Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 24, 2013

HOT..!!! KISAH SUKA DUKA KES BICARA AZILAH DAN SIRUL...

KES PEMBUNUHAN Altantuya Sharibuu mendapat liputan meluas media tempatan dan asing setelah model sambilan dari Ulan Bator, Mongolia itu dikatakan ditembak sebelum mayatnya diletupkan.

Secara tidak langsung, ini menarik minat masyarakat untuk mengikuti perkembangan kes dari awal hingga tamat.

Hari ini, mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa suspek utama pembunuhan ini, Kpl Sirul Azhar Umar, 43, dan Cif Inspektor Azilah Hadri bebas daripada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada mereka sebelum ini.

Di bawah, antara cerita yang dipetik sepanjang Sirul dan Azilah ditahan hinggalah hari ini yang merupakan detik paling berharga buat mereka.

Siapa sangka setelah bertahun-tahun turun naik mahkamah mengharung kes paling berprofil tinggi, mereka akhirnya terlepas dari tali gantung.

Segala-galanya bermula 7 tahun lalu, iaitu 15 November 2006 apabila Sirul dan Azilah, kedua-duanya anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Turut diseret sama, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 54, yang dituduh bersuhabat dengan mereka.

Abdul Razak bagaimanapun, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat pada 31 Oktober 2008.

Maka, tinggallah Azilah dan Sirul membela diri masing-masing.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

BAGAI DRAMA

Bagaikan drama – itulah babak demi babak yang dapat dirakam sepanjang perbicaraan berlangsung. Mereka yang mengikuti perkembangan kes ini pasti dapat berasakan unsur suspen, sedih, terkejut dan macam-macam lagi emosi yang mewarnai prosiding kes.

Antaranya, peguam yang mewakili Azilah ditukar bagi menggantikan peguamnya yang menarik diri walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi perbicaraan kes itu bermula di Mahkamah Tinggi.

Unsur suspen lain adalah, bila salah seorang saksi iaitu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam mengecam Azilah sebagai pemandu kereta Proton Wira merah yang membawa Altantuya dari rumah Abdul Razak Abdullah Baginda pada malam dia dikatakan dibunuh.

Teman wanita Azilah, Lans Kpl Rohaniza Roslan turut ditahan reman dan menjalani soal siasat berkenaan kes ini.

Rohaniza yang ketika itu sudah berkhidmat selama 9 tahun bersama PDRM tidak dapat menahan perasaan dan mengalirkan air mata apabila mengulas perasaannya diletakkan dengan tahanan lain ketika direman.

Kata Rohaniza, “Saya malu dan tertekan. Sebelum ni saya yang jaga mereka. Tiba-tiba saya pula yang masuk lokap.”

Pada masa sama, seorang lagi wanita yang merupakan tunang Azilah iaitu Nor Azilah Baharuddin setia menghadiri mahkamah sepanjang kes berjalan.

Di mahkamah, Azilah pernah mencuri perhatian apabila menyuarakan ketidakpuasan hati yang disampaikan oleh peguamnya, tentang keistimewaan yang diberi kepada isteri Abdul Razak yang dibolehkan mengiringi tertuduh ketiga itu sehingga ke lokap sedangkan dia dan Sirul, berjalan dalam keadaan tangan digari ke belakang.

Azilah juga memohon supaya mahkamah menegur jurugambar yang dikatakan telah melompat keluar dari garisan polis dan cuba mencabut jaket yang meliputi mukanya.

Dalam pada itu, salah seorang saksi iaitu Ketua Cawangan Soal Siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DSP Zainudin Abdul Samad berkongsi karektor Azilah ketika perbicaraan.

Katanya, anak kelahiran Sarikei, Sarawak itu gemar berhibur, ‘window shopping’ dan suka berpuasa malah turut berpuasa semasa dalam tahanan reman.

Sementara kawan rapat Sirul yang turut dipanggil sebagai saksi, Sarjan Rosli Ibrahim, yang mengenalinya sejak mereka berdua dalam skuad yang sama ketika mula berkhidmat dengan PDRM melahirkan perasaan sedihnya dengan nasib menimpa Sirul apabila terbabit dengan kes itu.

Ketika perbicaraan melibatkan dirinya, Rosli telah tampil dengan dakwaan bahawa anak kunci rumah yang ditunjukkan polis padanya tidak serupa dengan kunci rumah Sirul yang diketahuinya.

RAYUAN HUKUMAN GANTUNG

Akhirnya pada 9 April 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam akhirnya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul kerana didapati bersalah membunuh Altantuya. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap mereka.

Katanya, pembelaan kedua-dua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai.

Azilah dan Sirul kemudiannya memfailkan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu.

Pada 24 Jun 2013, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah berhujah menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan anak guamnya dan Sirul kerana mereka tidak memiliki atau mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan Altantuya.

Hazman juga berhujah, terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi kejadian.

Seterusnya 19 Ogos lalu, apabila Mahkamah Rayuan diketahui akan mengumumkan keputusan pada Jumaat (hari ini) berhubung rayuan Azilah dan Sirul, ramai menanti penuh debar. Manakan tidak, ini merupakan keputusan besar dari sebuah kes berprofil tinggi.

Dan seperti semua sedia maklum, keputusan hari ini nyata berpihak pada Azilah dan Sirul.
PENANTIAN TUJUH TAHUN

Apa-apa pun, tujuh tahun telah berlalu dan sepanjang tempoh itu kita hanya mampu membicarakan kes ini berdasarkan agakan dan rumusan sendiri. Sedangkan perkara sebenar, hanya Tuhan dan pembunuh sebenar sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku.

Yang pasti, episod paling pahit dalam hidup Azilah dan Sirul sudah pun berakhir apabila mereka terselamat daripada mengakhiri hidup di tali gantung.

Semoga keadilan akan sentiasa menyebelahi orang yang benar. -Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!