Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 7, 2013

TERKINI..!!! PRK PULA DI BUKIT KATIL..???

Ramai jugak yang sms dan call aku bertanya tentang desas-desus kononnya Parlimen Bukit Katil di Melaka akan automatik "kosong" sekiranya Sam Ketot didapati bersalah di mahkamah atas dakwaan berhubung himpunan Blackout505 tempohari...

Kalau dirujuk pada undang-undang dan perlembagaan, Sam Ketot boleh dilucutkan dari menjadi Ahli Parlimen jika dia didapati bersalah. Sebab tu depa dok kata akan berlaku PRK di Parlimen Bukit Katil...

Pada hemat aku, Sam Ketot takkan hilang jawatan Ahli Parlimen tu. Sebabnya...


1. Dah tentu la Anwar akan cari the best lawyer untuk jadi peguambela untuk Sam Ketot. Anwar mahu kekalkan kerusi Bukit Katil tu milik PKR. Itu sudah pasti...

2. Kalau Anwar boleh terlepas kes liwat Saiful hari tu, tak mustahil Sam Ketot akan terlepas dalam kes ni. Maklum laaa... undang-undang ni leceh sikit bro. Kalau ada sikit je spoil dalam pendakwaan tu, confirm kalah punya... terutama pasal hal teknikal...kes-kes Anwar semuanya "lepas" sebab hal teknikal, kan?

3. Kalau kita tengok pula pada kecenderungan hakim-hakim sekarang ni, depa lebih "pro" sapa? Heh! Perkara tu boleh mempengaruhi keputusan, kan? Sebab tu Allah kata ramai hakim yang akan masuk neraka nanti, kan? kan? kan?

4. Kes tu baru je disebut semalam, bro. PKR boleh drag kes tu sampai 4 - 5 tahun. Kalau diputuskan segera dan Sam Ketot bersalah pun, dia boleh merayu. Banyak kali dia boleh rayu di mahkamah-mahkamah kat Malaysia ni... Macam aku kata tadi, hakim-hakim ni cukup "pemurah" kalau handle kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Haram ni... Sam Ketot boleh lepas punyaaa...heh!

Itu cuma pandangan aku saja la base on pengalaman aku. Tapi Allah yang menentukan. Kalau Dia kata PRK kat Bukit Katil, maka jadi la PRK kat situ. Aku cuma terfikir...kalaulah Allah takdirkan PRK di Parlimen Permatang Pauh..alangkah baiknya, kan? kan? kan?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!