Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 7, 2013

PUNCA PAK LAH SELALU TERTIDOOOO...ZZZZZZZZ....

Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.

Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan “sleep apnea.”

Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.

Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu.

“Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas,” katanya.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

“Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah,” katanya dalam buku berkenaan.

“Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu.”

Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di “tingkat empat”, mengacau bilaukan negara. – THE MALAYSIAN INSIDER

4 comments:

Anonymous said...

Kalau dah tau ada masaalah..kesihatan wat gapo jadi PM..menyusahkan sajo..

kluangman said...

Lima tahun paklah kumpulkan kekuatan sekadar utk menjawab masalah tidornya.. Dan mungkin Lima tahun lagi perlu ditunggu untuk paklah menjawab kenapa dia teraba bahu Michelle yeoh..alasan Parkinson pula kot.

Tahukah paklah bahawa war is mahathir business!!!

Anonymous said...

Pak Lah, semua orang dah mula lupa pasal your problem. Tapi sekarang you kejutkan the sleeping bear.

Bangang gile orang tua ni. Pi buat sembahyang taubat banyak2. Banyak dosa dia dengan orang Malaysia.

Anonymous said...

Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!