Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 22, 2013

TERKINI..!!! BLOGGER PAKISTAN DITAHAN POLIS DI DAKWA DERHAKA..???!!!

bakistani

Sebelum ini, institusi DiRaja sering menjadi mangsa serangan puak-puak DAP. Bermula dari Pengerusinya, Karpal Singh, hinggalah pasukan propaganda terlatih parti itu, Red Bean Army, selalu mencetus kontroversi dan seolah-olah sengaja “cari gaduh” dengan sistem beraja di Malaysia.

Sudah banyak laporan polis dibuat terhadap puak DAP yang menghina dan membuat provokasi melampau terhadap DYMM Sultan, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong. Tindakan biadap dan kurang ajar itu sering mencabar kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara kita.

Ada di antara mereka yang disabitkan kesalahan dan dihukum, tapi ada juga yang terlepas. Kebanyakkannya terlepaslah. Maklumlah, peguam-peguam DAP memang terkenal dengan helah teknikal yang mewajarkan tuntutan keadilan gagal dilaksanakan pada mereka…


Namun apa yang mengejutkan saya ialah tentang seorang blogger PAS yang dikenali sebagai “ustaz” Wan Ji Al-Bakistani, yang bukan saja menghina institusi DiRaja di Malaysia, malah kenyataannya yang disiarkan di laman Youtube itu jelas menunjukkan dia memerangi sistem beraja di negara kita.

Wan Ji mungkin tidak mengangkat senjata atau menyerang secara terbuka seperti komunis dan kumpulan Panji Hitam dari Empayar Langkasuka Nusantara. Tapi perang Wan Ji terhadap institusi DiRaja kita merupakan perang saraf yang mampu menjejaskan kedaulatan institusi itu.

Ia ibarat “api dalam sekam”, kalau dibiarkan, habis terbakar semuanya. Elok kalau api itu dipadam segera ke dalam penjara atau dinyahkan saja dari bumi berdaulat ini. Dasar penderhaka tidak wajar dibiar bermaharajalela!

Kalau ditonton rakaman klip video yang dimuatkan itu, Wan Ji merancang untuk merepublikkan Malaysia pada tahun 2030. Tak kiralah apa alasannya untuk menafikan kenyataannya itu, tapi yang jelas, rakaman tersebut membuktikan dia bermotif untuk menghapuskan institusi Diraja di Malaysia.


“Fiqh Tawaqqu”? Cuma contoh perancangan? Alasan tersebut langsung tidak masuk akal dan tidak relevan sama sekali untuk diterima. Apa yang tersiar, jelas dia memerangi DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Tak payahlah Wan Ji berdolak-dalik, “sekilas ikan di air, sudah kenal jantan betinanya”…

Saya tidak hairan jika DAP mahu hapuskan sistem monarki di negara kita. DAP memang begitu. Mereka memang tidak suka pada institusi DiRaja memandangkan institusi itulah yang menjamin kedudukan Islam, Melayu dan Tanah Melayu di bumi bertuah ini.

Sebagai sebuah parti yang bertunjangkan PAP, sudah tentu DAP mempunyai agenda untuk mencontohi parti “kembar” mereka di Singapura. Jika Singapura boleh “direpublikkan” Lee Kuan Yew, mengapa pula “Dinasti Lim” tidak boleh berbuat demikian?

Yang peliknya, kini puak PAS pula turut bersekongkol dengan ideologi yang sama! Sejak bila PAS berani berkurang ajar dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu? Sejak berkawan dengan DAP?

Mungkin PAS jadi begitu sejak berkawan dengan DAP. Sejak berkawan dengan “adik kesayangan” PAP itu, Nizar Jamaluddin berani berseteru dengan DYMM Sultan Perak dengan “sembah derhaka”nya.

Merujuk pada ideologi dan “game” Wan Ji itu, saya tertanya-tanya apakah DAP sudah berjaya “mentarbiyah” PAS supaya akur serta taat pada ideologi perjuangan mereka? Sampai tergamak melancarkan “perang” menghapuskan institusi DiRaja?

