Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 29, 2013

"KJ RASUAH! KJ RASUAH! KJ RASUAH!" - KORANG INGAT TAK..?!!



Uihhh..! Semakin ganasss!!! Makin hampir tarikh daftar pencalonan, makin ganas depa berkempen! Sekarang ni, mana-mana saja aku pegi, semuanya dengar dok lobi sana-sini. Sakan dan meriah sungguh...heh!

Ada yang nak jadi Ketua Wanita, ada yang nak jadi Naib Ketua Wanita. Ada yang nak jadi Ketua Pemuda, ada yang nak jadi Naib Ketua Pemuda. Puteri pun sakan jugak! Ada yang tanding Ketua Puteri dan ada pulak yang bertanding Naib Ketua Puteri....

Perghhh.. Kalau aku nak ulas satu persatu, nanti depa marah pulak kat aku... Heh! Nak marah? Marah laaa... dah memang resam bertanding. Kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi laut, kan?

Ntah la.. mungkin orang muda kot, maka aku suka ulas pasal pertandingan antara Pemuda dan Puteri. Wanita pun sikit-sikit laaa.. maklum laa.. candidate Ketua Wanita kali ni pun agak kontroversi jugak, kan? Yang nak bertanding Naib Ketua Wanita pun boleh tahan jugak tuuuu...heh!


Kali ni aku nak ulas pasal Ketua Pemuda UMNO. Errr.. takde orang ke nak lawan KJ ni? Adoiii... Lawan je la weiiiii..!!! Aku tahu korang kata KJ tu bijak, smart, kaya dan berketerampilan sebagai pemimpin.

Tu bagi korang. Tapi pada aku, KJ belum cukup syarat untuk jadi Ketua Pemuda!

Banyak bebbb! Banyakkk!!! Banyak sangat ciri-ciri yang dia tak ada. Malah ciri-ciri yang dia ada tu pun membuatkan dia tak layak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia...

Korang tahu tak? KJ tu langsung tak pernah pandang blogger? Depan korang mungkin la dia tak tunjuk, belakang korang...dia anggap kita semua ni macam sampah jerrr.. Nak tahu kenapa? Sebab dia teruk di hentam blogger di zaman Pak Lah dulu...!!!

Masa pak mertua dia jadi PM, apa yang blogger tak londeh pasal KJ? Dari isu Maya Karin, sampai la dia kena lempang dengan Pak Lah pada malam keputusan PRU ke-12! Dari cerita ECM Libra dan MV Augusta, sampai la cerita pasal budak-budak tingkat 4..!!!

Palin aku tak boleh terima, dia memang terbukti biadap pada Tun M. Setahu aku, sampai sekarang dia belum mintak maaf pada ayahanda Tun M. Orang macam tu korang nak jadikan Ketua Pemuda UMNO?

Mana ada dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO disorak sebagai "perasuah tegar" bila diisytiharkan menang? Perkara tu tak pernah terjadi di zaman Datuk Senu, Datuk Harun Idris, DS Najib mahu pun di zaman Kerismudin CKMM (Cium Keris Mintak Maaf)... memalukan betul!

Korang tak ingat dia disorak "KJ rasuah! KJ rasuah! Kj rasuah!"? Sepanjang penggal la Pemuda UMNO terjejas reputasi dek kerana KJ. Aku masih kategori Pemuda UMNO. Walaupun terpaksa akur KJ jadi Ketua Pemuda, terus terang aku kata... aku malu berketuakan KJ..!!!

Masa pemilihan UMNO yang lalu, Razali Ibrahim tu menang Naib Ketua pun pasal Mukhriz bawak nama dia. Masa tu aku memang sokong Mukhriz. Masa tu kalau aku bahasakan diri dia "bro" jer...sekarang ni Mukhriz dah jadi MB...maka aku kena la respect...panggil Dato'! Heh!

So, takkan la takde pemimpin Pemuda yang nak lawan KJ kali ni? Takut sangat ke kat KJ tu? Atau korang memang suka "perasuah" tu jadi Ketua Pemuda? Entah la broooo...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!