Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 7, 2013

TERKINI..!!! PRK DI DUN KLIAS, SABAH..!!!???

Ada orang kata, lepas Kuala Besut, akan berlaku PRK di Sungai Limau. Tak pun di Bukit Katil. Tapi aku tak rasa begitu....

Pada pandangan aku, lepas Kuala Besut, mungkin akan berlaku PRK di DUN Klias. Kat mana DUN Klias ni? Kat Sabah bahhhhh... "ku kuyak-kuyak muka kaooo".. kata member aku dari Sabah! Heh!

Kalau berlaku PRK kat Klias, aku harap kawan-kawan aku bertenang dan tak payah la booking tiket kapal terbang nak ke sana... Relaks la beb... belum pasti lagi akan berlaku PRK di sana...

Sebabnya...

Mahkamah pilihan raya di Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama setakat ini dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Sabah bagi kerusi DUN Klias.

Keputusan itu pastinya akan menyebabkan bantahan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang setakat ini, semua petisyen difailkan pakatan itu dibuat dengan dikenakan kos tinggi.

Ini adalah petisyen pertama yang berjaya di antara 69 petisyen difailkan pembangkang PR dan Barisan Nasional (BN) selepas tamat PRU13 pada 5 Mei lalu.

Petisyen itu difailkan calon BN, Isnin Aliasnih yang memperolehi 6,182 undi berbanding Lajim, 6, 324 undi.

Hakim Yew Jen Kie bagaimanapun membuang petisyen difailkan Lajim yang mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort.

Lajim tewas di kerusi itu apabila calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun memenanginya.
Yew turut membuang petisyen Isnin yang difailkan terhadap pegawai pilihan raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 setiap seorang.

Hakim berkata, Isnin dalam permohonannya tidak menjelaskan bagaimana tindakan RO dan SPR memberi kesan terhadap keputusan kerusi Klias.

Lajim boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap kedua-dua keputusan itu.
Dalam pilihan raya lalu, bagi negeri Sabah, BN memenangi 48 kerusi sementara pembangkang menang 12. -Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!