Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 16, 2013

MAHFUZ SEDAR TAK ORANG PAS KEDAH TAK SUKA DIA? HEH..!

Aku tak sure sama ada Mahfuz sedar atau tidak bahawa majoriti orang PAS di Kedah memang tak suka dia jadi Pesuruhjaya PAS Kedah. Errr.. takdak sesiapa pun yang bagitau kat dia ke? Atau dia kini sedang dikerumuni "pengampu-pengampu orang kaya"?

Sedar atau tidak, pada aku, Mahfuz perlu terima hakikat ni. Bukan apa, tak baik la tipu diri sendiri. Tahu diri lemah dan tak dapat sokongan, tapi berlakon kuat depan orang ramai kononnya semua orang setuju dia ganti Ustaz Azizan...apa gunanya, kan?

Mahfuz kata, dia nak tunggu post mortem selesai dulu, baru nak rombak barisan kepimpinan PAS Kedah. Katanya, post mortem PAS Kedah perlu 4 bulan, baru boleh selesai...heh! 4 bulan woooo..!!!


Aku sarankan Mahfuz supaya pantau FB puak-puak PAS Kedah. Depa dah buat post mortem sendiri dah. Mahfuz boleh rujuk kat kem Phahrolrazi, kem Ustaz Azizan dan kem "pengampu-pengampu orang kaya" yang dok bodek dia sakan sekarang ni...heh!

Tak perlu 4 bulan sebenarnya. Sebulan pun dah cukup untuk buat post mortem kekalahan PAS di Kedah. Tak caya? Tanya Ustaz Azizan... heh! Ayat Ustaz Azizan "mujur PAS kalah di Kedah" tu dah cukup mencerminkan faktor utama...kan? kan? kan? 

Tapi tak tau la kalau Mahfuz dan "pengampu-pengampu" dia tu memang "buta kayu". Kalau depa "buta kayu", memang la kena buat post mortem sampai 4 bulan....heh!
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata rombakan barisan kepimpinan
negeri itu hanya akan dilakukan selepas parti itu mengenalpasti kelemahan melalui jawatankuasa 'post-mortem' yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena ini, beliau tidak menghadapi masalah untuk merangka gerak kerja parti walapun hanya dibantu dua orang timbalan pesuruhjaya selepas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi meletakkan jawatan.

Phahrolazi bertindak meletakkan jawatan yang disandang sejak 2009 selepas Mahfuz dilantik pesuruhjaya PAS negeri menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Mahfuz, banyak perkara perlu diambil kira sebelum merombak barisan kepimpinan terutamanya sebab parti itu gagal mempertahankan negeri tersebut.

"Adalah tidak wajar dan tidak adil untuk saya buat perubahan pada waktu ini dalam keadaan post-mortem belum siap.

"Kita perlu menunggu post mortem untuk melihat apakah kelemahan yang berlaku dan apakah kelemahan ini berkaitan dengan individu atau kepimpinan.

"...kemudian baru kita boleh menentukan corak kepimpinan yang kita boleh susun semula pada masa akan datang," katanya dalam temubual bersama media.

Justeru beliau mengakui tidak mempunyai sebarang masalah walaupun barisan kepimpinan sedia ada tidak sempurna.

"Jadi saya kena tunggu post mortem kerana saya fikir baru adil untuk saya buat satu penyusunan atau pun rombakan.

"Saya tiada masalah (uruskan PAS negeri) sebab kita ada tiga orang, jadi ada dua orang lagi boleh bantu saya dan perjalanan parti berjalan seperti biasa," katanya.

Sebelum ini Phahrolrazi berkata tindakan melepaskan jawatan itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III.

Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie. Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

2 comments:

anjingbaruababi said...

kalau ahli pas kedah tak suka kat mafuz.......macam mana dia boleh menang di parlimen pokok sena...orang umno kot yang mengundi dia...

Anonymous said...

Mahfuz menyambung legasi membela kroni pas di kuin. Tahniah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!