Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 16, 2013

PEMILIHAN SEMULA CEC DAP: BOLEH CAYA KE NIHHH...?

dap

Saya yakin ramai rakyat Malaysia kini sedang mencebik bibir pada DAP, sebuah parti “chauvinis ultra kiasu” yang kononnya garang dan “sikit-sikit nak heret ke mahkamah”, kini tiba-tiba tunduk pada arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mengadakan pemilihan CEC parti mereka semula.

Sebelum ini, bukan main lagi Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng, memperlekehkan arahan RoS. Kata mereka pemilihan itu telus dan pertikaian yang tercetus di kalangan ahli parti mereka itu hanyalah “permainan UMNO”.

Mereka mendakwa kononnya UMNOlah dalang di sebalik pertikaian ahli mereka itu. Bukan seorang dua ahli mereka yang telah dipecat ekorang skandal pemilihan CEC itu. Itu membuktikan bahawa DAP serius dalam mempertahankan kemenangan “Dinasti Lim” pada akhir tahun lalu, bulan?


Paling “menakutkan”, Guan Eng sendiri pernah memberi amaran pada RoS dan mengugut untuk membawa agensi yang bebas dari pengaruh politik itu ke mahkamah. Kononnya nak tunjuk kuat depan puak-puak Cina di Malaysia..?

Tiba-tiba saja semalam Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang juga merupakan seorang peguam senior memberitahu media bahawa parti pimpinannya akur pada arahan RoS dan akan mengadakan pemilihan CEC semula.

Karpal memberi alasan bahawa partinya mahu mengelak pendaftaran DAP sebagai sebuah parti politik dibatalkan oleh RoS. Hanya itulah satu-satunya alasan yang diberikan. Mana perginya ugutan mahu mengheret RoS ke mahkamah? “Telur”nya sudah hilang?

Saya menjangkakan Karpal terpaksa “berperang” sakan di dalam mesyuarat “tergempar” DAP sebelum memberitahu media tentang keputusan tersebut. Pastinya “Dinasti Lim” murka dan “merah padam” menahan malu selepas parti mereka “kowtow” pada arahan RoS”, bukan?

Mungkin sesetengah pihak akan memberikan tumpuan pada satu-satunya individu yang kononnya wakil Melayu, Zairil Khir Johari, pada pemilihan CEC yang bakal diadakan semula nanti. Melayu “celup” itu dikatakan “simbol” Melayu di dalam kepimpinan tertinggi DAP selepas era Tunku Aziz.

Namun begitu, saya lebih suka untuk memberikan fokus pada “Dinasti Lim” yang begitu berkuasa di dalam DAP sejak sekian lama.

Misalnya “si Maharaja”. Dia sudah memegang kuasa di dalam parti itu sejak di zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Sehinggalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, Kit Siang masih terus berkuasa…

Mungkin kalau dia dijadikan Pengerusi DAP, maka jelas sangat kelihatan kuasa “veto” yang ada pada “Dinasti Lim”. Justeru itu, maka mungkin Kit Siang dilantik menjadi “tuan penasihat parlimen DAP” yang pada saya setaraf dengan kuasa “Mursyidul Am” di dalam PAS.

Secara zahirnya, Karpal mungkin dilihat sebagai “kepala”. Tapi pada saya, Karpal tidak ubah peranannya hanya sebagai “penasihat undang-undang DAP” berbanding Kit Siang yang dilihat sebagai penentu dasar dan hala tuju parti “ala-ala komunis” itu.

Persoalannya, dengan pertikaian akar umbi DAP yang tercetus tempohari, apakah Kit Siang mampu mempertahankan kuasa “Dinasti Lim” di dalam parti itu? Dan apakah Karpal akan terus menjadi “boneka” di dalam DAP?

Saya tidak hairan jika “Dinasti Lim” mampu mengekalkan kuasa dominan mereka di dalam pemilihan CEC kali ini. Bukan apa, “Dinasti” itu dan kroni-kroninya sudah lama berakar umbi serta sangat berpengalaman dalam mengendalikan proses pemilihan CEC sebelum ini.

Kalau keputusan pemilihan CEC kali ini dilihat mampu mengancam “Dinasti” berkenaan, saya rasa tidak mustahil untuk “sida-sida”nya “main kotor”. Macam-macam alasan yang boleh diberi. Contohnya “silap kira” dan “silap tulis angka”…

Justeru itu, saya mengesyorkan agar RoS melantik beberapa pihak bebas dari dalam dan luar negara, termasuk Ambiga, supaya menjadi panel pemantau pemilihan CEC parti itu kali ini. Pun begitu, saya kira peluang untuk “Dinasti Lim” mengatur “permainan kotor” mereka masih luas terbuka…

Jadi, suka saya simpulkan di sini bahawa buatlah pemilihan CEC itu sebanyak 1 juta kali pun, pada saya ia tetap “kotor”. Pendedahan Father Augustus sudah cukup untuk melabelkan DAP sebagai tidak telus. Masih lagi nak percayakan parti yang menipu? Keluar DAP lagi bagus, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!