Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 30, 2013

HOT..!!! INI JAWAPAN PAS KEDAH PASAL GAJI RM35,000 SEBULAN..???!!!

Bekas Setpol MB Kedah, Sanusi Mohd Noor yang belum lagi tukar jawatan "Setpol MB Kedah" kat blog dia, cuba menjawab soal gaji CEO Insan Medic yang didedahkan berjumlah RM35,000 sebulan. 

Kononnya, dah memang itu tangga gaji bagi jawatan CEO Insan Medic. Malah dia kata, mungkin gaji Dr. Ramli patutnya lebih tinggi dari RM35,000 bersesuaian dengan kelulusan akademik dan pengalamannya dalam bidang perubatan...

Itu jawapan brader Sanusi? Baiklah... meh sini aku cerita sikit. Mungkin brader Sanusi ni tak berapa nak faham isu sebenar di sebalik gaji RM35,000 tu...heh!


Kalau benarlah memang itu tangga gaji yang sepatutnya bagi boss sesebuah syarikat dalam bidang perubatan, maka mungkin ia tidak menjadi masalah untuk diterima alasan macam tu. Betul, ada kalanya, gaji engineer pun lebih tinggi berbanding gaji PM...

Persoalannya brader Sanusi, IHSB tu cukup duit ke nak bayar gaji CEO Insan Medic tu? Apa yang didedahkan, ISHB meminjam (hutang la tuuuu..) pada KUIN berjumlah lebih RM32 juta dalam tempoh 5 tahun ia ditubuhkan..!

Pinjaman tu pun diberikan sebagai terma "tolong" beri suntikan dana modal untuk CEO-CEO tu jana pendapatan syarikat masing-masing. Soalannya, cuba tunjuk sikit statement kewangan syarikat "Insan" mana satu yang untung dalam jangka masa 5 tahun tu? Ada? Rugi ada laaa...kan?


Jadi, nampak sangat IHSB tak bersedia untuk memiliki Insan Medic dari sudut kewangan. Itu yang pertama. Bila tak cukup duit nak bayar gaji CEO yang tinggi-tinggi tu, maka IHSB "rompak" duit KUIN pulakkkk..! 

Jamil sebagai Rektor KUIN masa tu juga berjawatan CEO IHSB. Jadi, mudahlah IHSB "balun" duit KUIN. Jamil sign surat mintak duit pada KUIN, dia jugaklah yang luluskan permohonan bagi pihak KUIN.. elok la tu... Pasal tu la KUIN selalu ada masalah kewangan!

Moralnya, kalau PAS Kedah tahu depa tak mampu nak bayar gaji CEO setinggi RM35,000 sebulan, kenapa depa "tebiang" gatai sangat nak tubuh Insan Medic? Dalam jangkamasa setahun, IHSB perlu bayar RM420,000 setahun untuk CEO Insan Medic? 

Maka sebab tu la Insan Medic sekarang ni terpaksa di JV kan dengan Mahsa College. Jadi KUIN tak perlu lagi bayar gaji CEO sampai RM420,000 setahun! Nampak tak macamana Kerajaan BN Kedah cuba selamatkan KUIN dari terus dirosakkan PAS Kedah? 

Brader Sanusi, aku harap brader tak payah la cuba tegakkan benang yang basah... Buang karan je bro. Anyway, Phahrolrazi sendiri pun dah mengaku salah dalam sidang DUN hari tu berhubung isu KUIN ni. Nampak gayanya, Phahrolrazi cuba salahkan Jamil dalam semua hal.. err.. siapa lantik Jamil?

Brader Sanusi, yang sudah tu sudah la. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dah kalah, kalah dah. Bina la kehidupan baru. Kalau nak berjuang tu, biarlah secara ikhlas. Kalau apa yang diperjuangkan itu salah, tak salah untuk meminta maaf dan mengaku salah, kan? Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!