Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 20, 2013

PENTING..! PEMIMPIN DAP DAN KELUARGA PENJENAYAH PERLU DISIASAT..!!!


GEORGE TOWN 19 Ogos – Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.
“Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.
“Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini. – BERNAMA
Terdapat hampir 100 orang ahli keluarga penjenayah yang ditembak mati pagi tadi berkumpul dan mempertikaikan tindakan Polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang pagi tadi.
Menurut Malaysiakini, anggota keluarga yang mati mempertikaikan kaedah tindakan polis, kononnya polis boleh menahan mereka kenapa perlu ditembak.
A family member of one of the deceased, VR Murugersan, told Malaysiakini that the five were shot “like animals” by the police.

“Why need to shoot like that? They could arrest first. Police are liars when they said they shot in self defence,” he said.
Kita tidak pasti sejak bila orang seperti VR Murugesan ini sudah menjadi pakar rujuk mengenai bagaimana polis perlu bertindak bila berhadapan dengan penjenayah ganas seperti ini.
Seorang lagi ahli keluarga berkata,
Nadarajah Somasundram, 62, who is the uncle of one of the dead men, claimed that the deceased were shot multiple times and that it was likely that semi-automatic rifles were involved.

“We want to know why they were shot 20 to 30 times. It happened inside the condominium. Why can’t the police give warning shots? – Malaysiakini.com
Bagaimanakah Nadarajah tahu berapa banyak tembakan dilepaskan? Apakah beliau memerhati dari jauh atau terbabit dengan situasi ini tanpa disedari oleh Polis? Selebihnya, apakah bodoh hendak menembak amaran dalam kondominium yang akan terdedah peluru sesat kepada mereka yang tidak bersalah di tingkat atas?

dapkongsgelap

Yang lebih menghairankan, ADUN DAP bagi kawasan Seri Delima tampil ke hadapan mempertahankan mereka yang ditembak polis ini seolah-olah beliau tahu mereka tidak bersalah. Atau adakah beliau mempunyai pertalian dengan kumpulan ini?
 
Hakikatnya, kejadian tembak menembak dengan penjenayah ini bukan secara mengejut atau di kawasan terbuka. Ini merupakan operasi khas Polis. Dalam operasi seperti ini pihak Polis pastinya telah mempunyai sumber risikan yang kuat untuk menangkap mereka. 

Jika mereka yang menembak ke arah Polis tidak boleh ditembak semula, sampai bila jenayah di negara ini dapat dikurangkan?

Selalunya mereka yang lantang bersuara membela penjenayah ini mempunyai hubungan dengan kongsi gelap atau penjenayah sendiri. Dalam banyak sejarah kongsi gelap juga ia ditubuhkan dan berkembang di kalangan keluarga pemimpin organisasi tersebut sendiri.

Justeru Polis harus melihat dan menyiasat sama ada ahli keluarga yang membuat pelbagai spekulasi ini sebenarnya anggota kongsi gelap juga? Sangat aneh dan luar biasa menyaksikan ada antara anak muda yang datang cuba bertindak di luar batasan ke atas anggota keselamatan. Siapakah mereka? Adakah mereka kader-kader kongsi gelap tersebut?

Lebih penting, apakah makna seorang wakil rakyat menjadi jurucakap penjenayah yang ditembak mati tersebut. Apakah yang cuba dilindungi oleh R.S.N. Nayer ini sehingga cuba menimbulkan syak wasangka terhadap tindakan Polis? 

Seorang wakil rakyat sepatutnya membantu penguatkuasaan undang-undang bukannya menimbulkan keraguan dan kemarahan orang ramai terhadap Polis. Hanya jika ada bukti yang nyata terdapat salah guna kuasa barulah seseorang wakil rakyat bersuara mencari kebenaran lain.

Malangnya, wakil rakyat ini “melompat dan menyergah” begitu awal menyalahkan Polis. Apakah makna tindakan beliau ini?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!