Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 20, 2013

HOT..!!! TUN M DITEMPELAK IDRIS AHMAD..!!!

ustaz+idris+ahmad+5[1]_235_320.png
Selain Mahfuz Omar, saya sebenarnya sangat suka sekiranya lidah rasmi PAS, Harakahdaily, menyiarkan kenyataan dari Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad. Bukan apa, sama “standard” saja taraf pemikiran mereka, IQ rendah!

Terbaru, Idris Ahmad cuba nak jadi “hero” dan menempelak mantan Perdana Menteri, Tun M. Marah betul dia apabila Tun M menegaskan rakyat dan negara ini begitu membangun di bawah pentadbiran Barisan Nasional!

Kata Idris…
“Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah,” –Idris Ahmad, 19 Ogos 2013.
Saya ingin bertanya pada Idris Ahmad, perubahan apakah yang dia maksudkan? Pada pengamatan saya, BN telah berjaya memacu perubahan yang sangat positif di Malaysia sejak sebelum zaman Merdeka hingga kini.

Cuma satu saja yang tidak pernah berubah. PAS tidak pernah berubah mengetuai Kerajaan Persekutuan. Hanya sekali saja merasa jadi Menteri Kabinet, itu pun PAS kembali jadi pembangkang bila mereka sekali lagi bertindak memecah belah umat Islam dengan  “mufaraqah berakal pendek”.

Pada saya, Idris Ahmad “buta”. Dia “buta” serba serbi. Sekiranya kita bertanya pada mereka yang pernah hidup di zaman sebelum merdeka dan masih hidup hingga ke saat ini, pastinya mereka akan memuji UMNO/BN sebagai sebuah parti yang bijak mentadbir dan banyak berjasa.

UMNO berjasa memerdekakan negara, itu perubahan pertama yang dibawa UMNO. Dari sebuah negara yang tidak sudah-sudah dijajah, akhirnya seluruh dunia mengiktiraf bumi pertiwi ini sebagai sebuah negara yang merdeka.

PAS ketika itu hanya “tumpang semangkuk” saja! PAS sendiri tidak wujud di zaman itu. Malah PAS hanya ditubuhkan apabila pengasasnya tewas merebut jawatan Presiden UMNO, merajuk menubuhkan PAS dan menuduh UMNO sebagai menolak pimpinan Islam.

Hakikatnya, selama hampir 56 tahun merdeka, UMNOlah yang berjaya mempertahan dan mengimarahkan Islam di Malaysia. Pelbagai perubahan yang menuju ke arah Islam telah dilaksanakan UMNO tanpa kita sedar.

Misalnya, dulu anggota tentera memakai seluar pendek ketika menjalani latihan (seluar PT). Anggota polis juga berseluar pendek. Tapi sekarang, seluruh anggota tentera dan polis memakai seluar panjang, bukan? Bukankah itu bukti perubahan ke arah Islam dari sudut aurat?

Bahkan kini, anggota polis wanita beragama Islam pula dibenarkan memakai tudung berbanding dulu. Apakah itu bukan satu perubahan yang Islamik? Idris Ahmad mahu anggota polis wanita pakai “purdah” dan polis lelaki pula pakai ketayap putih sepertinya baru boleh dikatakan “Islam”?

Sebetulnya, Islam tidak melihat pada “purdah”, ketayap putih atau serban sebagai garis panduan berpakaian yang beraurat. Cukup hanya dengan menutup aurat yang terdedah sebelum ini, ia sudah memadai memenuhi hukum Islam, bukan?

Begitu juga dari sudut ekonomi, pembangunan infrastruktur, sosial, sukan, pertahanan, keselamatan, pendidikan dan semua aspek kehidupan. Semuanya berubah maju berbanding di zaman awal merdeka dulu. Kalau saya ceritakan semuanya, setahun pun belum tentu habis!

Sebab itulah saya katakan bahawa Idris Ahmad ini “buta”. Namun saya suka dengan kenyataan Idris Ahmad itu. Bukan apa, ia menandakan bahawa PAS sememangnya memiliki pemimpin yang “berotak udang” serta gagal menggunakan akal dengan baik untuk berfikir secara waras dan adil!

Sumber: Mykmu.net

5 comments:

Anonymous said...

Islamkan Pakatan dulu baru cakap pasal orang lain, ni jadi barua DAP sebab pengundi Cina telah memenangkan mereka dalam beberapa kerusi,apa yang PAS buat setakat ini dan apa hasil yang PAS telah buat.

anjingbaruababi said...

Idris Ahmad ni macam abang dia jugak, buta hati dan buta mata dalam kecelikan....cakap guna kepala lutut...tapi yang lebih malang...ahli PAS yang kebanyakannya berjanggoat boleh terima pemimpin macamj tu...bukan Idris sahaja yang celik dalm buta....ramai ustaz-ustaz PAS yang mendakwa diri mereka pewaris Nabi...IQ macam tu....

Anonymous said...

20 tahun pas perintah -HABUK ATAS TIANG LAMPU PUN LOBAI PAS TAK TIUP - APA 'UNTA; BUAT ??????????????????????????????????????APA TAK PERSOALKAN 'YB' YANG BODOH TAK NAMPA KE SATU JASA DI LELANTN PAS TAKDA DIRI MASJID JAUH SKALI TAPI TOKONG 'LYING DOWN; ADA LAH

Anonymous said...

20 tahun pas perintah -HABUK ATAS TIANG LAMPU PUN LOBAI PAS TAK TIUP - APA 'UNTA; BUAT ??????????????????????????????????????APA TAK PERSOALKAN 'YB' YANG BODOH TAK NAMPA KE SATU JASA DI LELANTN PAS TAKDA DIRI MASJID JAUH SKALI TAPI TOKONG 'LYING DOWN; ADA LAH

Anonymous said...

Apa yang boleh dibanggakan dengan pemerintahan PAS diKelantan selama tiga dasawarsa?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!