kasi bonus banyak kat kita tiap-tiap tahun, kan? Alhamdulillahhhhh....

Aku tulis pasal Jubli Emas Tabung Haji ni bukan pasal nak bodek sebab aku nak tunai ibadah haji tahun ni. Cuma aku nak tumpang bangga dengan pencapaian cemerlang sebuah institusi teras Islam yang paling berjaya kat negara kita... tak salah, kan?

Dulu tok dan tokwan kita naik kapal pegi haji.. sekarang ni kita dah naik kapal terbang...siap ada hotel dan kemudahan lain di Tanah Suci... tengkiu Tabung Haji atas usaha murni tersebut untuk umat Islam di Malaysia....
Justeru, aku ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih pada seluruh warga Tabung Haji, sama ada yang berkhidmat sejak 1963 hinggalah yang sedang busy uruskan jemaah haji macam aku ni...heh! Tengkiu banyak-banyak. Jazakumullah khairan kathira...

Aku lihat, Tabung Haji merupakan titik pertemuan umat Islam kat negara kita. Sama ada orang UMNO atau PAS, kita semua sama-sama menabung dan sama-sama dapat manfaat dari kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji, khususnya dalam ibadah rukun Islam ke-5..kan?

Jadi, kita sama-samalah ucap syukur dan terima kasih atas kewujudan Tabung Haji sebagai sebuah entiti yang banyak membantu tok dan tokwan kita dulu hinggalah sekarang... susah sangat ke nak ucap terima kasih...? Syukran ya ma'syaral Tabung Haji....

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!