Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 15, 2013

EKSKLUSIF..! CERITA SEBENAR DI SEBALIK VIDEO JEMAAH "CIUM MULUT" IMAM DI PENDANG..?


Baru-baru ni kecoh depa dok cerita pasal kononnya seorang Imam masjid di Pendang di "cium mulut" oleh para jemaah selepas selesai menyampaikan khutbah. Memang kecoh sampai ke peringkat nasional...

Ada dakwaan member-member aku yang kata tu semua adalah amalan "Syiah" dan masjid di Pendang tu dikuasi oleh golongan Syiah. Betul ke? Sahih ke? Ada bukti? Apa fakta? Korang turun tengok depan mata sendiri ke? Masjid mana yang buat amalan macam tu?

Aku dapat video ni dari seorang member. Tapi aku malas nak siarkan isu ni selagi aku tak investigate sendiri. Ni soal aqidah dan membabitkan umat Islam lain. Kalau tak betul, boleh jatuh hukum berdosa bro... So apa cerita di sebalik kejadian tu? Meh sini aku cerita...


Sebenarnya, kejadian tu memang berlaku di Pendang. Tapi masalahnya korang ni, bila disebut Pendang, maka cepat sangat melatah kaitkan insiden tu dengan Syiah. Suka main persepsi sebelum siasat dulu kebenarannya...asal dapat video je, terus tuduh macam-macam...

Insiden tu sebetulnya berlaku di salah sebuah masjid di Kg. Paya Kerchut, di kawasan Chegar, Pendang. Imam tu berfahaman Sunni dan jemaah kat situ pun semuanya Sunni, bukan Syiah!

Insiden cium Tok Imam tu sebenarnya bukan "cium mulut" yang macam korang dok sebut tu. Tapi para jemaah hanya cium pipi, berlaga pipi dengan Imam. Amalan tu dah jadi kebiasaan kat situ sebagai tanda "ikram" terhadap Tok Guru yang jadi Imam kat situ...

Biasalah. Kalau diikutkan, amalan tu juga berlaku di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat R.A, para tabi'in, tabi'it tabi'in dan para ulama silam dulu. Islam tak haramkan pun kalau kita cium tanda hormat dan kasih pada Tok Guru yang jadi Imam kita, kan?

Dalam video tu, para jemaah tu tak "cium mulut" Tok Imam tu pun! Korang tengok je "macam" cium mulut, padahal tidak. Perkara ini disahkan oleh ramai anak-anak qariah masjid berkenaan, termasuk Ahli Parlimen Pendang, Dato' Othman Abdul...

Mula-mula aku sms Dato' Othman Abdul. Dia kata, dia ada di tepi mimbar masa kejadian tu. Tu perkara biasa di situ katanya. Aku kurang puas hati, aku hubungi pulak beberapa member yang dok kat area Paya Kerchut tu... depa pun cerita perkara yang sama dengan Dato' Othman Abdul...So?

Begini la bro... Sebetulnya, memang ada Syiah di Pendang. Tapi di kawasan lain, bukan di masjid tu. Syiah ada dalam DUN Tokai. DUN Tokai tu kawasan Taulan Rasul yang dah banyak penggal jadi wakil rakyat kat situ...

Menghairankan, aku yakin Taulan tahu pasal kewujudan "madrasah Syiah" dalam kawasan dia, tapi dia buat tak tahu saja. Mungkin dia "redha" dengan pemesongan fahaman Islam kat kawasan yang dia wakili kot? Dia ingat Allah takkan tanya dia nanti dalam kubur tentang kawasan dibawah kuasanya?

Aku takmau cakap la madrasah yang mana satu. Korang turun dan investigate sendiri. Kalau tak puas hati, tanya la orang-orang lama di Tokai tu. Lagipun, identiti Ketua Syiah Kedah dah terbongkar. Cuba tengok sendiri dia aktif di kawasan mana....kan? kan? kan?

Setahu aku, MAIK tengah dalam perancangan nak ambil tindakan. Depa tak boleh la "serbu tak pakai helmet", nanti ada pulak puak PAS yang tidur tengah jalan nak bela puak-puak Syiah ni...heh!

3 comments:

Anonymous said...

Trima kasih atas pencerahan nasib baik tak buat fitnah...

Anonymous said...

Azeez rahim punya cerita terbaru takde ke? Takkan dah senyap, banyak orang tak senang duduk azeez jadi pengerusi tabung haji, ungku aziz dah letak benchmark pengerusi tabung haji di satu tahap yg tinggi, dari segi akademik dan pangalaman bisnes. Ya betul azeez byk buat kerja kebajikan tapi tak boleh disamakan dgn dunia korporat. Azeez buat kerja kena ada kamera wartawan dan blogger, sbb nak canang satu dunia ex tingkat 4 ni buat kerja moolia, belakang masyukk...buat kerja ada makna

Anonymous said...

Azeez kelebihan dia pandai main dengan media. Terlebih publisiti.
Jadi nama cepat naik.

Kalau ditengok dan dikaji kerja JKKK pun lagi banyak dan ikhlas dari Azeez Ni.

JKKK kalau dapat pubisiti sebagaimana azeez dapat saya yakin depa pun silap haribulan jadi Pengerusi mana2 GLC.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!