Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 16, 2013

PEDASSSS..!!! PUAK PAS BERAYA SEPANJANG TAHUN TAKDAK SAPA KOMPLEN PUNNNN...! HEH..!

ceramah pas

Kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa di setiap pelusuk negara. Rata-rata rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih lagi berada di dalam “mood raya” dan saling kunjung mengunjung antara satu sama lain mengeratkan tali silaturrahim.

Di mana-mana ada rumah terbuka. Sama ada miskin atau kaya, kerani atau Menteri, masing-masing sebok melayan tetamu di rumah mereka. Mungkin begitulah temasya sambutan hari kemenangan melawan hawa nafsu di bulan puasa. Apapun, Ramadhan tetap dirindui…

Baru-baru ini seorang sahabat yang agak “poyo” kononnya meluahkan rasa, seolah-olah tidak suka umat Islam dan masyarakat majmuk di negara ini beraya selama sebulan (syawal). Katanya, kemungkinan budaya berhari raya selama sebulan hanya wujud di Malaysia.


Saya hanya diam mendengar “ceramah”nya. Maklumlah, orang PAS kalau disanggah awal-awal, silap-silap boleh berguling atas jalanraya marahkan kita. Saya biarkan dia berceramah.

Akhirnya, dia habiskan juga leterannya yang “poyo” itu. Saya tersengih lalu berkata, “PAS beraya sepanjang tahun takpa pun, hang tak berleter pun…”

Kata-kata itu membuat dia terpiga. Dia bertanya, “bila masanya PAS beraya sampai setahun?” Saya jawab, “bukankah PAS berpilihanraya sepanjang tahun, orang lain sebok bangunkan negeri dan negara, PAS sebok berceramah setiap hari. Macam nak pilihanraya minggu depan pulak..”.

Saya tambah lagi, “bukankah pilihanraya pun macam raya jugak? Cuma hari raya Aidilfitri setahun sekali, tapi pilihanraya umum 5 tahun sekali. Maka sepanjang tahun la PAS berpilihanraya berkempen di sana sini..”.

Saya tertanya-tanya, apakah di Malaysia saja ada budaya “berkempen politik” sepanjang tahun?
Mengikut pengamatan saya, negara-negara maju dan membangun yang lain hanya berpolitik dan berkempen di dalam tempoh berkempen yang diumumkan. Diluar tempoh itu mereka sama ada kerajaan atau pembangkang bekerjasama membangunkan negara.

Peliknya di Malaysia, sedang kerajaan BN sebok melaksanakan polisi, dasar dan memberikan khidmat terbaik pada rakyat, puak-puak pembangkang sebok berkempen politik iang dan malam, di dalam dan luar negara.

Puak pembangkang tidak pernah “cuti” dari berpolitik, kah? Apakah mereka mahu Malaysia adakan pilihanraya setiap bulan? Tidak puas mengutuk dan memperlekeh negara di dalam, mereka terbang ke luar negara memperkecil-kecilkan kerajaan BN bersama proksi mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka berpakat dengan kroni-kroni antarabangsa yang berkait rapat dengan Yahudi Israel dan sama-sama melancarkan “perang propaganda” politik jijik yang langsung tidak dapat diterima akal.

Contohnya kes pembelian Scorpene yang dikaitkan dengan mendiang Altantuya. Percuma saja Datuk Seri Najib difitnah berhubung isu itu. Padahal, beliau sudah bersumpah bersaksikan Allah dan terbukti tidak punya kaitan langsung dengan kes tersebut.

Tapi mungkin kulit puak-puak yang berpakat untuk menipu rakyat itu semuanya tebal-tebal macam tembok Berlin, maka mereka langsung tak terlintas untuk meminta maaf pada Datuk Seri Najib dan keluarga. Hatta di Aidilfitri pun mereka masih tidak pohon maaf atas fitnah tersebut?

Merah padam juga rakan saya mendengar sindiran sinis itu. Tapi cepat-cepat saya pujuk. Kata saya, PAS boleh berpolitik sepanjang tahun. Tiada salah dalam amalan itu dari sudut Islam. Cuma berpada-padalah dan ingat sama pada dosa pahala, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!