Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 29, 2013

HOT..!!! MAHFUZ OMAR JADI LIABILITI PAS KEDAH..?!!!

mampoozzz

Kalau kita labelkan dia sebagai “bodoh”, ramai pula pak-pak lebai PAS yang meroyan sakan marahkan kita mengutuk pemimpin mereka. Walhal kita bukan berniat untuk mengutuk dan hanya cuba zahirkan sifat jelas ada pada pemimpin mereka, itu saja. Salahkah?

Memang Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar, begitu terkenal dengan kekurangannya yang tidak memiliki IQ yang tinggi dan suka mempamerkan kedunguannya di media. Kita kasihan padanya dan sebab itulah kita mahu memberitahu tentang sifat bodohnya supaya dapat diubah!

Terbaru, Mahfuz buat hal lagi. Mungkin lidahnya jadi keras dan kelu jika tidak keluarkan kenyataan bodoh dalam tempoh seminggu. Baru-baru ini dia menggesa Kerajaan BN Negeri Kedah untuk membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) yang dikatakan tertunggak selama 4 bulan.


Katanya, kalau ada penyelewengan di dalam IHSB, dia mahu Kerajaan BN Kedah laporkan saja pada pihak polis. Namun begitu, dia mahu gaji kakitangan IHSB dibayar terlebih dahulu.

Sekali fikir, kononnya dialah “juara” dan “hero” kakitangan IHSB. Cuba fikir sekali lagi, saya yakin kita akan nampak Mahfuz benar-benar bodoh dalam kenyataannya itu.

Baiklah. Sebagaimana maklum, tembelang Kerajaan PAS Kedah pecah di dalam sidang DUN yang baru berakhir baru-baru ini. Bekas Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi sendiri mengaku isu KUIN dan IHSB itu adalah faktor penyebab kekalahan PAS di negeri itu.

Jadi, sudah tentulah kepincangan berlaku di dalam IPT itu, bukan? Dan hasil siasatan awal Exco Pendidikan yang baru, Datuk Tajul Urus, beliau memberitahu dewan bahawa dipercayai berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam isu KUIN.

Malah dia mendedahkan tentang gaji salah seorang CEO di dalam IHSB yang mencecah RM35,000 dan membawa masuk anak isterinya yang diberikan gaji yang tidak masuk akal. Itu belum lagi didedahkan kroni-kroni Pakatan Haram yang bermaharajalela dengan gaji besar di IPT itu!

Kini CEO IHSB sudah cabut lari, siapa nak ganti kerugian wang rakyat itu? Sudah tentu pihak Kerajaan BN Negeri Kedah akan menyiasat perkara berkenaan dan sekiranya mendapat bukti yang mencukupi, sudah tentulah kes itu akan dibawa ke mahkamah!

Persoalannya, tahukah Mahfuz tentang taraf sebenar IHSB? Apakah KUIN merupakan IPTA atau IPTS? Dan mengapakah Kerajaan BN Negeri Kedah enggan membayar gaji kakitangan IHSB sehingga mencecah 4 bulan? Mahfuz fikir Kerajaan BN Kedah “buta perut sepertinya?

Menteri Besar sendiri tampil memberi penjelasan di dalam sidang DUN tempohari mengatakan bahawa merujuk pada nasihat dari sudut perundangan, beliau memutuskan untuk tidak membayar gaji kakitangan IHSB itu buat masa sekarang.

Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana taraf IHSB itu merupakan syarikat swasta dan bekas Exco PAS, Amiruddin Hamzah juga mengesahkan KUIN sebagai bertaraf IPTS sebelum ini.

Persoalannya, logik akalkah sebuah kerajaan membayar gaji kakitangan sebuah syarikat swasta yang rugi sepanjang 5 tahun! ISHB pinjam duit KUIN lebih dari RM32 juta pun boleh rugi? Pandai betul PAS pilih CEO IHSB, bukan?

Jadi, sekiranya Kerajaan BN Negeri Kedah membayar gaji kakitangan IHSB sebagaimana yang didesak Mahfuz, maka tindakan tersebut dikhuatiri akan menjadi “precedent” di dalam mahkamah sekiranya kes tersebut di bawa ke pihak pengadilan nanti.

Mahfuz tahu apa itu “precedent”? “Precedent” bukan sejenis “kuih raya” dan bukan juga bermaksud “presiden” seperti yang ada di Amerika! Sila tanya pengamal perundangan tentang maksudnya. Saya malas untuk menerangkan maksudnya pada Mahfuz. Khuatir otaknya terlalu “benak” untuk faham penjelasan saya nanti!

Itulah bezanya di antara orang yang berilmu dan tidak berilmu. Orang berilmu sudah tentu akan berfikir panjang secara “jaamiq dan maaniq” tentang sesuatu perkara. Tapi kalau orang tidak berilmu, lihatlah Mahfuz dengan kebebalannya.

Menghairankan, ADUN-ADUN PAS tidak bangun mempertikai penjelasan Mukhriz di dalam dewan DUN. Tapi Mahfuz pula yang menyebok memperlihatkan kebodohannya mengenai isu ini. Padanlah ramai pemimpin PAS makin menyampah pada Mahfuz. Kebodohannya terpalit pada mereka!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!