Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 4, 2013

GEMPARRR..!!! ROS HARAMKAN DAP..!!!???

lim_guan_eng_ada_tipu

Seperti yang sudah dijangka, DAP tidak mempedulikan arahan Pertubuhan Pendaftar (ROS) yang mahu parti itu mengadakan pemilihan semula bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dicemari dengan skandal “pemilihan terancang dan kroni terpilih”.

Biarpun ramai ahli DAP khususnya dari kalangan kaum India memprotes dan mengadakan begitu banyak sidang akhbar mempertikaikan keputusan pemilihan CEC akhir tahun lalu, pimpinan parti “chauvinis ultra kiasu” itu hanya buat selamba “derkkk” saja.

Guan Eng selaku Setiausaha DAP buat tak peduli dengan pelbagai gesaan ahli partinya sendiri yang mahu pemilihan CEC itu diadakan semula.


Walaupun bermacam-macam alasan, bukti dan laporan dikemukakan pada pihak berkuasa termasuk ROS, parti yang terkenal dengan jolokan “parti Dinasti Lim” itu tetap mempertahankan keputusan CEC yang lalu. Kononnya mereka telus!

Benarkah “telus”? Benarkah mereka punya integriti ketika mengadakan pemilihan tersebut tahun lalu? Benarkah tidak ada sebarang pelan terancang atau “chai” yang mahu melihat kroni-kroni “Dinasti Lim” mengungguli pemilihan CEC DAP itu?

Bila disebut mengenai 547 pengundi hantu yang ditimbulkan pengadu yang juga merupakan ahli DAP, Guan Eng kata ahlinya itu menipu. Kononnya tuduhan terhadap partinya itu tidak benar.

Bila ditanya mengenai insiden “silap kira undi”, Guan Eng mengaku silap partinya. Tapi kononnya dia sudah betulkan kiraan undi tersebut di mana Zairil Khir Johari diangkat sebagai salah seorang calon yang menang, menafikan Vincent Wu yang pada awalnya menang dengan undi yang agak banyak.

Saya percaya DAP sudah dipanggil ROS. ROS juga sudah dapat apa yang mereka mahu. Dan saya yakin, ROS sudah meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung arahan pada DAP untuk mengadakan CEC semula.

Tapi DAP tak mahu ikut arahan ROS. Kononnya mereka mahu sebab musabab mengapa parti mereka diminta untuk mengadakan pemilihan CEC semua. Mereka mahu ROS beri alasan yang boleh mereka terima sebelum mengikut arahan agensi bebas tersebut.

Pada hemat saya, tindakan DAP untuk ingkar pada arahan itu menunjukkan bahawa parti “anak beranak” itu tidak percaya dan tidak menghormati ROS. Sekiranya mereka percaya dan hormat pada keputusan ROS, sudah tentu mereka akur dengan arahan tersebut, bukan?

Saya yakin, di dalam otak DAP, mereka cuba mengimplan persepsi buruk dan pemikiran prejudis terhadap ROS. Mereka mahu menghasut rakyat secara halus dengan mengatakan bahawa “ROS adalah talibarut BN yang sengaja mahu menganiaya DAP”.

Saya tertanya-tanya, jika itulah niat DAP, rakyat perlu imbas kembali disaat ROS dengan kuasa mahkamah, pernah mengharamkan parti keramat bangsa Melayu, UMNO, suatu ketika dulu. Itu membuktikan ROS tidak pernah pilih “bulu” atau berniat menganiaya sesiapa.

Jika UMNO mampu menerima pengharaman partinya dulu, mengapa DAP bersikap macam budak kecil yang merengek tak dapat susu bila diminta mengadakan pemilihan semula? DAP belum pun diharamkan ROS, tapi mengada-ngada pula meminta pelbagai alasan.

Sekiranya ROS memberikan alasan-alasan yang mantap untuk DAP adakan pemilihan CEC semula, apakah parti itu dapat menerimanya dengan hati yang terbuka?

Saya percaya, walaupun ROS berikan seribu alasan yang kukuh, mantap dan “beyond reasonable doubt”, DAP tidak akan dapat menerima arahan ROS tersebut. DAP seterusnya akan membawa kes ini ke mahkamah. Bolehlah Karpal & Co. dapat “duit raya” sikit nanti, kan?

Inilah sikap DAP. Dalam agenda menyelamatkan kroni-kroni terancang mereka di dalam CEC, mereka cuba menyemai persepsi negatif terhadap ROS dan kerajaan BN, sekaligus menampakkan mereka sebagai parti yang “telus, mulus, kudus” dan terlalu suci.

Pada saya, hanya mereka yang lemah IQ saja yang akan percaya pada permainan licik DAP ini.

Saya menyarankan agar ROS tidak beri muka pada DAP. Kalau mereka ingkar arahan, batalkan saja parti itu serta merta. Untuk apa diberi muka pada mereka? Kalau UMNO dulu tidak diberi muka, mengapa DAP pula perlu diberi keistimewaan? Haramkan saja, biar padan muka!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

ROS macam bunga ROSE le jadin ye... dengan Cina terhegeh hegeh macam balaci kemaruk makan, korang tak bertelor sebenarnya, sebab apa? sebab ROS semuanya pegawai Melayu yang haprak...penakut, kalau dulu UMNO parti aku korang haramkan sedangkan masa tu UMNO sedang memegang kuasa pusat, tapi bila DAP korang kecut telor nak bertindak, malu sungguh badan penguatkuasaan bertndak bacul merayu DAP parti sial supaya berkerjasama, ROS adalah lambang kerajaan Melayu dan Agong, boleh dipermainkan begitu rupa, kerana pegawainya pengecut, dayus, tidak bermaruah, lebih pentingkan perut dari maruah bangsa agama dan negara. Aku berharap kerajaan kena bertegas walaupun terpaksa membayar harga yang mahal, tapi kalau ketua tu ingat dia adalah golongan bangsawan, alamat tak lama lagi Melayu akan terus layu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!