Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 30, 2013

PEDASSS..!!! KALI NI AKU SETUJU DENGAN BLOGGER PAS..!!! TAPI....


Bila KDN dedahkan 49 nama kongsi gelap yang aktif di seluruh negara, ada la bunyi sikit-sikit dari blogger-blogger PAS Kedah kita... depa mintak supaya seluruh kumpulan kongsi gelap ni diambil tindakan dan dihapuskan segera...

Oooo.. bila dah dedah, perlu la dihapuskan, kan? Betul tu bro.. aku setuju dengan gesaan brader-brader kita tu. Walaupun berlainan sokongan politik, aku setuju dengan depa kali ni...

Cuma... ada perkara yang aku tak berapa setuju...heh! Nak tahu? Meh sini aku cerita sikit...


Korang ingat kes 5 penjenayah kongsi gelap 04 yang berjaya dibunuh polis dalam kejadian tembak menembak di Sg Nibong, Pulau Pinang, baru-baru ni..kan? Biasa la.. bila polis suruh surrender, gangster 04 tu degil dan cuba melawan dengan pistol... kan dah kena...

Tapi, bila gangster 04 tu mati ditembak polis, tiba-tiba sahabat-sahabat brader blogger PAS kita ni melenting marah! Depa salahkan polis sebab tembak geng kongsi gelap 04 tu..! Kononnya, polis tak patut tembak penjenayah-penjenayah dan sepatutnya bawa depa ke mahkamah! Heh!

Ingat kita bodoh ke? Bila penjenayah keluarkan pistol dan cuba tembak polis, maka kita perlu jadi tunggul sampai mati kena peluru? Nak bawak ke mahkamah? Patut pun banyak lawyer sokong Pakatan Haram sekarang niiiii....heh! Masyukkk... penjenayah pun boleh jadi "hero" apaaa...

Tapi, itu la hakikatnya. Pemimpin DAP yang menjadi kesayangan sahabat-sahabat blogger PAS kita itulah yang membela penjenayah dan kumpulan kongsi gelap. Habis tu, macamana nak hapuskan kongsi-kongsi gelap yang KDN dedahkan tu? Heh!

Aku sebagai sahabat kepada blogger-blogger PAS Kedah, ingin menyarakan supaya balun sikit pemimpin DAP yang membela kumpulan kongsi gelap ni. Balun sikit dalam blog tu bro.. Diorang selalu balun pemimpin PAS dalam meeting, kan? Apa salahnya korang balun depa dalam blog? Heh!

Amacam? Setuju tak brader? Tu pun kalau berani balun Lip Lim Eng dan Rayer laaaa...kan? Kalau tak berani balun DAP...isshhhh... malu la aku nak cakap... korang pikir sendiri la bebbbb..! Heh!

1 comment:

Anonymous said...

Kumpulan Syiah dalam PAS pun kongsi gelap juga ar...... Bila PAS nak hapuskan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!