Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 1, 2013

SIAPA BANTAH CHETZ DITUDUH "NARROW MINDED"..??? HEH!

Berikut adalah komen terbaik pasal Pengkid 38 tahun dan anjing-anjingnya. Ada jugak yang kata blogger yang tak setuju dengan Chetz tu sebagai "narrowminded". Betul ke? Berfikiran singkat ke? Heh!

Islam tu tak jumud. Cuma dalam soal ni, kita kena back to basic. Fitrah sebagai muslim, fitrah dan nature anjing, dan hukum hakam dalam Islam...

Bagi kebanyakkan golongan yang rasa "intelek", perasan "open minded", kononnya "berfikiran terbuka", depa kena la rujuk soal Islam dulu sebagai sumber rujukan yang pertama, kan? 

Cuba baca komen pembaca kat bawah ni. Ada benarnya, kan?

Babi tidak secomel anjing. (walaupun pada saya babi pun comel juga semua makluk Allah comel-comel belaka)Lagi pun dasar hidup babi lebih kotor dari anjing. Babi suka berkubang dan main selut. Macamana nak bela babi dalam rumah? Lagipun babi tidak pandai menjaga rumah seperti Anjing. Anjing lebih praktikal sebagai teman dan penjaga dari babi. Sebab itulah orang dari zaman dahulu tak bela babi sebagaimana membela anjing. Ingat surah al-kahfi? Jika logik penulis surat terbuka digunakan yakni anjing dan babi sama sahaja kenapa pemuda-pemuda yang tidur di gua tidak guna Babi untuk menjaga mereka? Sebab Anjing dan babi tetap tidak sama sifatnya walaupun hukumnya sama.

Masalah pada si minah ini hanya tak kena tempat nak bela anjing sebab masyarakat Islam sudah tegar pendapatnya atas anjing ni. Saya sendiri hendak membela anjing tetapi maslahah umum dan kepentingan hidup bermasyarakat di Malaysia terutama dalam masyarakat Melayu tidak mengizinkan. Dan saya tidak kisah hendak membersihkan diri saya setiap kali terkena anjing. Lagipun tak susah mana pun. Macam basuh berak jugak cuma tidak ada air tanah. Ada orang mandi selut pun ada sebab nak cantik. Tak perlu cerita bab menyusahkan sebab Bab susah ini ialah relatif. Pada orang lain mungkin susah dan remeh pada sesetengah orang mungkin tidak susah mana. Contohnya berkhitan itu bukan wajib idak? tetapi sunat yang di tuntut agar kehidupan lebih mudah. Lelaki tidak berkhitan pun tak apa asalkan sanggup bersuci selalu.

Setidak-tidaknya saya bersetuju dengan penulisan yang mengatakan si minah ni sengaja mencari konterversi. Kalau nak bela anjing di Malaysia ni bagi orang Islam buat secara peribadilah. Lagipun itu urusan fiqah individu dan amalan persendirian tak perlu nak tayang-tayang. Isu dosa pahala ialah antara dia dan Tuhan. Berkasih sayang antara manusia dan anjing kerana Allah Taala juga saya pasti ada balasan yang baik juga. Tapi bila dah buat video dan di sebarkan sudah jadi permaslahan umum dah bukan hal peribadi lagi. Maka jangan marah jika masyarakat meletup dan memberi reaksi negatif.

Keduanya apabila beliau mengambilkan wuduk kepada anjing maka beliau tidak menghormati anjing tersebut dalam fitrahnya. Anjing tidak mempunyai tanggungjawab untuk berwuduk seperti manusia. Seperti kita pakaikan kucing kita dengan baju dan buat aksi comel. Ianya tidak menghormati kucing tersebut. Ataupun kita ajar beruk kita atau orca dan dolphin anjing laut menari dan membuat aksi. Ataupun kita suruh unta atau kuda kita lumba lari sambil kita bersorak gembira. Seperti di zoo dan sarkas dan di padang lumba. Haiwan tetap haiwan. Hormatilah haiwan termasuk anjing dengan menghormati fitrah haiwan tersebut.

Hendak membela anjing dengan fitrah anjing yang manja dan setia (bergantung kepada jenis anjing - ada anjing yang fitrahnya lain - lebih ganas dan sesuai untuk memburu misalnya)hendaklah di pupuk dengan cara yang betul.

Dari gambar dan video saya lihat anjing yang di bela ialah anjing yang sesuai untuk memburu dan menjaga rumah bukan yang sesuai sebagai anjing kemanjaan. Maka sesuaikanlah anjing tersebut dengan fitrahnya untuk menjaga rumah misalnya. Janganlah manjakan sangat macam anak pulak. (macam sesetengah orang manjakan kucing sampai pakaikan baju - mengarut dan tidak menghormati kucing)

Maka saya simpulkan si minah ni memang celaru. Nak bela anjing tak salah tetapi tujuannya salah dan caranya salah malahan speciesnya anjing tersebut juga salah.
Salah yang paling besar ialah meresahkan orang ramai terutamanya masyarakat Islam Melayu dan membiarkan perbuatannya menjadi spekulasi dan fitnah.

Contohnya memwudukan anjing pada saya ianya satu tindakan memanjakan anjing yang melampau serta menghina anjing tersebut dengan "memanusiakan" anjing tersebut tetapi pada masyarakat umum mungkin menganggap ianya menghina orang Islam dengan "menganjingkan" orang Islam yang berwuduk.

3 comments:

Anonymous said...

sibuk nak pegang anjing sbb kononnya tak haram....cuba pegang taik sendiri, berani??? haa tau pulak geli. sbb? najis....laaa anjing bukan najis...????

ini idea kepala bapak dia lah....konon liberal lah tu...puihhh!!!!

Anonymous said...

Kapla hotak kapiaq, suma buleh ...

Anonymous said...

Jangan diharamkan apa yang halal.Pegang anjing hanya najis sahaja,bolih di bersihkan najis itu melaui samak.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!