Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 19, 2013

GEMPAR..!!! BLOGGERS UMNO JADI BLOGGER PAS..???!!!

Baru-baru ni Tun M berkata pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Seri Kembangan...
"Golongan intelektual, profesional dan pesara yang berkaliber kini kurang berminat menyertai UMNO kerana mereka tidak diberi peranan lebih besar dalam kepimpinan parti peringkat bahagian, negeri serta Pusat."
Apa yang Tun M sebut tu sebenarnya bukan baru. Dah banyak kali dah aku dengar Tun M kata macam tu. Tapi kalau dilihat diperingkat cawangan dan bahagian, masih lagi berlaku budaya yang Tun M kata tu...

Kalau korang nak tahu, perkara yang sama berlaku pada bloggers...Meh sini aku cerita...


Dulu di zaman Pak Lah, UMNO tak beri perhatian pada bloggers pro-UMNO/BN. Ada ketikanya, kami dianggap pengkhianat hanya kerana menegur kepincangan yang ada di peringkat cawangan, bahagian dan PM sendiri...

Misalnya aku dulu, aku selalu tegur UMNO. Dari Pak Lah, KJ dan pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah, hinggalah ke peringkat Pemuda dan Puteri. Semuanya aku tegur. Aku tegur bukan pasal aku nak jatuhkan depa.. aku tegur pasal aku nak UMNO kembali kuat dan gagah...

Masa tu, aku takde saluran nak tegur UMNO dan kepimpinannya. Masa tu kami tak diberi ruang. Malah kami dituduh macam-macam.. walaupun kami betul-betul berjuang kerana sayangkan UMNO berdasarkan alif ba ta...

Tapi, lepas UMNO hampir kalah di zaman Pak Lah dulu, barulah peranan bloggers dianggap penting. Masa tu, bloggers diberi perhatian. Depa bukan suka dengan bloggers, tapi depa terpaksa. Depan manis, belakang depa menyampahhhh... ye laaa.. asyik kena tegur jer...heh!

Bila nak dekat PRU, peranan bloggers makin penting, khususnya nak lawan Red Bean Army dan puak-puak bloggers pembangkang. Maklum la.. pembangkang ni takde media lain selain internet untuk sebarkan fitnah dan pembohongan depa... kami la yang dok lawan tiap-tiap hari...heheheee...

Tapi lepas PRU ke-13, peranan bloggers ni semakin tak diperlukan. Member aku yang selalu dihubungi pihak tertentu kata, dulu boleh dikatakan tiap-tiap hari depa sms dan call nak jumpa dan bincang macam-macam.. tapi sekarang ni tengok muka pun dah takmau dahhhh...heh!

Aku terfikir... kalau la blogger-blogger ni merajuk dan masuk PAS, atau salurkan maklumat tertentu pada pembangkang, apa kita nak buat?

Macam Tun M kata, mungkin pasal UMNO tak beri perhatian dan peluang pada golonan profesional maka depa lebih cenderung pada pembangkang, maka tak mustahil jugak berlaku pada bloggers, kan?

Aku? Aku tak mungkin beralih sokong pembangkang.. cuma aku risau jugak kalau ada kawan-kawan aku yang dah fed-up dengan budaya yang Tun M kata tu...tak mustahil, kan?

4 comments:

Anonymous said...

bakal jadi dlm masa terdekat nie.. blogger BN akan diabaikan selepas PAU.. hanya akan 'dipakai' balik lepas 3 tahun aka nak PRU 14.. itulah nasib blogger BN...

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Anonymous said...

Pengomen mcm kawan ni Tun M xda bukak story ka?

Hehe.

Parpu Iseng said...

Anon 9.13pm...Hang ni sejak zaman Tun M dan Pak Lah lagi tak bersetuju dengan apa yang PM2 lepas lakukan. Ni kena Najib pulak. Tiori hang tu boleh pakai untuk grup hamPAS hang jer lah. Walau pun hang menyamar seolah prihatin terhadap UMNO dengan meletakkan komen sebegini bersepah kat blog2 lain, tapi hang seolah-olah sengaja menolak realiti bahawa tidak ada satu GLC pun yang bersifat otonomi, bebas dari pemantauan pengurusan kerajaan pusat.

Aku beri hang satu contoh mudah, setaraf dengan daya fikir hang tentang tiori pengurusan versi aku. Disebuah negara Afrika (Sudan) nelayan tasik menggunakan burung heron untuk menangkap ikan. Burung ini memang jenis binatang yang makan ikan, dapat saja dia akan terus balun telan. Tapi nelayan2 disitu tidaklah secerdik hang, malah lebih dungu dari hang. Tapi mereka melepaskan burung mereka menyelam dan menangkap ikan, dileher burung2 itu dipasang gelang besi supaya ikan tidak dapat ditelan... begitulah nelayan2 disana mencari rezeki.

Ada hang faham tiori aku itu??

Bila Kak Su Bersuara... Heh!