Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 3, 2013

MAHFUZ HANYA CAYA PADA UNIT AMAL, DIA TAK CAYA POLIS...

re_03.3

Susah apabila berdepan dengan manusia yang merasakan dia adalah cukup sempurna dari segi sifat dan pendiriannya. Bertambah susah apabila dirinya sendiri berfikir mampu melaksanakan tugas lebih bagus dan hebat dari orang-orang lain. Orang lain difikirkan tidak bagus dalam melaksanakan tugas dan kerja berbanding dari dirinya. 

Manusia seperti ini adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bila mana mengeluarkan kenyataan langsung tidak menghargai usaha dan jasa yang ditabur oleh anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Kita sendiri sedar, dalam beberapa minggu ini kejadian tembak-menembak yang akhirnya berlaku kematian begitu menakutkan rakyat Malaysia. Dalam kes jenayah seperti ini, Polis dululah yang akan mengambil tempat paling hadapan untuk menyelesaikan insiden berdarah ini.


Namun, dalam laporan Harakahdaily, Mahfuz mempersoalkan jaminan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar di mana dikatakan tidak mampu meredakan kebimbangan rakyat kerana pasukan polis dilihat seperti sudah hilang kawalan. Mahfuz juga menggesa agar kerajaan Malaysia untuk mengadakan sidang khas Parlimen bagi menyelesaikan masalah jenayah berat terutama yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api.

“Satu sidang khas Parlimen mesti dipanggil segera sebelum Hari Raya. Bagaimana rakyat hendak pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri sedangkan bukan sahaja keselamatan harta tidak terjamin malah keselamatan nyawa pun tidak terjamin,” katanya. 

Pada minggu lalu, berita melaporkan 90% anggota polis tidak dibenarkan memohon cuti raya tahun ini kerana diarahkan untuk bertugas bagi mengawal keselamatan di setiap negeri.

Di kala rakyat lain pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari kemenangan umat Islam bersama-sama keluarga tersayang, anggota Polis terpaksa melupakan hasrat menyambut Hari Raya bersama insan-insan yang mereka sayangi. Semuanya kerana berkorban demi menjaga keselamatan rakyat dan harta benda kita.

Tetapi, pengorbanan dan jasa Polis tidak pernah disanjung apatah lagi dipandang tinggi oleh puak pembakang yang sering melabelkan Polis sebagai ‘anjing kerajaan’. Sejauh mana pernah pembangkang simpati, hargai dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis? Beban tugas pihak Polis bertambah dari masa ke semasa, risiko diri juga bertambah dan menerima kutukan dari masyarakat juga menambahkan tekanan dan bebanan psikologi anggota-anggota Polis. 

Apabila Mahfuz mempersoalkan usaha yang Polis lakukan, ia menunjukkan tidak ada langsung penghargaan kepada anggota Polis yang berkhidmat dan secara tidak langsung, ia menurunkan tahap kepercayaan rakyat Malaysia kepada Polis. Sikap berprasangka buruk terhadap anggota Polis juga semakin lama menebal dalam diri penyokong-penyokong pembangkang.

Puak-puak pembangkang sebenarnya tidak sedar. Sejak mereka mencipta pelbagai demonstrasi tahun-tahun sebelum ini, pihak Polislah yang sering memberikan kerjasama yang baik kepada mereka meski pun sering kali balasan buruk yang pihak Polis terima kembali.

Dalam perhimpunan haram Bersih sendiri jika dilihat, Polis sudah memberikan kerjasama agar suasana tidak menjadi kecoh. Tetapi, Polis pula dituduh menjadi pihak yang mencipta provokasi supaya berlakunya kejadian jenayah atau pergaduhan. Walhal mereka sudah pun diberikan amaran awal.

Agaknya Mahfuz sudah lupa dalam kejadian berdarah pencerobohan di Lahad Datu. Anggota Polis menjadi pihak yang pertama yang gugur sewaktu berdepan dengan pengganas-pengganas Sulu. Tetapi, Polis dituduh sebagai pelakon dalam insiden yang merenggut emosi rakyat Malaysia.

Inilah tujuan Mahfuz meluaskan pandangannya khidmat Polis sudah tidak berkesan kepada rakyat, supaya dasar kebencian dan tidak suka kepada pihak berkuasa berterusan. 

Hakikatnya, apabila berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini, pihak Polis jugalah yang akan mereka cari. Kepada pihak Polis jugalah tempat mereka menagih simpati. PAS sebenarnya menipu diri mereka sendiri dengan mengatakan tidak memerlukan Polis dalam hidup mereka. 

Siapakah pula yang hidup hanya mencari salah Polis seolah-olah Polis mesti sempurna dan tiada kekurangan jika bukan peguam-peguam politik yang berpakat dengan Mahfuz dalam Pakatan Rakyat? -Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

biasa la tu..senang je theory pembangkang dimana2 negara pun sama...tgk apa jd kat negara yg bnyak rusuhan...first depa terapkan kepercayaan kpd rakyat yg kerajaan korup....kemudian pemimpin akan ada duit bnyak....bila pemimpin duit bnyak secara xlangsung depa boleh korupkan polis....so erti kata lain polis dituduh twlah dibeli oleh kerajaan....semua tindak tanduk berpandukan arahan pemimpin dan undang dibelakang kan...bila rakyat dah percaya benda ni wlupun polis tu pas sekalipun mereka adalah ejen yg telah dibeli kerajaan...so lpas ni apapun tindakan polis adalah bermotifkan menjaga kepentingan pemimpin....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!