Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 25, 2013

PENTING..!!! BAGAIMANA KITA NAK KALAHKAN MONOPOLI "CHA YA NUN ALIF"..?!!! #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia



Seorang sahabat baru-baru ini menghubungi saya mengajak ke majlis Forum Perdana yang diadakan sempena Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran KPDNKK. Katanya, panelnya ialah Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias!

Pada mulanya, bila dengar saja perkataan “koperasi”, saya agak “liat” untuk memenuhi ajakannya. Entahlah, pada saya perkataan “koperasi” adalah sesuatu yang agak “membosankan” dan hanya golongan pencen saja yang tertarik padanya.

Namun mendengar nama Ustaz Kazim, saya gagahkan juga untuk ke Dataran Jitra baru-baru ini. Mungkin ada perkara baru yang menarik untuk saya pelajari di forum tersebut...


Alhamdulillah. Pulangnya dari majlis tersebut, saya terfikir tentang kebenaran yang disampaikan oleh Ustaz Kazim dan Ustaz Zulkarnain tentang “koperasi” di negara kita. Malah, perkataan itu sangat besar makna dan manfaatnya pada kita umat Islam berbangsa Melayu di Malaysia!

Sebagaimana maklum, Islam menganjurkan kita bekerjasama sesama kita. Kerjasama adalah nama lain sebagai asas membentuk “koperasi”. 

Ustaz Kazim membayangkan contoh, katakanlah jumlah penjawat awam di Malaysia berjumlah 1.2 juta orang dan membentuk koperasi “penjawat awam Islam”. Setiap bulan, setiap mereka menyumbang sebanyak RM10 atau RM100 sebulan untuk koperasi berkenaan.

Di dalam jangka masa sebulan, koperasi itu akan mampu menjana sebanyak RM12 juta atau RM120 juta sebulan! Bayangkan kalau setahun, ia mampu menjana ratusan juta dana untuk memajukan ekonomi penjawat awam beragama Islam, bukan?

Koperasi itu mampu membina pasaraya besar seperti Giant, Mydin, Tesco dan sebagainya. Mereka juga boleh membina hospital-hospital pakar Islam dan mampu menjadi “gergasi” di dalam “kek ekonomi” di Malaysia, bukan?

Selain itu, Ustaz Kazim juga mencadangkan supaya AP (Approval Permit) tidak hanya diberikan kepada individu sahaja dan wajar diberikan kepada koperasi-koperasi yang ditubuhkan umat Islam di negara ini.

Beliau menyarankan agar AP-AP barangan utama dan terkawal di Malaysia diberikan kepada koperasi. Sebagai contoh, beliau membicarakan tentang AP ayam. Katanya, setiap kali Ramadhan dan musim perayaan umat Islam, harga ayam pasti naik!

Kenapa? Kerana pasaran daging ayam dikuasai oleh golongan bukan Islam, bukan? Meskipun disembelih dan halal dimakan, hakikatnya bekalan ayam bersih dimonopoli oleh tauke-tauke ayam bukan beragama Islam. Ia hanya disembelih oleh pekerja mereka yang beragama Islam saja...

Bayangkan jika beberapa koperasi diberikan AP ayam. Pastinya koperasi itu akan menjana keuntungan yang besar dan mampu menguasai pasaran ayam di Malaysia sepenuhnya. Malah bekalan ayam itu sudah tentu lebih diyakini status halalnya, bukan?

Jadi, umat Islam tidak akan lagi mengalami masalah kenaikan bekalan ayam seperti selalu. Malah tidak ada lagi yang akan merungut kekurangan bekalan ayam di bulan Ramadhan dan musim perayaan, bukan?

Begitulah pentingnya perkataan “koperasi” pada umat Islam di negara kita. Malangnya, kita tidak nampak perkara tersebut. Kalau nak bekerjasama sekalipun, ada pula yang dengki khianat, menyeleweng dan kurang amanah.

Sebenarnya, “koperasi” sangat dituntut di dalam agama Islam. Sebenarnya “koperasi” sangat penting untuk memacu ekonomi umat Islam. Cuma kita saja yang enggan “berkoperasi” ekoran tidak tahu hikmah disebaliknya...

Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya kerana berjaya mengubah persepsi saya mengenai “koperasi”. “Syukran Jazeelan” juga saya ucapkan pada Ustaz Kazim kerana berjaya membuka minda saya mengenainya. Jazakumullahu khairan kathira...

Justeru itu, sebagai umat Islam yang kini jauh ketinggalan di dalam sektor ekonomi di Malaysia, seharusnya kita membuka mata dan segenap pancaindera kita untuk “berkoperasi”. InsyaAllah, ia mampu mengubah nasib kita jika dijalankan menurut lunas Islam.

Asal jangan jadi macam “Kohilal” sudahlah. Mengamuk ahli koperasi nanti, kan?

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Kuasa membeli orang orang melayu harus dipertitik beratkan . Jangan beri kuasa membeli itu untuk menaikkan ekonomi cha ya nun alif sahaja .

kluangman said...

Bukan setakat koperasi, malah banyak lagi idea lain seratus kali baik dari ini dalam soal penyatuan ekonomi dan politik orang Islam tetapi 'yang di atas' selalunya ok di peringkat awal tetapi gelap mata di peringkat pertengahan atau ketika sedah mewah.

UMNO dengan jutaan ahli kenapa tak buat koperasi? Kohilal apa sudah jadi? UMNO dan PAS kenapa kiamat dah nak dekat pun tak bersatu.

Anonymous said...

SANGAT SETUJU. KEJAYAAN JELAS KAEDAH SPT ASB DAN TABUNG HAJI. ORG MELAYU SETAKAT INI NAMPAK CERAH AKAN KEJAYAAN BILA SATU BADAN MENGEMBELINGKAN MODAL MELAYU DAN MENJADIKAN KOPERASI ITU TEMPAT JUAL BELI UTAMA BAGI UMAT ISLAM MERANGKUMI SETIAP ASPEK KEHIDUPAN. MULAKAN DARI SETIAP KAMPUNG DENGAN KOPERASI SEDIAKAN KEPERLUAN ASAS (RUNCIT,BENGKEL KERETA, PEMBINAAN, PENJAGAAN KEBUN, TENAGA KERJA BAGI KEBUN GETAH, PENGANGKUTAN SPT LORI KECIL, BAS SEKOLAH, KEDAI KOPI) INSYAALAH DAN YAKIN IANYA AKAN BERJAYA.ORG MELAYU KALAU SEORANG SEORANG BERUSAHA AMAT AMAT SUKAR UNTUK MAJU.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!