Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 22, 2013

TERBAIK..!!! SALUTE 100% PADA POLIS TRAFIK NI..!!!


Gambar kat atas ni aku amik dari blog brader SAK kat sini... Memang terbaik! Selama ni, korang asyik dok kutuk je polis trafik, kan? Pantang nampak diorang kat jalan, korang "daring" je jeling anggota polis trafik tu.. padahal dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan...

Kita selalu buruk sangka kat polis trafik. Kononnya diorang suka makan rasuah la.. suka cari salah korang la.. itu tak kena..ini tak kena.. ada je mulut korang nak kutuk polis trafik, kan? Padahal polis yang korang nampak tu takde dosa pun dengan korang..kan?

Aku tak nafikan, ada polis trafik yang suka makan rasuah. Tapi tak ramai bilangannya. Ramai lagi polis trafik yang amanah dan adil dalam tanggungjawab diorang. Contohnya Sub Inspektor Zakarian Abdul Razak kat atas tu... korang pernah dan boleh buat apa yang dia buat tu?


Dalam kejadian tu, Brader Zakarian tu sempat mendoakan mangsa kemalangan, Allahyarhamah Puan Shamsiah Kisan, yang meninggal dunia di tempat kejadian di Plus Highway kat area Bukit Tagar tu.

Korang marah dengan polis trafik apasal? Diorang just laksanakan tanggungjawab diorang, salah ke? Kita yang buat salah kot? Undang-undang tak kasi modified ekzos besar tin milo, korang buat jugak. Orang tak kasi pakai tinted gelap sangat, korang degil. Bila kena saman, korang nak salahkan polis trafik? Agak-agak la brooo...

Alfatihah untuk Allahyarhamah dan sekalung tahniah pada Brader Zakarian kita ni. Ternyata brader kita ni lain dari yang lain. Ada "wow factor" padanya... Salute..!!!

6 comments:

maae said...

Polis contoh. Sekurang-kurang AlFatihah dapat meringankan roh mangsa...

raismazzadam said...

Al-fatihah...semoga dicucuri rahmat...
Inilah sikap terpuji seorang manusia...

Servant of God said...

Alhamdulillah...

Semoga kita mencontohi saudara Zakarian kita nih.. insya Allah.

Anonymous said...

Aku dari dulu memang sukakan polis.

Anonymous said...

Bapa aku polis pangkat koperal sampai pencen pakai basikal berkhidmat 35 tahun.

Anonymous said...

Org yg buat slah dan jenayah je suka cari pasal dgn Polis. Plis xde nk dtg saman atau tangkap kita klu memandu hemah, atau tgh Solat di masjid. Pembangkang t elah tanam rasa benci pd Polis sejak zaman reformasi.

Sampai skrg susah nk kikis, kalau bersembng je dgn kengkawan mesti nk kutuk Polis. Semoga berkati Allah atas kerja2 Polis jd keselamatan ini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!