Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 24, 2013

PERIHAL CALON PUTERI UMNO KALI INI... NAK PILIH MANA SATU NIHH..???

Petang semalam, ada sorang adik ni datang jumpa aku. Katanya ada sorang Ketua Puteri datang jumpa dia ajak masuk Puteri UMNO. Dia saja nak sembang dengan aku...tujuannya nak tanya pandangan..wajar ke dia masuk Puteri UMNO...

Adik di baru balik oversea.. Dia study kat UK...baru balik last year. Katanya, dah lama dia diajak masuk Puteri UMNO, cuma dia belum buat keputusan. Katanya, Ketua Puteri yang ajak dia join Puteri tu nak mintak tolong dia lobi bertanding jawatan...

Aku tanya adik tu....Apa kata hati dia bila dipelawa macam tu? Dia kata, hati dia memang nak masuk Puteri. Maklum la... dari dulu seluruh family dia memang sokong UMNO...

Aku tanya lagi... apa pulak kata akal dia? Dia kata, bila tengok keterampilan, peribadi, pakaian, cara pergaulan dan tahap pemikiran Ketua-Ketua Puteri, dia rasa malas nak masuk Puteri UMNO... Hmmm...menarik...! Apa reason dia?


Aku tanya dia...kenapa? Dia kata...walaupun dia study kat UK... dressing dia takde la macam Ketua-Ketua Puteri tu... Dia kata, memang tak semua dressing Ketua Puteri tu yang melampau. Tapi bila dia attend Perhimpunan Agung UMNO, rasa macam nak juling biji mata... Aku gelak!

Dia kata, buka setakat baju blink-blink, tapi ada yang pakai baju kurung tapi transparent, boleh nampak kaler bra dan panties. Ada yang pakai tudung, tapi kain belah sampai hampir nampak paha gebu. 

Ada pulak yang pakai kebaya ketat, rambut kaler-kaler, "aset" kat dada tu macam nak terkeluar pun ada. Dia geleng kepala... hmmmmm...paling kelakar, dia kata... ada yang pakai tudung, tapi nampak leher...! Heh!

Dia kata, tu baru pakaian je. Kalau nak dilihat dari segi adab sopan, cara pergaulan, tutur bahasa dan tahap pemikiran, dia tak nampak pun macam iras-iras "gadis Melayu". Abis tu "gadis" apa? Dia kata... "gadis" yang mungkin sudah "tidak Melayu" lagi...

Kata adik tu...Kat UK..walaupun depa kat oversea, ramai gadis Melayu yang kekalkan budaya Melayu Muslimah. Pakai baju yang sopan, longgar, dan yang paling penting menutup aurat ikut mazhab Shafiee... maklum laa..kat UK tu macam-macam mazhab yang ada...

Dia ada ikut usrah kat UK dulu...mujurlah usrah dia tu kendalian pelajar yang takde unsur PAS atau politik. Semua pasal Islam secara fundemantel dan terapkan sifat patriotik dalam diri depa.. pasal PAS atau UMNO langsung tak sebut dalam usrah depa.. Err.. dia tanya.. Puteri ada anjur "usrah" tak?

Tapi dia tak nafikan beberapa pemimpin Puteri yang memang jaga keterampilannya macam Rosnah Shirlin. Aku kata kat adik tu...Rosnah dah habis term..dia dah tak boleh tanding Puteri dah kot... Dia perlu cari kepimpinan Puteri yang baru...

Aku sempat bagi tips kat dia...First...cari pemimpin yang siddiq, amanah, tabligh dan fathonah. Kedua, cari pemimpin yang jaga akhlaknya, kurang kontroversi dan taat pada Islam. Ketiga, pemimpin Puteri tu mesti jaga auratnya...

Maklum laa.. puak PAS ni selalu bangkitkan isu "aurat" pada Puteri UMNO...dan aku akui memang ada kelemahan tu pada Puteri UMNO... jadi aku harap, sesiapa yang nak bertanding Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri tu perlu cari jalan untuk jadikan Puteri UMNO tu benar-benar menutup aurat!

Aku dengar, dah dekat 5 nama nak bertanding Ketua Puteri, 2 Naib Ketua Puteri dan mungkin akan bertambah nanti... 

Jadi aku pesan kat semua adik-adik Puteri... pilihlah Ketua Puteri yang boleh membimbing ke arah Islam, menperjuangkan Melayu dan mendaulatkan negara. Jangan sesekali pilih Ketua atau Naib yang asyik-asyik nak melawa saja, nak seronok-seronok dan nak ketawa-ketawa saja...

Paling utama...JANGAN SESEKALI PILIH YANG BERI DUIT DAN MINTAK UNDI DEPA. Itu namanya rasuah politik! Allah kata, "Arrasyi wal murtasyi finnaarr.." ertinya, orang yang merasuah dan terima rasuah tempatnya ialah neraka. Korang na pilih pemimpin macam tu ke?

Ingatlah. Puteri UMNO dulu pernah dipandang tinggi dan begitu dihargai kehebatannya. Sekarang ni dah layu dan lemau. Pilih la yan terbaik.. ingat...pilih yang menepati ciri-ciri seorang muslimah yang berfikiran jauh, berIQ tinggi dan memperjuangkan alif ba ta.. 

Kalau tidak, lingkup la Puteri sepenggal lagi...kan? kan? kan?

1 comment:

Anonymous said...

Totally AGREED with u Duke..!!Pimpinan Pu3 yg Baru must start their transformasi dari sudut AGAMA utk Ahli puteri yg lain. PAU yg saban tahun dijalankan umpama medan Puteri memperaga Diri pada Datuk Datuk Tan Sri Tan Sri. Bukan ke arah Perjuangan ALIF BA TA pun. Asal aDa RUPA jalan..yg TOMBOY pun brlambak lambak lagi. Mcm mana la nak ditarik undi anak muda yg bakal mengundi nanti ke dalam Keahlian Puteri nanti?itu tak diambil kira lagi perasaan org MISKIN yg ke PAU. Bila takda Rupa dan HArta, mudah sunggoh depa dipandang sbelah mata sja oleh PIMPINAN Atasan Umno. Sabn tahun ada sja gejala sosial yg tak berkesudahan dlm Puteri. Puteri perlukan Perubahan.BARULAH NAMA PUTERI TU LAYAK DISANDANG. SEIMBANGKAN UKHRAWI DUNIAWI.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!