Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 15, 2013

PANASSS..!!! TAULAN TAK BERANI LAWAN SYIAH SEBAB UNDI POLITIK..???!!!

3,000 pengikut Syiah di Kedah golongan profesional

Mungkin di sesetengah negeri di Malaysia, isu Syiah sudah agak “basi” dan kurang diberi perhatian. Namun lain halnya di Kedah dan beberapa negeri di sebelah utara apabila isu berkaitan aqidah umat Islam itu semakin hangat diperkatakan.

Selepas insiden Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan, mendedahkan diri dengan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya, secara tidak langsung tindakan tersebut mengesahkan kewujudan Syiah di negeri Jelapang Padi itu.

Situasi bertambah panas apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, mengumumkan tentang enakmen anti-Syiah yang akan dimasukkan ke dalam undang-undang tubuh negeri itu, gerakan Syiah semakin gelisah.


Kononnya mereka menyokong enakmen itu, tapi mereka mahu Majlis Agama Islam Kedah tidak melarang mereka mengamalkan fahaman yang menghina dan mengkafirkan ramai para sahabat Rasulullah tersebut. Memang betul Syiah “putar alam”!

Sebenarnya, kenyataan itu telah menyebabkan rakyat Kedah yang majoritinya 80% beragama Islam merasa marah. Menurut sumber orang ramai, saya difahamkan fahaman Syiah di Kedah berpusat di daerah Pendang.

Kemudian, rakyat Kedah digemparkan pula dengan sebuah klip video yang memaparkan seorang Khatib masjid yang kononnya telah “dicium mulut” dengan para jemaah sejurus selepas selesai menyampaikan khutbah di mimbar.

Memandangkan insiden itu berlaku di Pendang, maka ia dikait rapat dengan fahaman Syiah. Phobia betul umat Islam di Kedah bila disebut tentang Syiah. Asalkan Syiah saja, maka jari telunjuk akan menuding ke Pendang. Sedangkan Pendang itu luas daerahnya…

Saya cuba sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat mengenai insiden itu dan hasilnya menunjukkan bahawa dakwaan melalui video itu ternyata tidak benar.

Rakaman itu dirakamkan di sebuah masjid di Kg Paya Kerchut yang terletak di Mukim Chegar, Pendang. Imam dan jemaahnya semuanya berfahaman Sunni dan insiden itu hanyalah sekadar “cium-laga pipi” sahaja dan tidaklah “bercium mulut” seperti yang disangka…

Beberapa orang saksi yang berada di sekitar mimbar turut mengesahkan tindakan anak qariah masjid berkenaan yang memang mengimarahkan budaya “ikramul ulama” (memuliakan ulama).

Tambahan pula Imam itu merupakan “Tok Guru” yang begitu banyak berjasa mengajar dan mendidik anak qariah sejak lama dulu. Lagipun, amalan it tidak salah disisi syarak dan jauh sekali dari sentimen Syiah atau amalan “gay”! Para sahabat R.A dulu pun amalkan berpeluk dan bercium pipi sebagai tanda kasih sayang serta mengeratkan ukhuwah di antara mereka, bukan?

Namun apa yang saya hairankan, sumber memberitahu bahawa gerakan Syiah yang berpusat di Pendang itu sebenarnya berlaku di dalam kawasan DUN Tokai yang berwakil rakyatkan Taulan Rasul, bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Kedah!

Persoalannya, pusat Syiah Kedah itu sudah lama beroperasi di kubu kuat PAS itu dan mengapa Taulan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka? Takkanlah Taulan tak tahu tentang gerakan itu?

Kalau seorang dua saja yang aktif, mungkin dia sukar menghidu gerakan tersebut. Tapi kalau beribu-ribu pengikut Syiah menjalankan aktiviti mereka di kawasannya setiap minggu, takkanlah dia tak tahu, bukan?

Atau Taulan lebih suka “membutakan mata” dan memberi “lampu hijau” pada mereka?

Saya menggesa Taulan membuktikan tahap serius PAS dalam usaha memerangi fahaman Syiah yang mampu menggugat aqidah umat Islam. Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS sokong usaha memerangi Syiah, jadi Taulan perlu buktikan komitmen PAS di kawasannya, bukan?

Saya cabar Taulan supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ketua Syiah Kedah yang dipercayai beroperasi di kawasannya itu. Itupun kalau Taulan berani demi agama dan aqidah umat Islam. Kalau tidak, maka PAS perlu akui mereka memang bacul dan tak sayangkan Islam, setuju?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!