Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 4, 2013

HOT..!!! BETUL KE KITA "NARROW MINDED" KAT MAZNAH CHETZ..?

Baru-baru ni aku ada dengar pandangan beberapa rakan mengenai insiden Maznah Chetz yang bela anjing dalam rumah tu...member-member aku ni dilihat sebagai "open minded", belajar tinggi, pandai cakap omputih dan hebat-hebat belaka network depa...

Depa sokong Chetz bela anjing. Depa siap bagi ayat Al-Quran yang kononnya membenarkan perlakuan Chetz bela anjing tu sebagai "pets". Perkataan "mukallibeena" dimomokkan pada aku. Depa kata, perkataan tu bermaksud "trained dogs" (anjing terlatih)...

Kata depa, anjing terlatih tu digunakan untuk memburu binatang...tak salah kata depa... Aku angguk saja dulu...


Lepas tu depa sebut pasal cerita ashabul kahfi. Kata depa, anjing ada disebut dalam surah tu dan digambarkan sebagai "best friend" pada pemuda ashabul kahfi... Oooo....Aku angguk lagi...membenarkan hujah depa...

Pertamanya,

Memang betul anjing terlatih tu boleh dibela. Tapi macamana kaedah anjing-anjing tu dibela dan bandingkan dengan apa yang Chetz buat...

Selalunya, anjing-anjing terlatih ni digunakan untuk berburu di zaman dulu-dulu. Di zaman sekarang ni selalunya digunakan oleh polis untuk trace dadah, penjenayah dan sebagainya, kan?

Aku tanya member aku tu, polis bela anjing tu macam Chetz bela anjing dia ke? Maksud aku, polis ada ke bawak anjing tu balik rumah, masuk rumah, duduk dalam rumah, berkeliaran dalam rumah, duduk kat sofa dan sebagainya?


Tidak, kan? Polis letak dalam sangkar dan mandikan pun kadangkala dalam sangkar jugak, kan? Ada ke Polis bela anjing terlatih tu macam Chetz bela kat rumah dia? Aku cakap kat depa, Chetz bela anjing tu macam bela kucing brooo..!!!

Dah tu, macamana pulak dengan Chetz? Dia samak rumah dia setiap hari ke? Sofa dan seluruh rumah dia tu dia banjirkan dengan air tanah? Kalau dia tak samak dan datang member beragama Islam nak tumpang solat, terpegang area yang pernah anjing dia lepak, tak payah samak ke member dia tu?

Keduanya, 

Aku tanya member aku, cerita ashabul kahfi tu berlaku sebelum atau selepas zaman Rasulullah SAW? Kalau berlaku sebelum zaman Rasulullah, maka aku suruh dia simpan je cerita tu kalau dia nak bandingkan dengan cerita Chetz...


Bukan la aku kata kisah tu tak boleh dipakai. Kisah tu diceritakan dalam Al-Quran (asbabun nuzul) disebabkan oleh perkara lain. Kisah tu pasal nak buktikan kekuasaan Allah cantum semula tulang belulang yang dah hancur jadi jasad balik...rujuk asbabun nuzul kisah ashabul kahfi...

Lagi satu, tak payah la cakap pasal anjing saluki ke... mamluki ke.. suzuki ke... tengok la pada muamalahnya... bandingkan dengan apa yang Chetz buat... hujah aku yang pertama pun tak boleh nak counter, so tak payah cakap la pasal jenis-jenis anjing... nanti orang kata kita poyo pulak, kan?

Terus member-member aku terkedu....

Sorry la beb.. aku ni bukannya tahu sangat bab agama secara mendalam ni. Tapi kalau sentuh bab agama, tolong la jangan gunakan hujah orientalis barat tu. Tolong la rujuk pada yang lebih arif. Jangan la nak tunjuk pandai sampai dok buat hukum sendiri pulak, kan? kan? kan?

Hebat macamana pun kita, yakinlah bahawa ada yang jauh lebih hebat dari kita...kan? Aku bukan apa, kengkadang aku menyampah sikit kat orang yang "macam bagus" ni...lepas tu sedap-sedap je pandang rendah kat orang... tengok je "macam bagus", tapi...heh!

7 comments:

Jane Duncan said...

You think what you are doing is cute Chetz? (What a name? identity crisis? possibly). What you do is your business, but when you show public media what you do, then it's a different issue! Enough of this "narrow or wide minded issue, cos you are so confused and full of crap!

Anonymous said...

The whole video is disturbing . First u have the main character who is a woman dresses like a man. in other words pengkid. Then u have her bringing the dogs somewhere indicating to a mosque by the sound of azan prayers n her dressing in baju melayu. Next you have her washing the dogs paws and her own feet replicating wuduk. Next with the dogs having biskut raya and treated like guests at her home. The whole video is just wrong and something just not right with that woman. JAKIM please do ur job pronto! Only good thing I see is that the dogs are very well behaved.....errrr good job...?

Anonymous said...

Tu la namanye bodoh xleh di ajar!!

akuMelayu said...

lelaki tidak...perempuan pun bukan...takde sape ker nak cerita apa pulak hukumnya....

Anonymous said...

dulu masa aku kecik kecik pun ada bela anjing di kg . nick name nya Jhonny .

Tapi betulla kata penulis ..tak lah sampai bawak tidur baring dan peluk cium macam kucing .

Aku bela anjing untuk jaga kebun . Setakat bagi makan dan tempat berteduh...anjing pun tahu batas ..bila dilatih tak pernah datang untuk bermanja dan mengesel gesel dikaki ...

Islam dah beri guide ..kalau nak bela anjing atas maslahat tertentu ..spt jaga kebun , gudang dsb ..apa salahnya ..asal tahu hukum mengenai najis yg dibawa.

kita takut nanti - amalan kita seperti solat tak sah disebabkan sikap mengambil mudah mengenai hukum..

QalamQabut said...

Kita 'narrow minded'? Takde lah...

That Malay lady US Trained Engineer tu yang 'hollow minded'.

Mungkin kategori ni termasuk yang MASIH fikir dia tak salah buat video tu. Korang kena ingat walaupun video tu dibuat dua tiga tahun lalu, tapi si betina ni masih belum dapat petunjuk untuk merasa kesal atas perbuatannya itu.

Anonymous said...

Saya pernah berkahwin dgn lelaki arab dari iraq, dia pernah cerita masa dia kecil dulu family dia memang bela anjing sbg pet, siap kongsi katil lagi tapi dia org tu mazhab hanafi mungkin lain kot perception... dan masa dia cerita tu pun dgn rasa segan2 je. Yang kes ni memang cuma mistaken identity and pathetic...ajaran sesat dah..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!