Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 6, 2013

LATHEEFA "KOYAK" NI NAK KENA TEMPELENG KE?

koyak

Kadang-kadang, saya rasa macam nak ketuk saja kepala Latheefa Koya dan N. Surendren, dua “macai” Anwar Ibrahim yang menjadi peguambela Maznah “Chetz” Yusof, wanita yang diputuskan sebagai menghina Islam melalui youtube bersama anjing-anjingnya.

Kata dua peguam PKR itu, kerajaan berniat jahat terhadap Chetz apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya oleh Jakim atas kontroversi yang ditimbulkannya baru-baru ini.

Kononnya kes Chets itu masih dalam siasatan dan kerajaan tidak wajar untuk mengeluarkan sebaran kenyataan mengenai wanita berusia 38 tahun tapi masih belum berumahtangga itu.

Saya tertanya-tanya, apa salahnya Menteri berkenaan mencadangkan sesuatu yang membawa kebaikan pada Chetz? Salahkah Menteri BN cadangkan sesuatu yang baik pada seorang individu seperti Chetz?

Sebagaimana maklum, Chetz begitu berbangga menyambut Hari Raya bersama anjing-anjingnya di dalam Youtube yang berlatar belakangkan takbir Aidilfitri. Video itu juga memaparkan anjing-anjing peliharaannya bergaul “mesra” bersamanya di dalam rumah.

Saya ingin bertanya Latheefa yang beragama Islam, apa yang dia tahu tentang hukum mengenai anjing? Ya, memang Islam benarkan memelihara anjing. Ada yang dibuat berburu dan ada yang digunakan untuk urusan jenayah. Tapi kalau tak kena gaya, kena samak, kan?

Seperkara yang saya ingin tahu, apakah Chetz membela anjing-anjingnya itu seperti polis membela anjing mereka? Polis bawa anjing mereka masuk dalam rumah, mandikan dalam rumah dan melepak bersama anjing di atas sofa?

Dalam hal Chetz, dia selamba membela anjing-anjing itu seperti membela kucing! Seolah-olah tiada haram atau halalnya berkaitan anjing-anjingnya itu, bukan?

Persoalannya, apakah Chetz samak rumahnya dengan air tanah setiap hari? Jangan tipulah! Kemudian, bagaimana pula Chetz memastikan dirinya dan rumahnya bersih dari sebarang unsur najis “mughollazah”?

Bagaimana Chetz mahu bersolat di dalam rumah yang penuh dengan kesan najis “mughollazah”? Apakah Chetz samak tubuh badannya lima kali sehari dan ke masjid setiap waktu untuk menunaikan solat? Tolonglah jangan nak menipu…

Jelas sekali menunjukkan bahawa Chetz mengambil mudah dan tidak sedar tentang najis berat yang ada di segenap rumahnya, bukan? Jadi, salahkah Menteri itu mencadangkan supaya Jakim memperbetulkan gaya kehidupan dan akhlaknya?

Itu baru disentuh tentang gaya hidup dan muamalah Chetz yang bergelumang dengan najis pada setiap hari. Kalau najis ringan, mungkin dia tak perlu dipulihkan. Tapi kalau najis berat, nampaknya dia perlu diperbetulkan!

Itu belum lagi disentuh mengenai gaya Chetz yang merupakan seorang wanita tapi “perasan” nak jadi lelaki. Kalau ditegur soal itu, ramai pula yang “meroyan” nanti, kan?

Saya menyarankan agar Latheefa dan Surendren belajar dulu tentang hukum hakam Islam mengenai muamalah umat Islam dengan anjing. Orang Islam lain pun ada memelihara anjing juga, tapi tidaklah seperti cara Chetz, bukan?

Tapi kalau hal ehwal berkenaan hukum mengenai najis yang merupakan perkara asas itu pun Latheefa Koya tak tahu, itu adalah satu perkara yang sangat memalukan. Ini bukan soal Chetz sentuh anjing, ini soal Chetz yang bawa masuk najis berat dan berselerak dalam rumahnya!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

TAK DAPAT BAYANGKAN JIKA 2 EKOR KERA NI KENA TEMPAR...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!