Kalau di zaman Hang Tuah, saya yakin umur Wan Ji akan “ditamatkan” di hujung mata keris. Kalau habis “ihsan” sekalipun, sudah tentu Wan Ji tidak akan dibenarkan memijak bumi bertuah ini atau dia akan muntah darah ditulah kedaulatan Sultan…

Dimanakah Wan Ji letakkan kedudukan Rukunegara yang ke-2, “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”? Jika seorang muslim tidak menunaikan rukun Islam, maka dia boleh dikatakan tidak sempurna Islamnya.

Bagaimana pula dengan seorang warganegara Malaysia yang tidak akur pada rukun negara? Wajarkah dia dianggap berstatus warganegara? Atau Wan Ji lebih layak digelar “penderhaka”?

Pada saya, pihak berkuasa tidak boleh memandang remeh tentang isu ini. Sesiapa saja yang bertindak membuat provokasi melampau perlu diambil tindakan sewajarnya. Apatah lagi individu yang memerangi institusi DiRaja seperti Wan Ji.

Kalau tidak ada akta yang boleh disabitkan kesalahan, ia boleh digubal secepat mungkin. Di zaman pembangkang serba kurang ajar begini, puak-puak biadap itu bukannya boleh diberi muka! Lebih baik dikekang sebelum ada yang mati kena tikam keris, kan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

PAS juga akan berusaha untuk menghancurkan sistem beraja dan menjadikan Malaysia sebuah Republik.

Ini adalah kerana di Malaysia kuasa tertinggi dalam hal agama Islam di tangan Sultan/raja-raja bukannya Perdana Menteri/Mneteri Besar atau pentadbir Kerajaan.

Selagi sultan dan Raja-raja, PAS tidak akan menjadi suara mutlak dan puncak kuasa ISlam di Malaysia.


Model kerajaan yang ideal bagi PAS adalah seperti di IRAN dan di Mesir di mana parti politik menjadi puncak kuasa Islam dan tidak lagi di tangan tunggal seperti Raja/Sultan atau Khalifah yang mana semua ini dapat di capai melalui undi dan demokrasi. Kedua-dua negara ini mengulingkan sistem beraja mereka. Apabila demokrasi di terapkan secara total mudahlah musuh Islam menyusup masuk

Perlu di ingatkan bahawa Malaysia secara prinsipalnya bukan demokrasi penuh. Malaysia tidak pernah mengundi KERAJAAAN dan Pmerintah. (mengundi Raja-Raja - kerajaan kata akar dari- RAJA)) Kita hanya mengundi PENTADBIR bagi pihak kerajaan. (Government - kata akar govern - tadbir). Dengan kata lain kebanyakannya kita keliru dengan menterjemahkan GOVERNMENT kepada KERAJAAN walhal keduanya amat berbeza.

Pada hakikatnya PAS tidak mahukan sistem kesultanan sejak dari dahulu lagi cuma tidak terang-terangan atas inspirasi Hassan - Bannaa Revolusi Iran dan juga Raja Mesir. Maka tidak hairan ada Ustaz seperti ini dari PAS dan tidak hairanlah juga mereka bercium mulut dengan DAP dan PKR.

Jagalah Sultan kita kerana hanya dengan ini Islam terjamin di bumi Malaysia. Demokrasi hanyalah penghancur Islam dan pelopornya yang tersembunyi ialah PAS.

Nota:- Dalam Islam untuk pemerintah/kerajaan tidak ada sistem demokrasi sistem suara majoriti. Untuk hari ini MAlaysia ialah model yang terbaik untuk Islam kerana seperti yang saya nyatakan PEMERINTAH kita tidak tertakluk kepada sistem Demokrasi melainkan hanya PEntadbir bagi pihak Kerajaan yang terikat dengan pilihanraya dan undi.

Juga sila ingat bahawa Nabi ISa di jadikan Tuhan /deification melalui sistem undi juga oleh suara undi oleh puak-puak Kristian.

Anonymous said...

mabok ganja ustaz dogol al bahalol PAS ni ....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!