Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 7, 2013

GEMPAR..!!! BN CONFIRM KALAH PRU14..!!!???


Pasal buat operasi cegah maskiat di bulan ramadhan, polis dikutuk, dihina dan diperlekeh sesuka hati oleh pengunjun pusat hiburan. Aku tak tahu la sama ada Ah Chai tu mabuk atau tidak, tapi tengok gayanya dia seolah-olah dipengaruhi alkohol...kan?

Setahu aku, orang mabuk ni selalunya tak dapat kawal diri dan perasaannya. Apa yang terbit dari mulut, selalunya bersifat jujur dan benar dari lubuk hati yang paling dalam, kan? Masa mabuk, orang tu tak tahu fikir dan dia luahkan apa yang tersirat di hati...

Dalam kes ni, Ah Chai tu terang-terang tak sokong BN. Ye laaa.. tengah kecoh-kecoh operasi tu, tiba-tiba saja dia babitkan hal politik! Heh! Kuat betul pengaruh politik kat Ah Chai ni, tengah mabuk pun nak berpolitik jugak, broooo..!

Confirm BN kalah? Ye ke? PRU ke-14 maka confirm BN kalah? Boleh jadi apa yang dia kata tu betul, kan?


Sebab apa? Sebab Melayu tak bersatu. Sebab Melayu Muslim ni ego sangat terutama dalam hal politik. Bila diajak bersatu, kononnya "tok guru" depa nak ludah kita. Sesapa anak buah dia yang sokong perpaduan dengan BN, maka depa akan sisih dan terajang keluar dari parti...

Sebenarnya aku sedih tengok keadaan orang Melayu sekarang. Makin lama makin hilang. Aku bukannya lebihkan Melayu berbanding Islam. Tapi sepanjang aku hidup, UMNO tu la yang pertahan dan kembangkan Islam secara fundemantel kat Malaysia ni. 

Bukan la aku cakap PAS tu teruk sangat. Tapi bila depa gunakan Islam untuk pancing undi dan sokongan, itu namanya "jual agama", bro... PAS bukan melambangkan Islam sebab Islam sebenar tak bersifat begitu... 

Aku tahu aku tak mampu nak paksa sesiapa untuk sokong UMNO atau BN. Tapi sempena Aidilfitri ni, aku harap sangat supaya umat Islam di Malaysia ni bersatu padu tanpa mengira parti atau fahaman politik...

Bukan apa.. kalau kita Melayu Muslim tak bersatu, tengok la apa jadi kat pusat hiburan kat atas tu. Selamba je Ah Chai tu marah-marah bila pihak berkuasa buat kerja. Padahal, operasi macam tu selalunya dibuat untuk mengekang umat Islam buat maksiat, khususnya di bulan Ramadhan...

Mintak IC pun dia nak marah-marah mengamuk ke? Aku rasa, kalau dia buat macam tu kat Tanah Besar China, dah lama Ah Chai tu kena tembak dengan polis China. Tu nasib baik kena gari je. Tapi kalau aku la jadi polis, dah bersepai dah mulut Ah Chai tu... kalau kena buang kerja, buanglah!

Ni Malaysia beb. Ni negara Islam dan kita ada undang-undang. Kalau nak buat sesuka hati, pergi dok kat negara lain la Ah Chai... kat negara ni memang takleh terima budaya Ah Chai tu...

4 comments:

HassanNik said...

Saya Pun Turut Terharu Semacam Tuan Juga Dalam Hal Ehwal Melayu Yang Tak Bersatu Sekarang Ni Sehinggakan Melayu Hina Melayu, Dan Hina Agama Islam. Ya Allah! Perbaikilah Hati-Hati Melayu Yang Berkenaan Antara Lain Melayu Seperti Kawan Kita Di Sini Yang DEngki Ni:
http://my.news.yahoo.com/zaid-malay-rights-opium-people-041100892.html

Anonymous said...

Wak sabaaaaaaarrrr.....

Anonymous said...

Wak sabaaaarrr........

Anonymous said...

Wak sabaaarr.......

Bila Kak Su Bersuara... Heh!