Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 21, 2013

OPSSS..!!! INI GERAKAN RAHSIA PAKATAN HARAM... UMNO?

Aku percaya, ramai kawan-kawan aku yang dapat blast sms, bbm, what'sapps dan info mengenai perkara-perkara kat bawah ni, kan? 

Aku yakin, kita semua tahu dan alert pasal gerakan Pakatan Haram untuk PRU ke-14 kat bawah ni...

Aku cuma ada beberapa persoalan...

Ini maklumat yang kita terima...


Maklumat gerak kerja cyber war team Pakatan Rakyat PRU14..codename SNK (seek n kill)..Berikut maklumat gerak kerja mereka. 
1. Mewujudkan pasukan disetiap DUN dengan anggota minima 5 orang (kerja tetap dengan party min gaji rm3k)

2. Mempersiap command center disetiap DUN

3. Menyediakan infrastruktur komunikasi server, handphone maxis celcom digi, laptop,digital camera, video recorder, digital line.

4. Melatih pasukan dengan kemahiran komunikasi internet, hacking, attack and defend.

5. Mendengar, mengenalpasti dan memanipulasi segala masalah dalaman parti UMNO,MCA,MIC dan lain lain secara mingguan dan bulanan.

6. Mewujudkan gerak saraf dgn memanipulasi isu bagi memporak perandakan serta menggoncang kekuatan dalaman UMNO, MIC,MCA.

7. Membangkitkan isu perkauman dan menjadikan UMNO, MIC,MCA sebagai kuda hitam

Persoalan aku, 

1. Apa CODE yang Warroom UMNO ada? Kalau setakat minyak rambut/gel Code10 tu, kat kedai belakang rumah aku pun ada jual...

2. Apa plan UMNO pulak? Kalau kita tanya soalan ni... selalunya akan dijawab... "kita ada plan... sabar laaa...". (padahal satu haram plan pun tak ada... tapi sebut "ada plan"!) Pertikaian aku... Pakatan Haram dah start buat gerakan, kita? Bila kita sebut "kita dan ketinggalan jauh"... depa jawab "err..tu la tuuu..."

3. Kita ada kepakaran hackers ke? Setahu aku, nak cari hackers pro-UMNO/BN, boleh kira dengan jari. Ramai golongan hackers yang dah "ditackle" puak Pakatan Haram.. kalau yang ada pun, kita belum tentu tahu kesetiaannya pada perjuangan...

4. Paling best, tak payah sembunyi laaa... kat pusat khidmat DUN tu memang langsung takde gerakan psywar.. PC ada... tapi buat main solitare, FB, chatting, print project paper... Tu belum sebut Ketua Bahagian takde email address tu.. bila email takde.. camana nak ada FB dan Twitter? Blog jauh sekali laaa... kalau ada FB pun update pasal benda apa yang depa makan hari ni...heh!

5. Dekat waktu pemilihan ni, depa bukan fikir pasal nak lawan pembangkang, depa sebok fikir pasal nak lawan jawatan...hang elok jadi Naib aku laa... aku jadi Ketua... aku jaga hang, hang jaga aku.. woii hang tak layak laaa... hang ngaji tak tinggi... aku pun layak apaaa.. dialog tu dah biasa dahhh...

6. Orang pakai Iphone, Blackberry, Samsung S4, Galaxy Note II... depa pun nak pakai... tapi depa reti hantar sms saja... kalau bbm pun, kebanyakkannya dok sembang ngumpat orang sana sini...heh!

7. Strategi? Errr... Strategik ke strategi? Err... tak sama ke makna Strategi dengan Strategik? Err... Strategi tu sejenis kuih raya ke? Heh! Itu macam pun ada kaaaa...
Mungkin ada yang terasa dengan apa yang aku tulis. Kalau tersinggung, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mungkin tak semua macam tu... tapi sebahagiannya memang begitu, kan? 

Aku tegur bukan pasal aku benci UMNO. Aku tegur sebab nak tengok UMNO kuat macam dulu. Takkan tegur sikit pun nak terasa? Aku dah tegur ikut saluran dulu...ada yang berubah dan ada yang makin teruk...

Paling best, ada pulak yang marah-marah, kutuk-kutuk aku kat belakang... dunia ni kecik je beb... apa yang korang kutuk tu sampai jugak kat aku.. cuma apa yang korang tak tahu, orang UMNO macam aku ni dah lama loya dan mual tengok perangai "depa" ni...

Aku terpaksa tegur sebab sayangkan korang semua. Kalau aku silap, maafkanlah aku... korang baikkk... aku jahat...jahat sebab sayangkan UMNO dan perjuangannya....

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!