Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 20, 2013

PEDASSS..!!! GENG LGBT ANWAR KANTOI LAGI..!!!

SEKSUALITI-MERDEKA-2011-QUEER-WITHOUT-FEAR

Alhamdulillah! Lega rasanya bila mendengar khabar mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang sebulat suara menolak rayuan penyokong-penyokong LGBT yang mahu membatalkan keputusan pihak berkuasa mengharamkan semua program “Seksualiti Merdeka”.

Semalam, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan tersebut, sekaligus menafikan golongan yang cuba mencetuskan budaya songsang LGBT di Malaysia.

Pada saya, keputusan tersebut adalah satu rahmat buat Malaysia yang bakal menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 pada hujung Ogos ini. Malaysia merdeka dari budaya LGBT!


sokong lgbt

Saya yakin, para penyokong LGBT seperti Ambiga, Marina Mahathir, Irene Fernandez serta NGO seperti SUARAM dan Bar Council akan menganggap keputusan itu sebagai “zalim” dan tidak adil. Maklumlah, bukankah mereka pejuang “hak asasi manusia” yang “menghalalkan” segalanya…

Sebenarnya, saya tidak faham apakah pegangan puak-puak LGBT yang dikatakan semakin meluas pengaruhnya. Apakah mereka beragama Islam? Apakah mereka pengikut agama Buddha atau menganut ajaran Hindu?

Setahu saya, sebanyak 28 laporan polis telah dibuat berhubung program “Seksualiti Merdeka” yang cukup kuat berbaur gejala songsang LGBT itu. Laporan-laporan polis itu dibuat oleh kumpulan yang terdiri dari masyarakat Islam, Buddha dan Hindu.

Dari itu, jelaslah bahawa ketiga-tiga agama terbesar di Malaysia ini menolak sama sekali gejala songsang tersebut.

Persoalannya, apakah para penyokong LGBT dan “Seksualiti Merdeka” itu dengan sengaja mengenepikan kepentingan fahaman agama masing-masing demi “hak asasi manusia” di dalam konteks pemahaman mereka?

anwar lgbt

Dari sudut Islam sendiri, sudah terang-terang bahawa amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender itu dilarang keras dan haram hukumnya. Malah dosanya amat besar dan turut diceritakan tentangnya di dalam Al-Quran.

Berdasarkan nas Al-Quran, Hadith dan instinbat hukum fiqh ulama sunni yang sangat jelas itu, susah sangatkah individu seperti Marina Mahathir, Sister in Islam, Siti Zabedah Kasim dan Md. Nor Ismat Selamat untuk faham dan taat pada ketetapan itu?

Saya menyarankan agar pihak yang berkenaan seperti Jakim, jabatan-jabatan agama Islam, dakwah dan sebagainya supaya memberi “tarbiyah” terbaik pada golongan itu. Kalau boleh, “kuarantin”kan mereka sehingga terselamat aqidah dan fahaman mereka.

Bukan apa, sebagai muslim, saya rasa bertanggungjawab sedikit sebanyak untuk menyelamatkan beberapa golongan yang kononnya “cerdik pandai”, “educated”, “berpelajaran tinggi hingga di luar negara” dan “elit” tersebut.

Seburuk-buruk fahaman mereka, mereka belum sampai ke tahap Lina Joy, bukan? Kalau Lina Joy kita gagal selamatkan, apa salahnya kalau kita selamatkan golongan yang terlalu “liberal” dan “perasan pandai” itu, bukan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Dia orang ni nak buat undang2 macam zaman pemerintahan Kamal Attartuk ke atau zaman Nabi Lut. Binawe punya umat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!