Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 30, 2013

GEMPARRR..!!! PEMIMPIN DAP KINI TEGAR TOLONG BARISAN NASIONAL..!!!

Aku tak sure sama ada korang ingat atau tidak tentang seorang bekas Ahli Politik yang bernama Lee Lam Thye. Ya. Dulu dia ni merupakan Ahli Parlimen Bukit Bintang yang mewakili DAP. Dia bersara dari politik dan tinggalkan DAP pada tahun 1990...

Kini, dia lebih dikenali sebagai aktivis masyarakat yang sering ke hulu ke hilir bersama Kerajaan BN membantu rakyat. Dia aktif di dalam beberapa NGO seperti National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH), Pengerusi Jawatankuasa PLKN, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah dan banyak lagi...

Kalau korang nak tahu, Tan Sri Lee Lam Thye ni masa dia muda...dia selalu bawak typewriter ke hulu ke hilir. Kalau ada rakyat jumpa dia dan mengadu sesuatu, dia akan buka typewriter tu dan tulis surat bagi pihak rakyat untuk usahakan bantuan yang sewajarnya...


Begitu la serba sedikit latar belakang Tan Sri Lee Lam Thye ni. Sebab tu la dia dihargai oleh Kerajaan BN walaupun dia merupakan bekas pemimpin DAP. Dan mungkin menghargai jasanya pada rakyat, dia dapat gelaran Tan Sri...


Pada aku, Tan Sri Lee Lam Thye mungkin merupakan antara pemimpin DAP yang terbaik. Mungkin dia tak setuju dengan hala tuju DAP yang dikuasai "Dinasti Lim", maka dia tinggalkan DAP. Yup! Nak berkhidmat untuk rakyat tak semestinya perlu ceburi bidang politik, kan? NGO pun boleh...!

Aku suka dengan sikap dan sifat patriotik yang ada pada Tan Sri Lee Lam Thye. Ada ke pemimpin DAP yang ada sikap macam dia di zaman sekarang ni? Ya... mungkin ada... mungkin...?

Mungkin Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw boleh ikut jejak langkah Tan Sri Lee Lam Thye. Cuma mungkin dia belum lagi sampai ke tahap Lee Lam Thye dan memiliki jatidiri warganegara Tanah Melayu yang benar-benar beraspirasikan rakyat dan kenegaraaan...

Dia pernah ditahan ISA dalam operasi Lalang. Namun kalau korang nak tahu, dia pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai doktor pakar pada awal tahun 70'an dulu...

Aku tengok, Kerajaan BN pun hormat pada Tan Seng Giaw ni. Sebagai Ahli Parlimen veteran DAP, dia disegani kawan dan lawan. Kenapa? Mungkin disebabkan dia bersikap rasional dan berfikir secara waras...

Mungkin video Bro Minaq-Jinggo ni mampu serba sedikit mempamerkan sifat "adil" dan "rasional" dalam diri Tan Seng Giaw...



Tapi DAP tetap DAP. Selagi Tan Seng Giaw tak keluar DAP, selagi tu la aku tak boleh terima dia sebagai warganegara Malaysia yang baik. Setahu aku, ramai penyokong Komunis yang tinggal di kawasan Parlimen yang diwakili Tan Seng Giaw...

Bezanya, komunis di Kepong tu tak gunakan senjata api saja macam di zaman Chin Peng dulu. Tapi khabarnya depa setia betul dengan Komunis sampai sanggup ke Thailand beramai-ramai celebrate birthday Chin Peng!

Jadi macamana? Ada lagi pemimpin DAP yang setanding dan boleh contohi Tan Sri Lee Lam Thye? Aku rasa dah pupusssss...!!! Kini DAP makin hancur dirosakkan "Dinasti Lim" yang berjaya menyemai perasaan "keCinaan" chauvinis ultra kiasu dan rasis yang melampau! Setuju?

5 comments:

Anonymous said...

Zaman muda2 dulu tinggal di KL
mula2 aku mengundi calun pilihan Dr.Tan Chee Koon selepas tu Lee Lam Tye mereka ni sungguh pun pembangkang tapi membina bukan macam ketua pembangkang hari ini ayik bangkang aja macam tak cerdik.

Anonymous said...

TSLLT antara bekas pimpinan DAP yg saya hormat.

Anonymous said...

Setuju one hundred percent!

Anonymous said...

Ahli-ahli politik tak kira dari parti apa sekalipun sepatutnya bertindak secara waras. Semua tindakan mestilah berdasarkan kepada akal dan bukannya emosi atau dendam.

Kalau pembangkang bukan bermakna kerjanya membangkang saja sehingga hal-hal yg membina dan baik pun dibangkang juga. Bertindaklah mengikut kewarasan akal. Bekerjalah utk rakyat dan negara dan bukan bekerja utk kepentingan politik.

Semua ahli politik tak kira dari parti apa sepatutnya mengetepikan kepentingan politik mereka demi rakyat dan negara. Inilah baru dikatakan politik yg tulen berkorban demi utk rakyat dan kesejahteraan negara. Tapi nampaknya politik yg tulen begini sudah hampir pupus.

Salam Merdeka....

kakao tok said...

Kalau korang nak tahu, Tan Sri Lee Lam Thye ni masa dia muda...dia selalu bawak typewriter ke hulu ke hilir. Kalau ada rakyat jumpa dia dan mengadu sesuatu, dia akan buka typewriter tu dan tulis surat bagi pihak rakyat untuk usahakan bantuan yang sewajarnya...
---> wakil rakyat bn atau pemimpin bn yg dah diangkat utk menerajui kedah la ni ada ka mcm ni? talipon pun susah nk jwb. ada mcm2 jenis cara pun payah nk reply. sebut ja wechat wassup pesbuk line kakao talk ntah apa2 lg. time susah baru nak cari.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!