Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 22, 2013

TERKINI..!!! USTAZ AZIZAN ANGKAT SUMPAH, ADA YANG SAKIT HATI..???!!!

Kenangan Ustaz Azizan di waktu riang sihatnya..
Sekalung tahniah aku ucapkan pada bekas MB Kedah, Tan Sri Azizan Razak, yang mengangkat sumpah sebagai ADUN Sg Limau tengahari semalam. Walaupun ia dilakukan di wad ICU, ia cukup untuk mengesahkan dirinya sebagai ADUN Kedah.

Dengan angkat sumpah itu, aku yakin, ramai yang "kecewa" khususnya puak-puak PAS yang sebelum ini beriya-iya mahu dia meletak jawatan sebagai ADUN. Ada ke patut puak PAS sendiri desak dia suruh letak jawatan..? Ish..ish...ish...!!!

Dulu masa dia jadi MB, dia selalu jugak sakit dan keluar masuk hospital. Tapi masa tu sapa pun tak berani suruh dia letak jawatan, kan? Sekarang ni dia dah tak jadi Pesuruhjaya PAS, dah tak jadi MB, depa kutuk dan kata macam-macam kat Ustaz Azizan...

Err... bila orang PAS nak ubah akhlak ni?

Selain itu, dengan tindakan angkat sumpah Ustaz Azizan tu, maka ia sekaligus menafikan desas-desus mengenai Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau. 


Jadi, tak payah la korang dok gosip-gosip liar kata PRK akan diadakan di Kedah dalam masa terdekat ni. Tak payah la nak cari rumah sewa nak berkampung di Sg Limau tu. Umur Ustaz Azizan tu panjang lagi dan dia masih larat nak jadi ADUN...

Walaupun Ustaz Azizan tu PAS dan aku ni UMNO, aku hormat kat dia. Walaupun dia bukan lagi Pesuruhjaya PAS pun, aku tetap hormat kat dia...

Pendirian tu sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan Mahfuz. Aku langsung takdak rasa hormat kat Mahfuz. Tak payah aku terangkan sebab kenapa aku tak hormat Mahfuz tu. Korang sendiri boleh agak perbezaan antara Ustaz dengan Mahfuz, kan?

Dulu, masa kami berusaha keras nak merampas Kedah, pemimpin PAS yang paling aku susah hati ialah Ustaz Azizan. Selagi dia "lead" PAS Kedah, agak susah UMNO/BN nak rampas Kedah semula. 

Tapi mujurlah masa tu ditakdirkan Allah, Phahrolrazi dan konco-konconya buat hal, habis PAS pecah belah dan Mahfuz pun tumpang sekaki huru-harakan keadaan, maka UMNO/BN berjaya jugak rampas balik Kedah ni...Tu pun menang simple majoriti jer...

Tambahan pula Ustaz Azizan ada masalah kesihatan masa PRU hari tu. Kalau dia sihat, mungkin BN payah nak rampas Kedah semula...Tapi tu la takdir Allah. Aku terima takdir tu dan Ustaz Azizan pun terima takdir yang sama. Cuma ada la pulak yang tak mau terima takdir Allah tu..kan? Heh!

Justeru itu, aku mendoakan agar Allah kembalikan kesihatan Ustaz seperti biasa. Walaupun tidak sesempurna dulu, memadailah dikurniakan kesihatan yang memampukan Ustaz berkhidmat pada rakyat di Sg Limau.. Kami doakan...InsyaAllah...Amin...

1 comment:

kluangman said...

Ustaz azizan memang layak jadi adun tetapi sudah tidak mampu berkhidmat - sewajarnya di melepaskan jawatannya sekarang atau besok - saranan pas untuk beliau berundur adalah wajar.

Walaupun ia dari pas - kenapa perlu pandang serong kepada satu saranan yang bernas?

Mentaliti apa ni??

Bila Kak Su Bersuara... Heh!