Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 28, 2013

EKSKLUSIF..!!! GAMBAR PANAS MENGGEMPARKAN PEMILIHAN AGONG UMNO..!!!

Bukan gambar ni.. ni gambar kempen Dato' Suraya..tuuu..gambar kat bawah tuuu...
Gambar mampu memberikan seribu cerita. Dan aku percaya, gambar kat bawah ni pastinya bakal mencetus spekulasi panas pada "demam" pemilihan kepimpinan UMNO kali ni, khususnya bagi kaum ibu, Wanita UMNO Malaysia...

Semua orang tahu, Dato' Suraya dah umum bertanding Naib Ketua Wanita. Dan semua orang tahu Dato' Seri Azalina akan berentap dengan penyandang Ketua Wanita UMNO, Dato' Seri Shahrizat Jalil...

Bagi "otai-otai" politik, mungkin ramai yang tahu tentang hubungan Suraya dan Azalina. Dulu, Azalina Ketua Puteri Malaysia dan Suraya ni adalah antara Exco kanan Puteri masa tu. Sekarang, dua-dua bekas kepimpinan Puteri ni bakal bertanding 2 jawatan utama dalam Wanita UMNO...

Dan aku percaya, gambar kat bawah ni pastinya buat korang terkejut...  


Amacam? Panas tak? Errr.. aku dengar ada yang "panas"..! heh!
Gambar ni aku rakam masa DS Najib turun Sg Tiang. Program Felda. Azalina merupakan MP Pengerang (ada felda) dan Suraya pula ADUN Sg Tiang (pun ada felda jugak). 

Masa program tu, aku tengok bukan main mesra lagi. Dan aku snap je la gambar dua "iron lady" ni. 

Persoalannya, adakah benar Kak Su tagteam dengan Azalina? Apakah bekas-bekas pemimpin Puteri ni cuba menguasai Wanita UMNO pulak?

Masa Azalina pegang Puteri dulu, tak dinafikan Puteri memang kuat time tu. Tapi mampukah dia mengepalai Wanita UMNO pulak?

Apakah Kak Su benar-benar "tagteam" dengan Azalina. Sekali pandang macam "ya". Tapi korang confident dengan "pelukan mesra" dalam gambar ni? Atau ia hanya "pelukan sahabat lama" yang dah lama tak jumpa?

Aku yakin, kem Mami Ijat akan buat spekulasi. Team Azalina pun sama. Masing-masing perlukan sokongan Kak Su. Tapi kalau tak silap aku, Kak Su pernah beritahu media yang dia sokong Mami Ijat... Heh!

So, apa pandangan korang pasal gambar tu? Heh! Aku mungkin dah tahu jawapan sebenar. Korang agak?

6 comments:

Anonymous said...

Apa kurang Azlina ?beliau berpendidikan beliau berani.......Soal kawin atau tidak tidak sepatutnya jadi isu.Pada aku lah Azlina boleh menjadi ketua yang disegani dan dihormati serta boleh memimpin satu pasokan yang mantap ....mungkin Rafidah dan sahrizat tak suka ...sebab merika ni tamak dan gila jawatan serta kedudukan untuk membolehkan merika mengumpul kekayaan .

esa adam said...

Bagus. Give Sharizat a hard time. Jangan bagi walk over.

kluangman said...

sokong ada dua - satu darinya bawa rebah.

Anonymous said...

aku suka azalina.....mami ijat imejnya dah tercalar, elok le berundur.....tp yg aku tak suka azalina punya `future PM'....puiii....

Anonymous said...

Tiada masalahnya jika yang bertanding itu lebih baik baik daripada yang menyandang. Tak perlu laga-melagakan orang dalam parti, biarlah pertandingan itu secara sihat. Sebagai ahli UMNO saya sokong jika setiap pertandingan itu dijalankan secara sihat dan keterbukaan. Kalah atau menang itu ada, habis pertandingan kita harus kuatkan kerjasama lebih erat jika UMNO ingin terus kekal jika sebaliknya bermakna UMNO bakal berkubur dlm PRU14....

Anonymous said...

Azalina better? tanya dia siapa yg dapat kontrak semasa dia jadi menteri?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!