Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 19, 2013

PANASSS..! AZALINA BAKAL TEWAS KERANA SOKONGAN DARI KEDAH?

Makin panas perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO. Baru-baru ni Ketua Wanita UMNO Kedah umum sokong Datuk Seri Shahrizat untuk kekal di jawatan tu... Biasa la.. bukan ke Mami Ijat yang lantik Dato' Maznah jadi Ketua Wanita UMNO Kedah...

Well...aku salute loyalti Dato Maznah pada Mami Ijat.... Tapi, yang aku risaunya, apakah kata-kata Dato Maznah tu akan dipersetujui semua Ketua Wanita Bahagian di Kedah... Nampak macam ada yang kurang setuju...hmmm...

Menurut sumber yang aku risik di Kedah ni, ada yang sokong Mami Ijat... dan ada yang sokong Azalina... Masing-masing ada hujah masing-masing...


Mami Ijat ada kelebihan dan kelemahan...Azalina pun ada kelebihan dan kelemahan... Ada blogger sokong Mami Ijat dan ada yang sokong Azalina... aku dengar hujah dari kedua-dua belah pihak... 

Hmmmm... cuma yang aku kurang gemar tu, dah ada budaya "masam muka" antara team Mami Ijat dan team Azalina... Tu belum sebut team Halimah lagi tu...mujur la Halimah tarik diri disaat akhir.. kalau tidak...ada pulak yang masam mukaaa...heh!

Wanita ni biasa laaa.. tak puas hati, depa masam muka... Mujur la tak jadi kes baling kerusi meja macam PKR tuuuu...heh!

Aku? Mula-mula aku ingat nak sokong Azalina... tapi kesian pulak tengok Mami Ijat... So far aku belum buat keputusan lagi.. tengok lah.. aku pantau je kedua-dua belah pihak... Aku nak tengok, kalau mana-mana team yang buat hal, aku sokong team yang satu lagi...heh!

So far team Mami Ijat dan team Azalina tak kenal aku... maklum la.. aku ni tak boleh undi depa.. takde kepentingan pun... tapi percayalah... lepas aku selidik nanti, dah tentu aku akan beritahu korang yang mana sesuai dan yang mana tak sesuai... lepas tu semua ahli wanita UMNO fikir la sendiri...

Bukan apa... di zaman sekarang ni kena aggresif sikit.. politik sekarang ni tak macam politik dulu... makin teruk bila pembangkang sekarang ni lebih banyak main kotor.. persoalannya, boleh ke calon Ketua Wanita tu lawan wanita pembangkang tu? Kita tengok siapa yang sesuai...heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!