Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 25, 2013

BOOTH-BOOTH PILIHAN DI #HARIKOPERASI13 ..!!! @SKM_Malaysia

Mungkin dah tertarik dengan hujah Ustaz Kazim di Forum Perdana pada malam pertama Hari Koperasi Negara 2013, aku saja luangkan masa ke gerai-gerai Koperasi yang ambil bahagian di Dataran Jitra petang ni...

Ye laaa.. dah ada masa terluang, baik jugak kalau aku tinjau perkembangan koperasi kat Malaysia ni, kan? So boleh la aku kongsi dengan pembaca blog aku ni... tak rugi apa-apa...

Berbekalkan kamera kecik aku, aku merayau dari gerai ke gerai... dan antara booth-booth menarik yang aku sempat singgah ialah seperti berikut...




Ni booth Kosmo!.. Kosmo! ni bukan koperasi...tapi dapat tumpuan ramai.. heheheee... sebab? Sebab booth ni buat peraduan teka berapa jumlah barang dalam balang dan dapat hadiah...heh!

Aku singgah jap kat booth Patriot ni.. actually, Patriot ni adalah sebuah filem terbitan Koperasi Usahawan Multimedia Selangor Berhad... depa pernah terbitkan filem Patriot yang dibintangi oleh Nasha Aziz.. menarik gak booth ni.. ada pameran senjata yang digunakan dalam filem tu.. konsep tentera.. ada peraduan "sharp shooter".. sapa tembak tepat dia dapat hadiah wang tunai..! Heh! Aku tak reti menembakkkk...tapi aku suka tengok sebuah koperasi yang berkonsepkan multimedia macam ni..variety..! Tahniah untuk koperasi ni... 

Tengah aku jalan-jalan, aku terpandang booth ni.. dia jual peralatan meniaga sate... yang menariknya, peralatan tu boleh dibuka dan ditutup dengan mudah... pakai lipat-lipat jer gerainya dan kukuh bila di dipasang... booth ni antara koperasi yang ambil bahagian... satu set peralatan tu harga RM3,500 dan cuba bayangkan berapa puluh ribu pulak dapat dijana dengan peralatan macam ni? Siang kerja kat opis, malam berniaga sate... bumiputera boleh try business ni.. masyukkk..! Nak buat kenduri sate kat rumah pun bolehhhh...

Ni pulak booth Koperasi Usahawan Wanita Kubang Pasu... banyak produk IKS dan industri desa.. kraftangan dan munchies..! Menarik untuk dikunjungi.. kalau singgah kat booth ni, beli la dua tiga produk..murah dan berbaloi... lagipun kita bantu orang kita jugak, kan? Kalau boleh beli produk oversea dan bukan bumi yang mahal-mahal tu, kenapa tak boleh beli barangan orang kita? Barangan orang kita pun berkualiti apaaaa....try la...

Ekceli...ini adalah koperasi "contoh" pada aku... ni booth Koperasi Keluarga Haji Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad. Perghhh...! Status "Berhad" tu bebbb..!!! Walaupun hanya ditubuhkan di kalangan keluarga Hj Salleh dari Kelantan ni, koperasi ni berjaya kekal berpuluh tahun berniaga barangan batik dan songket.. Kualitinya? Tok sah cakap la... memang terbaik bebbbb..! Korang tengok kain sampin songket kat barisan pertama dan kedua dari atas tu.. harganya mencecah hampir RM6,000..!!! Tenun tangan yang halus, cukup berkualiti, bermotif dan eksklusif..! Patut pun aku tak mampu beli... Tapi aku cukup bangga dengan Koperasi ni.. produk bumiputera dan sangat bermutu tinggi.. tak kira la dia PAS ke UMNO ke...janji dia Melayu beragama Islam, aku tetap bangga..!

Okay.. ni lori MyIPO.. Benda apa MyIPO ni? Sebenarnya kat sinilah kita perlu daftarkan produk yang kita cipta. Contohnya, kalau korang cipta kopi 3 in 1 mengikut resepi korang sendiri, korang perlu daftarkan kat MyIPO ni supaya produk korang tak diciplak! Kalau produk korang diciplak, korang boleh saman mereka yang curi patern korang tu.. Maknanya, hak cipta terpelihara bebbb... Jadi, takde la nanti orang tiru kopi 3 in 1 korang dan buat produk tu sebagai produk depa.. Aku sarankan supaya semua koperasi yang invent produk baru untuk daftar produk depa kat sini...

Ni antara perkara yang membolehkan korang mendaftar kat MyIPO ni...
Ni booth Koperasi Negeri Sabah... salah satu koperasi yang ambil bahagian dalam Hari Koperasi Negara ni ialah Koperasi Pengusaha Ikan Bilis InderaSabah Tawau Berhad... Berhad lagi bebbb..! Sapa kata orang Sabah tak reti berniaga? Hebat bahhhhh...!!!

Ni contoh booth koperasi "korporat". Memang eksklusif dan hebat bidangnya.. antara bidang yang diceburi ialah dalam sektor pelancongan... lebih kurang buat macam travel and tours tu laaa... Membanggakan, Kota Mas ni adalah dibawah Koperasi Telekom Malaysia Berhad.. Orang Telekom punyaaaa.. Patut pun...heh!

3 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,

Koperasi semua memang berstatus "BERHAD" sebab pemilikan oleh ramai orang (ahli). Berhad di sini bukan bermakna ada saham yg diniagakan di bursa macam syarikat2 yang berstatus Berhad tuh.

Anonymous said...

saya rasa maklumat mengenai myipo adalah tidak tepat.ramai yg menyangka trade mark, paten, industrial design adalah satu benda yg sama. tetapi semuanya adalah berlainan. contoh 3 in 1 utk pendaftaran paten? do search and try to understand before post entry..

Anonymous said...

saya rasa maklumat mengenai myipo adalah tidak tepat.ramai yg menyangka trade mark, paten, industrial design adalah satu benda yg sama. tetapi semuanya adalah berlainan. contoh 3 in 1 utk pendaftaran paten? do search and try to understand before post entry..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!