Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 1, 2013

PELIK..!!! POLIS JUGAK YANG KENAAAA....???!!!

Kalau korang nak tahu, gambar kat atas tu adalah insiden yang biasa kita tengok selama ni di Penjara Simpang Renggam, Johor. Kecoh, kan? Biasanya kat penjara tu la kerajaan tahan banduan-banduan di bawah akta Ordinan Darurat...

Nak tahu kenapa kekecohan macam kat atas tu berlaku? 

Ceritanya begini... Selalunya, apabila mahkamah membebaskan banduan-banduan di bawah kesalahan Ordinan Darurat tu, pihak polis akan cuba tahan diorang balik... sebabnya, polis percaya depa ni perlu ditahan semula atas sebab-sebab tertentu...


Maka, bila polis cuba tahan depa semula, maka insiden kata atas tu la yang berlaku. Tarik menarik, tolak sana sini, kadang-kadang ada yang sampai tergolek! Heh!

Dari satu sudut, aku setuju dengan pandangan kawan aku yang mengatakan insiden ni nampak kebudak-budakan. Childish!

Ye laaa.. dah tentu la polis ada sebab yang kukuh untuk tahan depa semula, kan? Ingat polis suka sangat ke adegan tarik menarik, tolak-tolak macam tu? Buang masa, buang tenaga la brooo... 

Tapi atas sebab-sebab tertentu, depa ni perlu ditahan semula. Kalau kita salah seorang keluarga banduan tu, logiknya mungkin kita akan bantah dan "main tarik-tarik" dengan polis tu, kan? 

Tapi, apakah tindakan kita tu wajar? Patut ke kita halang kerja polis? Kalau saudara kita tu merbahaya pada masyarakat, apakah kita boleh "halal"kan saja bahaya tu semata-mata banduan tu adik beradik kita?


Hmmmm... selalunya, kat sinilah lawyer-lawyer cabuk dari parti pembangkang "cari makan". Ahli keluarga dan lawyer-lawyer ni la yang akan melalak sana sini. Kononnya, "polis tak hormat hak asasi manusia" la.. itu la..ini la... macam-macam alasan depa "cucuk" rakyat...

Bila jadi macam tu, rakyat mula la "termakan" kata-kata depa ni. Sifat membenci polis dan kerajaan tiba-tiba saja muncul dalam jiwa rakyat. Kononnya "rakyat dizalimi polis"... Puiii..!!! 

Padahal, depa yang tak hormat hak asasi manusia lain yang terdedah dengan bahaya banduan-banduan tu...dan padahal, depa ni la yang menzalimi rakyat, keadilan dan polis di Malaysia ni... lepas tu depa alihkan kesalahan tu kat polis pulak... patut la ramai orang kata lawyer ni "putar alam"...heh!


Tapi semua tu dah takde dah sekarang ni. Ordinan Darurat dah dimansuhkan dah baru-baru ni. Kenapa dimansuhkan? Tu laaa.. pasal komplen banyak sangat dari rakyat la.. kalau kita "suluh" rakyat Malaysia ala-ala pembangkang ni, semua kita nak komplen, kan?

Bila Ordinan Darurat dah takde, polis pun dah jadi macam "takde gigi". Makan nasi pun pakai "kemam" guna gusi saja...heh!


Dan bila kes jenayah, kes tembak-tembak, kes bunuh, gaduh sana sini, kongsi gelap sana sini, geng sana sini, puak-puak pembangkang ni hasut pula rakyat untuk salahkan polis. Polis jugak yang kena...

Persoalannya, adil ke kita tuduh polis macam tu? Entah la... korang fikir la sendiri. Korang pandai komplen, kan? Sekarang korang tanggung la sendiri. Tu laaa.. dulu caya sangat kat puak pembangkang tu... sekarang ni? Amacam?

Ingatlah, setiap apa yang ditakdirkan Allah tu ada hikmahnya...kan? Kalau kena tahan polis dalam lokap tu, dah tentu la ada salah silap kat mana-mana. Orang lain yang hidup tak buat salah tu tak kena tangkap punnnnn...kan? kan? kan?

1 comment:

Anonymous said...

Kalau ada ahli politik fuckatan kena tembak mampus dan kojol sekalipun mereka tetap akan salahkan polis kununnnya tak buat kerja, rasuah dan kerana ramai sangat Melayu jadi polis.

Tak payah nak layan puak fuckatan minoriti songsang ni lagi...utamakan suara majoriti kembalikan Ordinan Darurat yang lebih ketat lagi.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!