Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 28, 2013

PEDASSS..!!! PHAHROLRAZI TAK MENGAKU DOSA PAS KEDAH..!!!???

phahrolrazi

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru saja berakhir semalam. Sebenarnya, ia berakhir lewat malam semalam ekoran kerancakan kedua-dua belah pihak membincangkan peranan masing-masing bagi memakmurkan negeri Kedah.

Namun menurut sumber yang saya peroleh semalam, ada perkara yang agak mengejutkan seisi dewan telah berlaku di sidang DUN itu. Katanya, ADUN PAS yang mewakili DUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi telah melakukan “checkmate” dalam isu KUIN!

Memang hangat diperdebatkan isu Kolej Universiti Insaniah sepanjang sidang DUN selama 3 hari tersebut. Setahu saya, sebanyak lapan soalan telah dikemukakan ADUN-ADUN pembangkang berkenaan hal itu, tidak termasuk soalan-soalan tambahan.

Yang mengejutkan, ketika penggulungan hujah membahas titah DYMM Tuanku Bendahara Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemangku DYMM Sultan Kedah, Phahrolrazi mengaku bahawa CEO Insaniah Holdings Sdn Bhd, Datuk Jamil Osman, sebagai punca kekalahan PAS di negeri itu!

Pelik betul! Sebelum ini, PAS Kedah begitu komited dan bermati-matian mempertahankan Jamil. Meskipun BN kembali menguasai Kedah pada 5 Mei lalu, bekas Rektor KUIN itu tetap dipertahankan walaupun dia sudah “cabut” meninggalkan IPT kebanggaan negeri Kedah tersebut.

Tapi semalam, tiba-tiba ADUN Pengkalan Kundor “mengaku salah” dan mendakwa Jamil adalah penyebab utama kekalahan PAS pada PRU ke-13 dan menjadi “liabiliti” bagi kepimpinan PAS Kedah sehingga kini.

Persoalannya, mengapa baru sekarang barisan pembangkang sanggup mengakui kesalahan mereka? Mengapa tidak dulu mereka secara terbuka mengakui “dosa” menzalimi warga KUIN dengan seorang “diktator” yang bermaharajalela di pusat pengajian tinggi itu?

Apakah setelah Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus dan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan “tembelang” dalaman pengurusan tertinggi KUIN maka barulah Phahrolrazi mahu mengakui “dosa-dosa” PAS Kedah itu?

Saya tak tahu mengapa PAS sebelum ini begitu hipokrit dalam soal ini. Susah sangatkah nak mengaku kelemahan dan kesalahan yang dilakukan? Tinggi sangatkah ego PAS sehingga tergamak menafikan kebenaran dan memperjuangkan kebatilan?

Pada saya, tindakan penubuhan IHSB merupakan titik tolak kesalahan PAS. Pada saya, salahnya bukan pada Jamil, tapi pada PAS Kedah sendiri. Siapa yang lantik Jamil? Siapa yang luluskan kemahuan Jamil? Kenapa PAS Kedah tidak pantau pengurusan Jamil di KUIN?

Kemudian Phahrolrazi mahu menyalahkan Jamil pula? Pada saya tuduhan itu tidak adil. PAS Kedah seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu kepincangan KUIN itu dan tidak wajar meletakkan kesalahan tersebut pada pihak lain, bukan?

Phahrolrazi sebagai salah seorang pemimpin PASKedah yang paling senior, wajar bermuhasabah dan menyalahkan diri sendiri sebelum menuding jari pada orang lain. Orang lain mungkin hanya perantara, namun PAS Kedah merupakan punca utamanya, bukan?

Mana maruah PAS sebenarnya? Apakah setelah KUIN hampir hancur diperlakukan, bertapuk hutang bernilai lebih RM300 juta yang ditinggalkan pada Kerajaan BN Kedah, maka baru PAS mahu mengaku ketidakcekapan mereka berkenaan isu KUIN?

Sebenarnya, lebih 2 tahun isu KUIN cuba diketengahkan para kakitangan universiti itu pada Kerajaan PAS Kedah sebelum ini. Bermacam-macam usaha dan kaedah sudah mereka cuba termasuklah cuba bertemu bekas MB, Tan Sri Azizan Razak dan Exconya, Ir Amiruddin dan Phahrolrazi sendiri.

Kenapa ketika itu tidak tamatkan saja kontrak Jamil? Kenapa PAS Kedah benarkan kontrak Jamil disambung selama empat tahun pada tahun 2012 hingga 2016? Kini PAS Kedah biarkan Jamil lari. Siapa pula nak tanggung kerosakan yang dilakukan Jamil?

Nampaknya Kerajaan BN Kedah terpaksa memikul beban berat berkenaan isu KUIN. Bukan calang-calang pihak yang mampu menangangi “najis lapok” yang ditinggalkan PAS itu. Saya yakin, sesusah mana pun sekali, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, BN pasti akan cuba memperbaiki kerosakan yang ditimbulkan PAS itu di Kedah, insyaAllah…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!